Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Wardina beri blogger tempoh 14 hari




WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam...KOSMO hari ini

Monday, June 27, 2011

Jom Makan Ayam golek


Salam buat semua..

Baru baru ni aku jalan ke Baling Kedah.. saja jalan jalan nak cari durian gred A..
Pada tahun ni durian gred A d Baling tak jenuh ( banyak).. adalah sikit tak macam tahun sudah...
Aku tak beli pun...sementara hendak sampai ke Pekan Baling perut lapar dan aku singgah gerai di tepi jalan jual ayam golek...aku pun beli. sebelah je..baru RM 15.00. kalau beli seekor kalau RM 25 hingga RM 30.00.. saja nak rasa..sedap juga .ayam golek buatan orang Baling nie.. makan dengan nasi pun bertambah sedap...kalau tengah lapar lagi sedap...seekor pun tak cukup

Saturday, June 25, 2011

Sekali sekala pekena Kambing Bakar


salam buat semua..

Petang ni aku nak pi makan kambing bakar ye...
kambing bakar ni memang best untuk orang yang boleh makan la...( taka apa penyakit)
kambing ni low kolestrol dan kurang berlemak...
kalau nak makan ..biarlah makan kambing bakar sebab...dia dah bakar kolestrol kan
kambing ni seokor binatang yang ego...kalau kita makan dikatakan boleh kurangkan sifat ego kite..
Para Ambia dulu pun ..bekerja sebagai gemala kambing...
Jom Makan Kambig ye

Thursday, June 23, 2011

Dulu Memang Kau Ku sukai : sekarang tidak lagi...


Salam buat semua...

sekarang musim durian dah tiba...di kawasan utara nie..
dulu durian memang aku suka..sekarang tak boleh makan banyak dah..tapi makan juga.. sehari sebiji je... dulu kalau sebakul 4 orang makan 2 hari je...hehe
Sebab la ni kalau makan ..rasa panas badan dan kepala nak pening sikit..jadi aku kurang makan la..
sekarang ni masih mahal lagi kalau nak beli..
durian Balik Pulau biasa sekilo RM 8.00..
kalau jenis udang merah sekilo RM 15 hingga RM 30.00

kalau isteri mengandong , teringin kena beli la..takut kempunan...
Kena jaga isteri be...kalau merajuk susah nanti...

Tuesday, June 21, 2011

Walaupun Tiada Kaki, Namun Gadis Ini Mampu memberi Senyuman

Lihat Kakinya tiada, malah punggung pun tiada
Gadis miskin ini menuruni tangga rumahnya

Bermain papan longsor yang dibuat oleh bapanya..huhu
Gadis ini pun macam , kanak 2 lain ingin ke sekolah
Syukur ada pihak yang membantu , memberi kaki palsu kepadanya
beliau sempat pergi ziarah kawannya di hospital pulak tu...huhu

salam.. aku lihat gambar ini perasaan aku tersentuh, yang pertamanya gadis dari keluarga miskin ini berasal dari cina kakinya tiada dan punggung pun tiada.
Yang keduanya walupun ia susah dan kakinya kudung, tapi ia masih mampu tersenyum....
Kita macam mana...kalau kita silap sikit nak marah je...
kita harus bersyukur dengan kesempurnaan diri yang dimiliki selama ini.... Allah hu akhbar..

Saturday, June 18, 2011

Kalau kereta Nora Elina , Tayar Pecah macam mana....???


salam semua...

Bolehka..kaum hawa..tukar tayar.apabila bila tayar kereta pecah...

AKu sendiri pun ..payah nak buka, apabila tayar kereta aku pecah...
Baru baru ni tayar kereta aku pecah...
mula aku jack tayar dulu..lepas tu.amil angko..nak pulas skru..
malangnya skru aku..pakai kekunci nut...hah kacau you..
akhirnya aku kena panggil kedai pomen la...sebab kunci skru tertinggal kedai pomen..
hah kacau betul la..kalau tengah lebh raya apa macam.. ini aku seorang lelaki..tanpan.hehe
kalau orang pompuan apa macam....kena panggil abang seth la....
kalau tayar kereta nora elina..pecah pasti jalan jam semua ..nak tolong hehe...

Wednesday, June 15, 2011

Bercuti sambil memberi Motivasi dan Mentarbiah

Selepas selesai meredah lumpur
Meredah dalam lumpur..biasala tu hehe

Mendirikan solat, seperti dalam hutan..asalakan bersih dari najis..

Salam buat semua,
Pada cuti penggal sekolah baru ini penulis di tugaskan sebagai fasilatator untuk membantu pelajar pelajar sekolah menengah yang menghadiri program PEWARIS atau dikenali sebagai program jatidiri. di Seberang Prai Utara. Agenda utama program ini adalah sebagai persediaan jatidiri mereka dalam menghadapi zaman remaja yang mencabar ini : Antara apa yang ditekankan ialah :
  1. Cara membersih dan menyucikan diri dari hadas kecil dan besar
  2. Mengambil wuduk yang sempurna
  3. Mendirikan solat yang sempurna
  4. Hafalan doa dalam solat
  5. Pentarbiahan dari segi hati dan minda yang senantiasa mengingati Allah
  6. Pentarbiahan menjadi insan yang sempurna..

Monday, June 13, 2011

Pusat Pelancongan Kasino Singapura




Salam buat semua,
walaupun cantik buat pandangan mata semua,,tapi bagi orang Islam tiada maknanya..kerana semua tempat ini adalah kawasan kasino baru yang bakal menggegarkan dunia..sekarang Ni menurut satu laporan, Singapura bakal mendapat pendapatan tahunan melebihi kasino Las Vegas...

Friday, June 10, 2011

Ummph...Baru pekena cendawah goreng


salam buat semua..

Semalam hari khamis penulis dan sekeluarga betolak dari Butterworth..ke Kuala Perlis.. amik angin di situ dan aku melihat alam sekeliling, waktu tgh hari ramai orang datang..nak ke Pulau Langkawi..aku pi sana nak cari buah mampelam harum manis..tak ade baru habis dijual walaupun sekilo RM 13.00..

Pada tengah hari aku dan sekeluarga terasa lapar kami singgah di pekan Arau Perlis, makan nasi kampug je..tapi yang paling menyelerakan ialah aku makan cendawan goreng..sungguh sodap u..rangup pulak..kami makan 3 pinggan baru RM 6.00 je...perh murahnye..yang lain lauk biasa je..ada ayam , ikan bakar serta kari...

Lopas tu kami gi pula ke Bukit Kayu hitam singgah rumah adik ipar di sana...aku singgah sat di kedai bebas cukai cari apa yang patut...malam sebelum balik singgah di Canglun pekena ..makan malam simpel je...sebab nak balik ke Butterworth...

Tuesday, June 7, 2011

Hebat..25 tahun kerja tidak pernah cuti sakit


MOHD. FAKRI bangga menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, tidak pernah memohon cuti sakit sejak dia memulakan kerjayanya pada tahun 1986.

"Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul kepada orang yang sakit dan tidak mampu bekerja sahaja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan sijil sakit, saya tolak.

"Biasanya, saya akan hubungi pejabat untuk ambil cuti tahun saja,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd. Fakri yang kini Ketua Komunikasi Korporat LKTN bersama 11 kakitangan lain menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman di atas kesetiaan mereka berkhidmat lebih 25 tahun dengan organisasi itu.

Mohd. Fakri yang memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan LKTN pada 1986 juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan tidak pernah dimasukkan ke hospital

"Mungkin amalan penjagaan kesihatan yang saya lakukan turut membantu, misalnya tidak minum air sejuk dan tidak menghisap rokok,'' katanya.

Tambahnya, selepas menerima anugerah itu, dia kini berazam untuk cuba mengekalkan prestasi itu sehinggalah pencen pada usia 58 tahun nanti.

"Biarlah jadi sejarah sendiri buat diri saya. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba bertahan untuk tidak memohon cuti sakit.

"Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak bekerja sampai pencen,'' katanya. KOSMO

Hebatnya dia..kita ni kalau dah mai penyakit segan habis...tak sakit pun ambil MC ye...huhu

Saturday, June 4, 2011

Betul Ke Harga Miyak Kita Terendah

Ini saya Dapat email dari Sahabat..
Betul Ke minyak Petrol kita harga terendah....

Malaysia
Harga Petrol : RM
1.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Kalau nak pasti kita cek dengan Syarikat Luar Negara....

Thursday, June 2, 2011

Maaf ,,Sayang Abang Sebuk Sikit La nie..


salam buat semua..

Pagi ni sebelum aku meneruskan kesebukan aku..aku sempat buat n3 nie..
"Sayang Buat masa ni abang sebuk sikit sayang, tak sempat melayan kamu dan kawan kawan huhu. "
Bila abang dah settel semua abang akan aktif balik ye...
buat masa ni kepala otak abang berserabut...kena buat 2 tiga kerja..
Tapi abang masih sayang kamu ye..muahhhh.

Buat rakan blogger sabar ye..biarkan aku settel kan semua..nanti kita..bw siang dan malam...buat macam mana...kerja kena siapkan...projek kena buat..produk kena promote huhu...
tapi ini semua lumrah duniakan..asalkan jangan lupa tanggungjawab dah lah...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung