Nuffnang

Thursday, July 30, 2020

Tedia !!! CCTV rakam insiden ngeri dua pejalan kaki 'ditelan' tanah mendap


CCTV rakam insiden ngeri dua pejalan kaki 'ditelan' tanah mendap

Imej tangkap layar dari CCTV menunjukkan dua pejalan kaki 'ditelan' tanah yang mendap secara tiba-tiba. Foto: Metro.co.uk

SATU klip video kamera litar tertutup (CCTV) mengejutkan netizen apabila merakamkan insiden ngeri yang berlaku di sebatang jalan di Chongqing, China pada Isnin lalu.

Ia memaparkan dua orang pejalan kaki yang sedang melalui jalan tersebut secara tiba-tiba 'ditelan' tanah mendap.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dilaporkan selamat.

Mereka kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Media melaporkan bahawa jalan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih dan penyelenggaraan.

Dilaporkan, mendapan tanah di jalan tersebut berkemungkinan terjadi kerana hujan lebat yang melanda China sejak beberapa minggu lalu. - Metro.co.uk


Wednesday, July 29, 2020

Tediaa !!! Lelaki guna dana bantuan koronavirus beli Lamborghini

Lelaki guna dana bantuan koronavirus beli Lamborghini


200727_david_hinds
David Hines. foto Agensi

NEW YORK – Seorang lelaki di Florida yang menerima pinjaman yang pohon untuk membantu perniagaannya sebanyak AS$4 juta membeli sebuah Lamborghini Huracan dan melakukan pembelian lain.

Dia ditahan dan didakwa dengan tiga pertuduhan penipuan.

David T. Hines, 29, dari Miami, dituduh menipu bank, membuat pernyataan palsu kepada institusi pinjaman dan melakukan transaksi dengan hasil yang tidak sah, menurut pendakwa di Mahkamah Daerah Florida.

Sekiranya disabitkan atas semua tuduhan, dia boleh dipenjara hingga 70 tahun.

Pada bulan April, Hines bergabung dengan beberapa pemilik perniagaan lain meminta bantuan kewangan dari Program Perlindungan Gaji Persekutuan, sebuah program pinjaman yang dibuat untuk membantu perniagaan yang berdepan dengan masalah ekoran wabak koronavirus.

Dalam permohonannya, Hines berkata, dia memiliki empat perniagaan dengan 70 kakitangan dan memerlukan kos sebanyak AS$4 juta sebulan.

Menjelang bulan berikutnya, Hines mula menerima wang dari program pinjaman.

Dia menerima tiga pembayaran berjumlah AS$ 3.984.557, menurut pihak berkuasa.


Ketika wang itu masuk, Hines terus membuat permohonan bantuan lebih banyak dan akhirnya dia menerima bantuan sebanyak AS$ 13,542,741

Tetapi berdasarkan tinjauan rekod kewangan Hines, dia berbelanja perhiasan mewah, pakaian mahal, lawatan ke pusat peranginan di pantai Miami dan perbelanjaan di laman web temu janji.

Pembelian terbesar nampaknya dilakukan pada 18 Mei, ketika Hines membeli Lamborghini biru dengan harga AS $ 318,497 di North Miami Beach.

Peguam Hines, Chad Piotrowski, dalam satu pernyataan berkata, pelanggannya adalah “pemilik perniagaan yang sah, menderita secara kewangan semasa wabak itu” dan “tidak sabar-sabar untuk menceritakan kisahnya ketika tiba waktunya.

Pendakwa mendapati perbelanjaan bulanan untuk syarikat Hines rata-rata sekitar AS$ 200,000, jauh di bawah jumlah yang dituntutnya dalam permohonan pinjaman persekutuannya.

Malah, tidak ada rekod Hines memiliki beberapa bisnes yang didakwa dalam permohonan pembiayaan yang dibuat. – MalaysiaGazette

Tuesday, July 28, 2020

Tedia !!! Dipaksa bekerja sewaktu hamil, 2 beradik kurung wanita sebagai hamba seks akhirnya dipenjara


Dipaksa bekerja sewaktu hamil, 2 beradik kurung wanita sebagai hamba seks akhirnya dipenjara

Dua lelaki itu menjanjikan mangsa pekerjaan di sebuah kilang sebelum memaksanya bekerja sebagai pelacur.

DUA beradik lelaki yang mengurung seorang wanita sebagai hamba seks akhirnya dipenjara.

Ilcic Dumitru, 19, dan Ioan Dumitru, 24, sebelum ini menjanjikan mangsa pekerjaan di sebuah kilang sebelum memaksanya bekerja sebagai pelacur.

Mangsa, berusia 20 tahun, dari Romania tiba ke Britain pada April lalu sebelum dibawa oleh dua beradik itu ke kediaman mereka.

Menurut laporan, mangsa diugut akan dipukul jika tidak mendengar arahan dua beradik itu.

Lebih malang, mangsa yang hamil masih dipaksa untuk meneruskan kerja terkutuk itu.

Tidak lama kemudian, mangsa diberikan telefon oleh seorang lelaki sebelum dia menghubungi keluarga dan akhirnya kes itu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Kata mangsa, dia dipaksa melayan 10 ke 15 orang lelaki setiap hari.

Atas kerjasama polis Britain dan Romania, suspek akhirnya ditangkap dan mangsa berjaya diselamatkan. - Mirror.

Tq MStar

Monday, July 27, 2020

Anak muat naik gambar bapa obses pakai topeng muka sedondon dengan tali leher di Twitter, ramai yang puji!


Anak muat naik gambar bapa obses pakai topeng muka sedondon dengan tali leher di Twitter, ramai yang puji!

Fesyen sedondon topeng muka dan tali leher lelaki ini mendapat pujian ramai. Foto: Twitter

KEBANYAKAN golongan lelaki biasanya tidak berapa menitikberatkan gaya ataupan padanan ketika memilih pakaian.

Asalkan kemas dan selesa, itu sudah cukup bagi mereka apatah lagi bagi yang hampir menjangkau usia separuh abad.

Namun tidak bagi lelaki bernama Steve Montgomery dari San Antiono, Texas ini yang gemar memadankan topeng muka agar sedondon dengan tali leher!

Situasi pandemik Covid-19 yang menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka secara tidak langsung membuatkan lelaki ini bereksperimen dengan gaya kreatif dan lain daripada yang lain.

Gaya Steve menjadi perhatian selepas anak perempuannya, Kiana membuat perkongsian di Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar bapanya yang mengenakan topeng muka sedondon dengan tali leher.

Meraih lebih 600,000 likes, netizen ternyata kagum dengan fesyen lelaki berkenaan.

Steve menghasilkan topeng tersebut daripada 'pocket square' yang disertakan bersama tali leher yang dibelinya. - Metro.co.uk

Tq Mstar

Sunday, July 26, 2020

Hanya 2 hari! Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid-19 ke-2


Hanya 2 hari! Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid-19 ke-2


Seramai 2,897 individu yang dikuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara sehingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke-13. Foto: Bernama

INDIVIDU yang gagal menjalani ujian saringan Covid-19 kedua dalam tempoh dua hari sehingga Ahad (esok) akan ditahan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujarnya, individu yang berkenaan sekiranya masih gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, mereka akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, seramai 2,897 individu yang dikuarantin wajib di rumah dan hingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke-13 tempoh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara akan jalani kuarantin wajib mulai Jumaat ini

"Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka... tiada kompaun, charge (dakwa) di mahkamah terus," katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu.

"Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka potong sendiri wristband. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka," tegasnya.

Beliau juga berkata secara keseluruhan, seramai 9,600 individu masih menjalani proses kuarantin wajib di rumah masing-masing.

"Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Ismail Sabri berkata semua individu terbabit boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk melakukan ujian saringan Covid-19 kali kedua.

"Pihak KKM juga boleh datang ke rumah mereka untuk menjalankan ujian tersebut," tambahnya. - BERNAMA

Tq Mstar

Saturday, July 25, 2020

Tediaa!!! Panas! Kasut kotor siap ada kesan dipijak harga RM380, berminat?

Panas! Kasut kotor siap ada kesan dipijak harga RM380, berminat?



Chuck Taylor All Star Smoke Low Top yang kelihatan kotor dan lusuh dijual pada harga RM380.

JIKA membeli sepasang kasut kita pasti akan memilih rekaan yang cantik sesuai dengan harganya namun sanggupkah anda membeli kasut yang sudah kotor?

Jika ya, jenama kasut terkenal Converse melancarkan koleksi dibawah Chuck Taylor All Star yang cukup mencuri tumpuan.

ARTIKEL BERKAITAN: New Balance kembali dengan 2 koleksi mengancam edisi pek ‘Harajuku’

Mana tidaknya, semua rekaan kasutnya seakan-akan sudah lusuh selain ada kesan kotor seperti dipijak.

Chuck Taylor All Star Smoke Low Top sneakers ini bukan kasut lama yang dijual kembali tetapi Converse sengaja menampilkan rekaan sebegitu bagi memberi elemen vintaj kepadanya.

Ramai memberi pandangan mengenai kasut ini.

Harganya juga tidak murah tau! Ia dijual dengan harga £70 (RM380) sepasang dan ia lebih mahal berbanding varian original dalam koleksi Chuck Taylor All Star.

Ia tampil dengan dua warna iaitu kelabu dan biru laut. Kesan kotor meliputi keseluruhan kasut termasuk talinya dalam memberi kesan lusuh.

Bagaimanapun ramai menyelar tindakan Converse melancarkan kasut tersebut kerana merasakan harganya yang terlalu mahal selain merasakan ia tidak berbaloi.

Jangan terkejut jika penjual mengeluarkan kasut itu daripada kotak untuk dicuba apabila melihat rupa parasnya! Anda rasa berbaloi?

Tq Mstar

Friday, July 24, 2020

Tediaa !! Mural dipadam, bukan semangat! Tiga anak muda ‘kembalikan’ potret gergasi Dr Noor Hisham kepada orang ramai - “Harap dapat duduk semeja...”


Mural dipadam, bukan semangat! Tiga anak muda ‘kembalikan’ potret gergasi Dr Noor Hisham kepada orang ramai - “Harap dapat duduk semeja...”

Tiga anak muda menghasilkan mural bagi menghargai petugas barisan hadapan yang memerangi wabak Covid-19. Foto Bernama/ihsan Muhammad Suhaimi Ali

INSIDEN lukisan mural potret gergasi pemimpin negara yang diconteng dengan cat merah tidak mematahkan semangat tiga anak muda yang menghasilkan karya itu.

Buktinya, satu lagi mural potret gergasi dilukis oleh mereka dan kali ini membawa semangat petugas barisan hadapan (frontliners) yang memerangi wabak Covid-19.

Terletak di dinding bangunan rumah kedai dekat sebuah restoran di Seksyen 4 di Kota Damansara, Selangor, lukisan mural tersebut memaparkan potret gergasi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama beberapa petugas barisan hadapan.

Salah seorang pelukis mural berkenaan, Muhammad Suhaimi Ali memberitahu bahawa projek tersebut ditawarkan oleh pemilik restoran, kira-kira seminggu sebelum kejadian lukisan mural mereka diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.



Proses untuk menyiapkan mural mengambil masa kira-kira seminggu.

"Mural ini sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan, bertemakan 'Terima Kasih Frontliners'. Kami ambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkannya.

"Ini juga membuktikan bahawa kami lebih bersemangat untuk terus menghasikan karya seni menerusi lukisan mural yang lebih besar," kata pemuda berusia 27 tahun itu kepada mStar.

Muhammd Suhaimi yang melukis bersama dua rakannya, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27, berkata, mural tersebut berukuran 16 kaki (4.9 meter) dan lebar 35 kaki (10.7 meter).

"Selain Dr Noor Hisham, terdapat lapan lagi frontliners iaitu petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat, polis, tentera, bomba dan penghantar makanan.

"Saya melukis potret Dr Noor Hisham, anggota bomba dan penghantar makanan," katanya yang menjadi pelukis mural sejak empat tahun lalu.



Muhammad Suhaimi ketika menghasilkan mural Yang di-Pertuan Agong (kiri) dan Dr Noor Hisham.

Anak kelahiran Seberang Takir, Kuala Terengganu di Terengganu itu bagaimanapun memberitahu, walaupun lukisan telah siap sepenuhnya, terdapat pembaharuan akan dibuat pada mural tersebut.

Muhammad Suhaimi yang telah melukis lebih 200 mural di seluruh negara itu memberitahu, menerusi perbincangan bersama pelanggannya, potret anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditambah pada mural berkenaan.

"Ini akan menjadi 10 frontliners kesemuanya termasuk Dr Noor Hisham. InsyaAllah, ia akan dilakukan seawal-awalnya pada minggu hadapan," katanya.



Orang awam mengabadikan kenangan bergambar bersama mural frontliners. Foto AZLINA ABDULLAH/The Star

Menurut lepasan Ijazah Sarjana Muda Seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu, dia masih menaruh harapan untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Kesihatan.

"Sebelum ini, masa saya lukis potret Dr Noor Hisham di Shah Alam, beliau datang secara mengejut. Saya tak berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau.


"Mural kali ini masih memaparkan potret Dr Noor Hisham, jadi saya amat berharap untuk bertemu dengan beliau, dapat duduk semeja bersama kalau ada rezeki," katanya.

Sebelum ini Malaysia digemparkan dengan lukisan mural yang memaparkan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor diconteng sehingga membangkit kemarahan rakyat Malaysia.



Dr Noor Hisham sempat bergambar bersama mural potret beliau di Shah Alam yang kini telah dipadam. Foto Twitter DGHisham

Selain Dr Noor Hisham, tiga lagi potret yang menjadi mangsa vandalisme itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Susulan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terpaksa mengecat semula dinding tersebut dengan warna putih, sekali gus memadamkan kesemua potret.



Tq Mstar

Wednesday, July 22, 2020

Bangkit teruskan hidup walau jari dipotong, kedai ‘gulung tikar’... anak beranak tukang kasut sangat terkesan dengan PKP


Bangkit teruskan hidup walau jari dipotong, kedai ‘gulung tikar’... anak beranak tukang kasut sangat terkesan dengan PKP

Rabu
Kedai kasut Ghafur terpaksa ditutup sepanjang PKP dan kini sudah kembali beroperasi.

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah kisah melibatkan seorang tukang kasut yang cukup terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu.

Menurut Abdul Ghafur Hanafiah, 25, bapanya, Hanafiah Bahtiar, 60, mengalami kecederaan sewaktu bekerja sehingga jari telunjuk kanan terpaksa dipotong pada Februari lalu.

Tidak sampai sebulan selepas itu, Covid-19 semakin meruncing di negara ini, memaksa kedai yang diusahakannya ditutup sepanjang tempoh PKP.

Bercerita kepada mStar, Ghafur berkata bapanya yang juga seorang tukang kasut sudah membuka kedai sejak 10 tahun lalu sebelum dia sendiri membuka sebuah lagi kedai pada tahun lalu.

"Sebelum PKP ayah dah jatuh sakit, tangan dia luka... luka agak dalam sehingga jari terpaksa dipotong.

Ghafur membaiki kasut dari rumah sepanjang PKP dikuatkuasakan.

"Jadi masa tu saya dah tak buka kedai, sebab nak jaga ayah. Baru je ayah nak sembuh, PKP pun bermula.

"Memang tak boleh buat apa-apa. Terkesan sangat sebab PKP," ujarnya sewaktu dihubungi.

Enggan membiarkan dirinya terperuk tanpa kerja, dia yang mesra disapa Ghafur menjalankan perniagaan itu secara dalam talian sekitar April lalu.

Banyak kali rasa lemah, tapi tak adalah sampai nak putus asa.

ABDUL GHAFUR HANAFIAH

Kata Ghafur, pelanggan menghantar kasut menerusi khidmat penghantaran ke alamatnya untuk dibaiki sebelum ia dipos semula kepada mereka.

"Alhamdulillah ramai yang bagi sokongan bila saya buat hebahan di Twitter. Masa PKP, buat secara online dari rumah.

"Tapi tak adalah banyak macam biasa, sebab orang pun susah nak keluar hantar kasut untuk dipos kepada saya.

Ghafur turut bercita-cita menjadi pereka kasut suatu hari nanti.

"Alhamdulillah hari ni (Isnin) saya akan mula berniaga semula. Lambat sikit buka walaupun PKP dah berakhir sebab baru siap renovate kedai," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Ghafur berkata dia sudah membantu bapanya dan mempelajari kemahiran membaiki kasut sejak berusia 15 tahun.

Malah, dia juga tidak menolak peluang untuk mengubah kerjayanya kepada pereka kasut pula pada masa akan datang.

Ghafur menimba pengalaman bersama bapanya sebelum membuka kedai kasut sendiri pada tahun lalu.

"Dari kecil tolong ayah, tahun lepas dah rasa boleh berjalan sendiri, nak berdikari. Jadi saya buka kedai sendiri. Dalam 5 kilometer dari kedai ayah.

"Memang minat dari kecil, dulu sekadar tolong ayah, tapi jadi minat pula. Saya nampak masa depan dalam bidang ni.

"Ada perancangan untuk buat kasut pula lepas ni. Saya nampak kebolehan untuk buat kasut, sebab tu saya buka kedai sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Ghafur turut berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan buatnya di laman Twitter.

Bapa Ghafur cedera sewaktu bekerja pada Februari lalu sehingga jarinya terpaksa dipotong.

"Banyak kali rasa lemah, tapi tak adalah sampai nak putus asa. Tapi sokongan dari Twitter beri motivasi pada saya.

"Sebenarnya ada seorang tukang masak dibuang kerja disebabkan PKP. Jadi saya ambil dia bekerja dengan saya.

"Dari tukang masak jadi tukang kasut sekarang. Saya pun faham perasaan dia, jadi saya ambil dia bekerja, dia tolong saya sekarang.

"Alhamdulillah, ayah pun makin sembuh sekarang dah sudah buka kedai. Ada abang saya yang bantu ayah sekarang di kedainya," ujarnya lagi.

mstar

Monday, July 20, 2020

Padah merayau jauh dari ibu bapa, budak 6 tahun hampir maut dibaham buaya


Padah merayau jauh dari ibu bapa, budak 6 tahun hampir maut dibaham buaya

Mangsa kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk yang dialami.

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun hampir maut selepas diserang seekor buaya di Mexico.

Menerusi kejadian di sebuah pantai di perairan Guerrero, mangsa dan kakaknya sedang merayau jauh dari pandangan ibu bapa mereka sebelum kejadian itu berlaku.

Kemudiannya, mereka menghampiri satu kawasan yang menjadi habitat semulajadi buaya sebelum mangsa dibaham oleh seekor buaya betina.

Menurut saksi, mangsa bermain di satu kawasan tidak berpagar sekaligus membuka ruang kepada buaya untuk menyerangnya.

Petugas hotel, pegawai penyelamat dan pelancong turut membaling batu ke arah buaya itu selama 10 minit agar mangsa dilepaskan.

Selepas puas bergelut, buaya itu bertindak melepaskan mangsa sebelum dia dikejarkan ke sebuah hopsital untuk diberi rawatan.

Malah, dia kini bergantung kepada bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk pada badannya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sunday, July 19, 2020

Remaja rakam TikTok siat kulit kucing hidup-hidup, gantung anjing... penemuan ngeri di rumah

Remaja rakam TikTok siat kulit kucing hidup-hidup, gantung anjing... penemuan ngeri di rumah

Krystal Cherika Scott berhadapan dengan tuduhan menyeksa dan membunuh haiwan. Foto KTVB

SEORANG remaja berhadapan dengan tuduhan jenayah yang serius selepas didakwa menyiat kulit seekor kucing hidup-hidup, menerusi aplikasi media sosial popular, TikTok.

Menerusi laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Krystal Cherika Scott, 19, dari Kokomo, Indiana di Amerika Syarikat, ditahan dan dan didakwa dengan dua tuduhan membuat dan menyebarkan video kekejaman terhadap haiwan.

Gambar dan video yang mengerikan disiarkan di platform media sosial, termasuk TikTok, menunjukkan Scott didakwa menyeksa dan membunuh kucing dan anjing dengan cara menggantung, menyiat kulit dan pelbagai cara lain.

Scott didakwa mendapatkan kesemua haiwan tersebut dengan memberi respons iklan dalam talian daripada individu yang mahu memberikan haiwan peliharaan.



Video yang dibuat Scott membangkitkan kemarahan orang ramai. Foto KTVB

Laporan The Southern District of India menyebut bahawa remaja itu mula membuat posting tersebut pada 3 Mei 2020, dan meneruskan kegiatannya sehingga 8 Julai lalu.

Pada 14 Julai, FBI mengadakan serbuan di rumah remaja itu, dengan penemuan mengerikan berupa koleksi bahagian badan haiwan, termasuk dipercayai tengkorak kucing dan anjing.

Jika disabitkan kesalahan, Scott berhadapan dengan hukuman penjara tujuh tahun, tiga tahun pengawasan selepas pembebasan dan denda maksimum AS$250,000 (RM1.07 juta). - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Friday, July 17, 2020

Gadis bergenang air mata dalam hujan lebat kerana ‘baju istimewa’... segulung ijazah dilepas sementara

Gadis bergenang air mata dalam hujan lebat kerana ‘baju istimewa’... segulung ijazah dilepas sementara


Perkongsian gadis bernama Siti Murnie yang mengenakan baju hujan 'istimewa' yang dibuat khas oleh bapanya menyentuh hati netizen.

'KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.'

Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan kisah gadis ini bersama bapanya, sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu posting di Twitter, gadis berkenaan berkongsi kisahnya yang terpaksa meredah hujan untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan kedai milik bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah sejak umur 6 tahun, remaja akui sambutan Hari Bapa bagai tiada makna - “Kita tak ada kasih sayang sesiapa pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa telah tiada, rumah untuk menumpang kasih pula terbakar... 3 penghuni tabah sambut Aidilfitri - “Selimut pemberian arwah nenek hangus terus”

Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuatnaik dua keping gambarnya yang memakai 'baju hujan istimewa'.

"Abah buatkan plastik sampah as baju hujan sebab nak hantar makanan kat customer, dalam perjalanan tu aku boleh pulak bergenang air mata. Semoga semua keperitan, hujan panas yang aku lalui selama ni membuahkan hasil satu hari nanti. Adik sayang abah dunia akhirat," tulisnya pada posting itu.

Perkongsian tersebut menjadi tular apabila meraih 5,300 retweet lantaran menyentuh hati netizen.



Siti Murnie mengenakan baju hujan 'istimewa' ketika menghantar tempahan makanan yang dipesan pelanggan dari kedai milik bapanya.

"Bapa kamu seorang hero," komen seorang netizen.

"Teringat semasa kecil nak pergi sekolah arwah abah pakaikan baju hujan pakai plastik sampah juga," komen netizen lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Murnie Mohd Fauzi berkata pada hari berkenaan, tanpa disangka hujan turun dengan lebat dan dia perlu menghantar tempahan makanan salah seorang pelanggan kedai bapanya.

"Masa tu tak jumpa mana baju hujan. Abah tanya saya 'nanti tak basah ke?'. Saya beritahu tak mengapa sebab baju sejuk yang saya pakai tu tebal. Kemudian spontan dia minta saya ambilkan plastik sampah dan terus buat baju hujan.

"Masa dalam perjalanan, saya sebak dan bergenang air mata sebab terfikir inilah pengorbanan abah selama ini untuk besarkan kami enam beradik," ceritanya.



Siti Murnie memilih untuk menyambung legasi perniagaan kedai makan dan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Gelang Patah, Johor.

Menurut gadis yang berusia 20 tahun ini, dia banyak membantu bapanya, Mohd Fauzi Kandar, 56, lantaran keadaan kesihatannya ketika ini tidak begitu baik.

"Saya sebenarnya biasa tolong abah sejak Tingkatan Tiga lagi. Tapi sejak tamat latihan industri (intern) pada bulan lalu, saya memang luangkan sepenuh masa membantu abah di kedai kami, Warisan Aneka Sup dan Soto di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, Johor.

"Tambahan pula abah sekarang ada kencing manis dan perlu jalani dialisis tiga kali seminggu. Jadi sekarang abah serahkan 100 peratus urusan kedai kepada saya sebab hanya saya sahaja yang ada, adik beradik lain sudah berkahwin dan ada tanggungjawab masing-masing," ujar graduan Diploma Pengurusan Perniagaan ini.

Mula-mula saya give up, lalui fasa sedih dan tertanya-tanya kenapa saya kena ikut cadangan orang lain dan tak boleh kejar impian sendiri?

SITI MURNIE MOHD FAUZI

ANAK

Anak bongsu daripada enam adik beradik ini berkata, sungguhpun mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, namun dia rela mengenepikan impiannya terlebih dahulu demi menunaikan hasrat bapanya.

"Saya sememangnya nak kejar impian untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi tapi abah kata 'tolonglah abah di kedai dulu'. Dah lama sebenarnya dia suarakan hasratnya yang mahu saya teruskan legasi kedai kami.

"Mula-mula saya give up, lalui fasa sedih dan tertanya-tanya kenapa saya kena ikut cadangan orang lain dan tak boleh kejar impian sendiri?

"Tapi akhirnya saya reda dan saya yakin bahawa keberkatan itu datang daripada ibu bapa," ujarnya.



Siti Murnie merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.

Enggan menoleh ke belakang, Siti Murnie berkata dia berazam mahu mengembangkan perniagaan warisan bapanya dengan membuka cawangan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Tengok semangat abah, saya berazam nak bantu abah. Mungkin jika ada peluang dan ruang, saya akan lanjutkan pelajaran juga nanti.

"Ada hikmahnya dengan apa yang ditetapkan sekarang. Saya boleh luangkan lebih banyak masa dengan ibu bapa tambahan pula kedua-duanya sudah berusia.

"Bagi saya, anak-anak kena dengar cakap ibu bapa kerana di situlah terletaknya keberkatan hidup," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung