Nuffnang

Sunday, January 30, 2022

Wow !!! Umur baru 9 tahun sudah miliki kereta mewah, jet peribadi

 

Muhammed Awal sering menerima hadiah daripada bapanya, Ismailia Mustapha, yang juga bergelar jutawan. – Instagram
Share on telegram

ABUJA, NIGERIA – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Nigeria digelar sebagai ‘bilionair termuda’ dunia kerana memiliki beberapa buah kereta mewah dan sebuah jet peribadi, lapor laman berita Wion News semalam.

Muhammed Awal Mustapha turut mempunyai  25,000 pengikut di laman Instagram meskipun dia hanya memuat naik sembilan hantaran setakat ini.

Kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kepada selebriti internet yang juga bergelar jutawan, Ismailia Mustapha yang lebih dikenali sebagai Mompha.

Ads by Kiosked

Muhammed Awal yang turut digelar Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya oleh bapanya ketika berusia enam tahun.

“Saya memberi jaminan kepada kamu bahawa selepas menjalani jatuh bangun dalam kehidupan, kamu mempunyai tempat untuk dituju. Sebuah tempat yang tidak akan menghakimi kamu dan sentiasa menjemput kamu dengan tangan terbuka. 

“Tahniah anakku, atas hadiah rumah baharu buat kamu. Ini merupakan hadiah hari lahir daripada ayah,” tulis Ismailia dalam satu hantaran di media sosial.

Sementara itu, dalam hantaran-hantaran lain di Instagram miliknya, Muhammed Awal kerap  berkongsikan gambar-gambar yang menunjukkan gaya hidupnya yang mewah seperti menaiki jet peribadi miliknya. – AGENSI 

Thursday, January 27, 2022

Perghhh !!! Kepala pelajar tersepit pada meja belajar

 


TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika kepala seorang pelajar tersepit pada sebuah meja belajar. – TikTok
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan situasi kepala seorang pelajar perempuan tersepit pada sebuah meja belajar yang diperbuat daripada kayu, lapor laman berita Suara.com. 

Video yang dimuat naik pada akaun TikTok bernama @oviefari itu memaparkan kejadian dikatakan berlaku di Pondok Roudlotul Muta’abbidin, Jawa Timur. 

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang terbaring di atas lantai dengan kepalanya tersepit pada sebuah meja belajar berwarna ungu. 

Beberapa rakannya dilihat cuba membantu dengan menarik meja tersebut. 

Situasi tersebut menyebabkan mereka yang memerhati ketawa kerana melihat aksi pelajar tersebut yang cuba melepaskan diri.

Dua lelaki yang dikatakan pentadbir di pondok tersebut kemudian cuba membantu pelajar perempuan itu.

Akhirnya kepala pelajar tersebut berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Boleh masuk, tapi tak boleh keluar,’’ tulis seorang netizen.

Wednesday, January 26, 2022

Perrghhh !!! Rakyat New Zealand buat pembelian panik tisu tandas

 


Rak tisu tandas hampir kosong yang dirakam di pasar raya di New Zealand selepas sekatan baharu Covid-19 diumumkan pada Ahad lalu. - NZ Herald

WELLINGTON, New Zealand – Pasar raya-pasar raaya  di New Zealand dikhuatiri akan berdepan kekurangan bekalan tisu tandas dalam masa seminggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ini berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh  penduduknya selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan sekatan terbaharu Covid-19 bagi membendung penularan varian Omicron.

Bagaimanapun, Ardern menegaskan bahawa sekatan baharu itu bukanlah perintah berkurung kerana premis-premis perniagaan masih dibuka seperti biasa dan tiada sebarang pembatasan dalam perjalanan di seluruh negara.

Ads by Kiosked

Justeru, beliau menggesa rakyat New Zealand untuk tidak membuat pembelian panik dan  bertenang selepas rakaman video menunjukkan rak-rak barang keperluan asas terutamanya tisu tandas di pasar raya didapati kosong.

Rakaman yang disiarkan di media sosial itu menunjukkan sebahagian besar rak menempatkan  tisu tandas didapati kosong di pasar raya-pasar raya  di Mount Eden, Auckland, dan Warkworth, sejak Ahad lalu.

Rangkaian pasar raya New Zealand, Countdown mengesahkan bahawa tisu tandas dan makanan kucing adalah antara barangan yang paling banyak dibeli pada hujung minggu lalu.

Serbuan oleh pembeli turut memaksa pihak pengurusan pasar raya meletakkan had ke atas barangan penting dalam usaha untuk menghentikan pembelian panik.

Pakar rantaian bekalan Universiti Auckland, David Robb memberi amaran bahawa tisu tandas akan kehabisan di pasar raya di seluruh New Zealand dalam masa seminggu jika masalah itu  tidak diatasi segera.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Countdown, Kiri Hannifin mengakui terdapat peningkatan dalam penjualan tisu tanda beberapa jam selepas kerajaan mengumumkan sekatan baharu.

Ads by Kiosked

“Kami memahami asas pembelian secara pukal yang dilakukan oleh pelanggan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Namun begitu, kami mohon agar pelanggan tidak bertindak keterlaluan dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri,” tegasnya. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung