Nuffnang

Friday, May 31, 2013

Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS


KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.


Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI

Tahniah Rahyat Kedah Pilih BN .. AES dah di Pasang. ??.Hehehe


Kamera AES Kini Sudah Di Pasang Di Kedah Ke ??
Dengar Cite Dok Tengak Adjust Nak Pasaang Je 

BN Menang~Rakyat Senang.Slogan BN Kedah ..Buat macam mana orang Kampung dapat BRim 500 je..terus sokong BN..


Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI

Huhu Dahsyat..Peniaga wanita dakwa Di Peluk Dari Belakang dan ..dicabul doktor


Seorang peniaga wanita mendakwa dicabul seorang doktor ketika membawa pekerjanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Ipoh.

Mangsa yang berusia 49 tahun itu mendakwa dalam kejadian pukul 11.30 pagi 22 Mei lepas, doktor berumur lingkungan 60-an itu mengajak beliau naik ke tingkat atas klinik untuk melihat lukisan.

Thursday, May 30, 2013

Khir Toyo Kekal Hukuman Penjara selama 12 Bulan..

Mahkamah rayuan kekal hukuman bersalah Khir Toyo
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.

Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI

Sumbangan SAR Dari ..KM P Pinang , Media Perdana Yang Pastinya Berita ini Tidak akan siar.


Lim Guan Eng Menyampaikan Sumbangan Kepada Wakil Pengerusi SAR Pulau Pinang, Disaksikan oleh DSAI, MAT Sabu, Dato Mansor, Dan Datuk Salleh Man , Suatu Ketika dahulu

Zaman Umno Dan Sekutunya Gerakan Dulu Tak Bagi Pun Peruntukan Untuk Sekolah Agama Rakyat Di Penang.....Sekolah Agama Rakyat Tu Terang-terang Orang Islam Dan Melayu..

Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI


Penjelasan Sempoi Dari Ustaz Azhar Idrus Dari Soalan Kaw Kaw Yang Di Tujukan ???


Penjelasan Sempoi [Baguih]  Dari Ustaz Azhar Idrus Dari Soalan Kaw Kaw Yang Di Tujukan ???
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan pernikahan kali ketiga itu telah melontarkan pelbagai soalan ditujukan khas kepadaUstaz Azhar Idrus. Antara soalan yang paling tertarik untuk Ustaz Azhar Idrus jawab adalah seperti yang tertera di bawah. Namun, Ustaz Azhar Idrus menjawab segala pertanyaan dan kritikan itu dengan mudah dan dengan hati yang terbuka. soalannya di dini>>>>

ADUN Lelaki PKR Gigit Jari ?..Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita ..Baca sini


(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Wednesday, May 29, 2013

Angkara Siapa ? Pertembungan Pahang-JDT ditunda ? Baca sini

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Mei 2013
Pertembungan Pahang-JDT ditunda gara-gara penonton
Keadaan stadium sehingga ada sebahagian penonton yang berada di kawasan trek padang. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor

Perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya ditunda ke hari lain. - Foto Bernama
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.

Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI

Gambar Tamrin Ghafar Di Tahan Di Balai Polis Dang Wangi..Tiada dalam Media Perdana


> terkini dari Balai Polis Dang Wangi Sekarang... Kesian admin Tengok, Apelah Salah Beliau Kan. . Besabarlah Dengan Ujian Ini. Lagi Klik sini 

Huhu Dahsyat .sanggup Depa Kata macam mcm pada UAI..Baca sini


Mungkin pada macai ajaran agama apa ye yang Di amal guna akal tipu dan membohongi Rakyat Sertai memfitnah Tanpa usual periksa..

Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

Tuesday, May 28, 2013

Gempar Nie ,Kerana terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Video Najib Razak mengelupur diserang Al Jazeera


V
Video ini menunjukkan PM Najib Razak diinterview oleh wartawan Al Jazeera. Berbagai soalan diajukan oleh wartawan tetapi Najib mengelak dengan pelbagai jawapan yang tidak ada kena mengena. Najib seolah-olah tak faham bahasa Inggeris. Orang tanya lain dia jawab lain...harakahdaily FB


Saksikan Perdana Menteri Malaysia yang mengelupur menjawab soalan panas


Untuk maklumat FB   KLIK SINI


Gambar Terkini Isteri Apek [ Khairol ] yang dah Bertudung..


GAMBAR: Isteri Apek Dah Bertudung?

Sejuknya mata memandang Leuniey Natasha, isteri kepada Apek memakai tudung.

Monday, May 27, 2013

Gempar!! Mahyudin Terkedu dalam Kritikal [ politik ] , selepas Kenyataan Mahadir ..Sila Baca


KUALA LUMPUR: Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.

PanasGile Ni.. Bila Utz Azhar Idrus Kawen 3 Macam macam Bunyi..Ini jawapanya


Inilah lumrah dunia..macam macam orang nak kata..Ustaz kawen  dia  hebahkan dan kawin di Malaysia ada orang kwen di selatan Thailand. Kalau kita mampu  nak kawen kawen la.hehe..

Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

Eksklusif Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus.[9 gambar ] .HEHE..Jom Lihat


[SH] Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga. 

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar. 

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sunday, May 26, 2013

Haha..PR offer Tol Free Tak nak..Sekarang Amik kau Jom baca


susah  kalu jenis manusia bebal ni .. org suruh undi pr org nk bg tol free dia undi umno .. pastu duk tuntut ttp tol plak.. Tak cerdik orang umno jgk

Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

Lelaki Yang Menghina Sultan Terengganu.Dalam FB Sudah Di Tangkap

Datuk Jailani..Tim Menteri

KUALA TERENGGANU - Lelaki yang ditangkap polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam laman sosial Facebook, semalam, disahkan berasal dari negeri ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang mengesahkannya berkata, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an ditangkap di satu lokasi di Terengganu untuk bantu siasatan kes itu.

Jailani yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manir/Belara ke-34 2013, bagaimanapun enggan mengulas lanjut maklumat terperinci mengenai suspek, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis.

Lelaki terbabit yang menggunakan profil ‘cucu nabi’ dikatakan mengeluarkan kata-kata mencela sultan dan tindakannya itu dikesan seorang pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Besut sebelum membuat laporan polis.

Jailani seterusnya menegaskan, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan serupa menerusi laman sosial atau internet.

“Undang-undang tidak membezakan sesiapa saja, tidak kira sama ada di dalam (rakyat tempatan) atau luar negara, sesiapa saja yang terlibat akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat pemantauan bagi memastikan perbuatan menyalahgunakan saluran multimedia dan internet tidak terus berulang.Sinar
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

Gambar sensasi Blackout 505 , Perhimpunan di PJ Meriah..Pasti Tiada Dalam Media Perdana . [ 11 gambar]

                              


Saturday, May 25, 2013

Khalid : Saya tak kedekut Tapi Saya jaga Duit Rakyat.


Khalid terima teguran 'kedekut'
KONGRES PKR Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara berseloroh menerima teguran yang mengatakan beliau sebelum ini merupakan seorang yang kedekut.

Beliau juga berkata, berdasarkan teguran itu, beliau kini mengambil inisiatif untuk "membelanjakan" wang kerajaan negeri Selangor yang telah disimpan sebelum ini.

Gempar : Adam Adli terus Jadi Popular Seluruh DUNIA..Baca Sini



Penyokong BN jangan jealous,sekarang ni Adam Adli lebih popular berbanding Najib...yg penting dia tak bayar utk buat promosi macam Najib dan BN buat semasa kempen PRU...

Tu Baru Menang Bukit Katil ..Ketua AMK Tibai dah Presiden PAS..Otang PAS velum Tibai Hang Lagi ni



AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13



PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Friday, May 24, 2013

PKR Dakwa Ada undi Tambahan Dalam Peti UNDI..Kacau ni.!!!


PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi



PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.


Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi



24 Mei 2013
KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.



Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.

Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.



Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.

"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.

"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.

"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.


Misteri , 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan macam mana ni..


Zahid: 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan

23 Mei 2013
AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA - Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.
"Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan," katanya.
Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.
"Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet," katanya.
Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. - Bernama

Waw !! Pengarah Tabung Haji di tuduh berkhalwat Dengan Staf Wanita ..


Rozimin Ahamed Kamil,46, dibawa lari dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya Balik Pulau selepas tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat . - Foto Bernama

BALIK PULAU - Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed  Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.

Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.

Thursday, May 23, 2013

Eksklusif : Gambar Adam Adli Di Bebaskan dengan Ikat Jamin.yang .Tiada dlm Media


Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Pimpinan Pemuda PAS Malaysia turut bersama bersolidariti dan memberi sokongan terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli di Mahkamah Seksyen KL pagi ini.

Berita Panas Kes Sosilawati : Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
   
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 


Tuan Guru Dato Haji ABd Hadi Awang Di Temuramah secara LIVe Di TV Turki




TG Hadi Presiden PAS Bersiaran Langsung Di TV
TV5 Turkey sedang menyiarkan wawancara Tuan Guru Presiden PAS.

TV1, TV2, dan lain-lain TV Malaysia sepatutnya memberi peluang yang sama kepada PAS untuk menjawab apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepada PAS.- Sumber FB

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

Haha : U All Kena Tinggal Dalam Hutan..Kalau Tak Suka Sistem SPR



'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan'

Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.

Noh (Atas ) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.

"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

Perghh Kena sebiji , Penulis mana Tibai Anwar Dan PKR..wajib baca


ULASAN Mahu tidak mahu PKR harus mengakui bahawa parti itu telah mencatat rekod buruk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat. 

Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.

Wednesday, May 22, 2013

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam.dihadapan 80,000 orang


Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'. 

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Perghh Nik Aziz Boh Sebiji : Apa guna popular jika tiada keadilan


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejayaan Umno memperoleh undi popular hasil salah guna jentera kerajaan selain ketidakadilan media arus perdana.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga tidak popular pada awalnya walaupun cuba mengembangkan Islam di Makkah.

gambar 2 Menarik di Himpunan Black 505 , Kota Sarang Semut, Kedah..

Penyokong PR yang hadir 

Tuesday, May 21, 2013

Terharu Bila Lihat Kepayahan Ayah dan Adam Adli berbicara di Lokap


Polis benar bapa jumpa Adam Adli di lokap
Adam Adli Abdul Halim disiasat selama dua hari berturut-turut dan tidak diberikan bantal mahupun selimut untuk tidur, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri yang melawat aktivis siswa tersebut hari ini.Fadiah, yang bertemu Adam Adli bersama bapa pemuda tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid, di pusat tahanan reman Jinjang pada jam 1.30 hari ini berkata mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbuat demikian.

Tercipta Sejarah : Tim Ketua Menteri P Pinang Yang Pertama Meyampaikan Tazkirah di masjid


Hj Abdul  Abdul Rashid Hasnol 

TKM 1 Pulau Pinang Menyampaikan Tazkirah...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah swt... Bumi Pulau Pinang menerima angin perubahan baru apabila menerima seorang TIMBALAN KETUA MENTERI yang SOLEH dan BERILMU... selain boleh mengimamkan solat, belia juga boleh menyentuh hati-hati anak muda dan masyarakat supaya tunduk dan patuh pada Allah swt melalui tazkirahnya.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

MENARIK: GAMBAR RIBUAN RAKYAT BANTAH PENAHANAN ADAM ADLI DI BALAI POLIS JINJANG..TIADA DLM MEDIA PERDANA


Foto ini yang membuat pemimpin2 UMNO resah dan gelisah, majoriti yang datang menyokong perjuangan ADAM ADLI adalah orang2 Cina, Melayu dan India...[ TU Nurul Izzah Pun Ada ] . BERSATU KITA TEGUH !

Monday, May 20, 2013

Terharu Lihat Gambar Adam Adli Di suap makanan oleh rakan2nya ..dalam keadaan dia di gari


Adam Adli disuap makanan sambil tangan bergari oleh kawan2 di studio Radio Bangsar Utama
Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan. 
Photo: Tangkapan Politik: Polis cari bukti kes Adam Adli

Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.
Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.
Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.
Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.
Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu.

"Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya.

"...Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.

Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan. Otai FB

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI

Haha Mukriz Dah Mula Tunjuka Garang ..Sila baca



Inilah Padah bila kita berlembut dengan mereka..dulu Kita bagi guna Stadium..sekarang .tutup semua stadium...

Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung