Nuffnang

Saturday, October 30, 2021

Perghh !!! Tak pernah menyesal, idea ibu buat jurutera seronok selepas berhenti kerja.

 

Tak pernah menyesal, idea ibu buat jurutera seronok selepas berhenti kerja... hari-hari bergelumang dengan si bulus - “Ilmu kena cari, apa jadi Tuhan dah tulis”

Ashrof pernah bekerja sebagai jurutera selama setahun sebelum membuka pet shop di Cyberjaya.

KEPUTUSAN jejaka ini untuk meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera ternyata membuahkan hasil.

Menurut Muhamad Ashrof Halil, 28, dia kemudiannya mengusahakan sebuah kedai haiwan di Cyberjaya bermula September 2017.

Mengimbas kisah itu, dia yang mesra disapa Ashrof mengakui ada sebab tersendiri untuk memilih haluan tersebut.


"Saya bekerja sebagai jurutera selama setahun saja. Waktu itu saya berusia 23 tahun. Saya berhenti kerana rasa apa yang saya buat tak setimpal dengan apa yang saya dapat.

"Ketika berhenti kerja, saya pun tiada idea nak buat apa. Kemudian mak saya bagi cadangan untuk buka pet shop. Kebetulan pun saya minat haiwan.

"Jadi saya pun cuba dan bermula sendirian saja. Sekarang saya dibantu enam pekerja. Kami jual makanan haiwan. Pada masa sama, kami buat grooming dan boarding juga," ujarnya kepada mStar.

Menurut anak pertama daripada lima beradik itu, dia tidak menyesali keputusannya meninggalkan bidang Kejuruteraan.

ash3

Ashrof tidak pernah menyesal terjun ke bidang lain.

Namun katanya, sesekali dia terimbas kenangan lama apabila melihat rakan yang lain masih setia dalam industri itu.

"Ada terdetik sesekali, tapi saya tak pernah menyesal. Saya tengok kawan-kawan dalam circle kerja lama, mereka post mengenai hal kerja. Seronok juga nampak.

Mereka datang jauh-jauh. Mereka kata kenal saya melalui TikTok dan Instagram.

ASHROF

"Tapi memang saya tak menyesal. Ketika berhenti, perasaan waktu itu saya cuma nak buat sesuatu yang lebih baik.

"Bagi saya, kerja dalam bidang itu merupakan rezeki untuk saya. Tapi kerja dalam bidang lain pun rezeki juga. Tuhan dah tetapkan.

"Ilmu kena cari. Apa yang jadi di kemudian hari tuhan dah tulis," ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ashrof turut terharu apabila video-video dia bersama haiwan di kedainya meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

"Saya baru bermula beberapa bulan lepas. Tak sangka video dikongsi meraih perhatian ramai. Saya juga banyak terima soalan.

"Mereka tanya mengenai shampu kucing, makanan yang sesuai, cara penjagaan dan macam-macam lagi. Kalau ada masa, saya memang akan jawab.

ash2

Dia turut menerima pelbagai soalan mengenai haiwan di media sosial.

"Saya juga banyak terima komen yang menghiburkan hati. Ada yang nak jadi kucing," ujarnya berseloroh.

Penangan tular di TiKTok turut membuka rezeki apabila dia mula meraih pelanggan baharu dari luar kawasannya.

Kata Ashrof, dia tidak menyangka platform itu mampu menarik pelanggan baharu biarpun dia baru sahaja aktif berkongsi video sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tak nafikan, memang dapat banyak pelanggan baharu dari TikTok. Ada ramai juga pelanggan dari luar kawasan. Contohnya dari Selangor dan Terengganu.

"Mereka datang jauh-jauh. Mereka kata kenal saya melalui TikTok dan Instagram. Dulu saya fikir TikTok untuk hiburan saja.

"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberi sokongan. Saya akan buat yang terbaik untuk anda semua," ujarnya lagi.

Thursday, October 28, 2021

Tudia!!! Pengantin termenung dilanda banjir semasa majlis persandingan

 


Orang ramai kelihatan menyelamatkan barangan mereka yang hanyut dibawa arus banjir. - TikTok
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan sebuah majlis pernikahan yang tiba-tiba dilanda musibah banjir menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Rakaman  video yang dimuat naik di akaun TikTok @ratu.nyinyir.officiall menunjukkan orang ramai kemudian bergegas menyelamatkan barang milik mereka yang hanyut dibawa banjir.

Sementara itu, pasangan pengantin yang sedang bersanding dan ahli keluarganya dilihat hanya termenung sambil melihat musibah banjir itu.

ADVERTISING

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak diketahui.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi reaksi di ruangan komen.

“Ya Allah, yang penting sudah sah,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang turut mengaitkan kejadian tersebut dengan doa bekas kekasih pasangan pengantin yang makbul.

“Mungkin doa bekas kekasih pengantin telah termakbul,” tulis seorang netizen. – AGENSI 

Wednesday, October 27, 2021

Perghhh !! Naya !! Rider, pemandu trak cemas geng itik buat ‘road block’... tapi sempat rakam dulu sebab comel

 

Rider, pemandu trak cemas geng itik buat ‘road block’... tapi sempat rakam dulu sebab comel! - “Saya risau takut terlambat hantar pesanan pelanggan”

Balqish berkongsi insiden lucu terserempak sekumpulan itik ketika menghantar pesanan makanan.

TUGAS sebagai seorang penghantar makanan atau rider sememangnya berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari segi cuaca, keadaan jalan raya, ragam pelanggan dan sebagainya.

Kita sering kali melihat perkongsian pengalaman oleh golongan ini di media sosial.

Namun perkongsian oleh seorang rider wanita mengenai cabaran yang terpaksa dilaluinya baru-baru ini benar-benar menarik perhatian netizen.


Apa tidaknya, perjalanannya diganggu oleh puluhan ekor itik ketika mahu menghantar pesanan pelanggan!

"Nasib baik comel," tulisnya pada perkongsian video yang sehingga kini meraih lebih daripada 445,000 jumlah tontonan.

Malah perkongsian tersebut turut dihujani ribuan komen lucu netizen yang terhibur dengan gelagat haiwan-haiwan berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Balqish Nabela Mohd Ridwan berkata insiden lucu itu berlaku sewaktu dia menggunakan jalan pintas untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya di sebuah kawasan kampung di Kota Bharu, Kelantan.

"Jalan short-cut itu kena lalu sawah padi dan memang kawasan situ 'port' biasa itik-itik tu. Kebetulan ketika itu dah nak Maghrib, sekitar pukul 6.15 petang... memang mereka akan pulang ke reban.

"Masa saya lalu, itik-itik tu baru naik dari sawah dan berkumpul ramai-ramai tengah jalan. Mereka berpusing-pusing je atas jalan seperti hilang arah nak pergi ke mana.

"Jadi kenderaan memang tak boleh lalu. Di laluan bertentangan, ada seorang pemandu trak pick-up... dia berhentikan kenderaannya dan turun untuk rakam.

"Saya pun sambil-sambil tu rakam sekali. Lama juga kami masing-masing tunggu itik-itik ni berpusing sehinggakan ada seorang penunggang motosikal patah balik," cerita gadis berusia 21 tahun ini.

itik baru 1

Puluhan itik berkumpul di tengah jalan dan berpusing-pusing selama kira-kira 10 minit.

Senang disapa sebagai Balqish, gadis ini berkata situasi tidak diduga itu menyebabkan dia terpaksa menunggu kira-kira 10 minit.

"Akhirnya selepas 10 minit menunggu, pemandu trak tu terpaksa halau supaya masing-masing boleh lalu.

"Saya pun masa tu dah naik risau juga takut terlambat hantar pesanan pelanggan. Mujurlah tak lama sangat," ujar anak kedua daripada tiga adik beradik ini.

Akhirnya selepas 10 minit menunggu, pemandu trak tu terpaksa halau supaya masing-masing boleh lalu.

BALQISH NABELA MOHD RIDWAN

RIDER

Hampir lima bulan bekerja sebagai rider, Balqish berkata insiden tersebut adalah antara yang 'menarik' yang pernah dialaminya.

"Saya mula jadi part-time rider ketika masih belajar. Sekarang dah lima bulan kerja.

"Kalau tanya pasal insiden yang tidak dilupakan sepanjang jadi rider, saya pernah terlibat dengan kemalangan awal September lalu gara-gara kereta belok tak bagi signal. Pemeriksaan doktor mendapati saya alami 'slip disc'.

"Hampir sebulan juga saya terpaksa bercuti," katanya yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Kota Bharu, Julai lalu.

itik baru 2

Balqish sudah menjadi rider sejak lima bulan lalu.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Balqish berkata dia hanya mengetahui mengenainya selepas diberitahu oleh rakan-rakan rider yang lain.

"Ada netizen komen cakap itik tu tengah tawaf, itik buat road block, itik minta bayar tol dan macam-macam lagi. Tersenyum saya baca komen sorang-sorang.

"Tiada apa pun yang saya nak kongsikan. Cuma pesanan buat riders, fokuslah ketika menunggang. Jangan menunggang sambil mata dekat telefon bimbit. Jaga keselamatan diri kerana kerja ni risikonya tinggi," katanya lagi.


Tuesday, October 26, 2021

Siapa Nayel Nassar, menantu Bill dan Melinda Gates

 



Nayel Nassar dan Jennifer Gates melangsungkan perkahwinan di New York pada 16 Oktober baru-baru ini. (Gambar Instagram)

Pada 16 Oktober baru-baru ini, anak perempuan sulung Bill Gates, Jennifer Gates melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya Nayel Nassar, dalam satu majlis mewah yang difahamkan menelan belanja mencecah AS$2 juta.

Majlis eksklusif dan tertutup itu berlangsung di kediaman mewah milik Bill, di Westchester County, New York.

Jadi siapa sebenarnya jejaka yang berjaya mencuri hati anak kepada pengasas bersama Microsoft yang juga bekas manusia terkaya di dunia ini?

Nayel Nassar dilahirkan pada 1991 di Chicago dan dibesarkan di Kuwait kerana kerjaya ibu-bapanya. Fouad Nassar dan Iman Harby, ibu bapa Nayel adalah pemilik syarikat senibina dan rekaan dalaman terkemuka, Diwan Interiors International. Ditubuhkan pada 1987, ia antara firma peneraju di Kuwait dengan pelanggan terkemuka antaranya Citigroup Kuwait, Mercedes-Benz dan JW Marriott.

Menurut Biography Daily, nilai kekayaan dimiliki Nayel mencecah AS$100 juta.

Nayel yang berketurunan Mesir, memiliki kerakyatan antarabangsa. Pada 2009, dia berpindah semula ke AS untuk melanjutkan pelajaran di California. Dia juga menguasai tiga bahasa termasuk Arab, Perancis dan Inggeris.

Jejaka kacak ini mula menunggang kuda sejak berusia lima tahun di sebuah sekolah menunggang kuda di Kuwait. Sejak itu, minatnya terus berkembang sehingga dia memenangi FEI Grand Prix pertama di Abu Dhabi pada 2011.

Selepas memenangi 36 acara lompatan sejak 2010, dia diletakkan di ranking ke-41 dunia oleh International Federation for Equestrian Sports, menurut Al Arabiya News. Nayel turut membantu pasukan Mesir untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo selepas 60 tahun.

Minatnya terhadap sukan berkuda bukan saja sebagai profesyen tetapi juga perniagaan. Beliau mengendalikan ladang kuda miliknya sendiri, Nassar Stables di California Selatan sejak 2014.

Ogos lalu, beliau melancarkan Jumpr, sebuah aplikasi iOS baru yang menyediakan statistik dan analisis terkini bagi membolehkan penunggang kuda, pelatih, penyiar dan peminat mencari secara interaktif pangkalan data berkaitan sukan itu, menurut Equestrian Living.

Nassar dan Gates bukan sekadar berkongsi hidup, mereka juga adalah rakan kongsi perniagaan. Kedua-duanya adalah lulusan dari Universiti Stanford. Ketika dia menggenggam ijazah dalam bidang ekonomi pada 2013, isterinya mengkhusus dalam bidang biologi manusia.

Gates yang juga seorang ekuestrian bertemu suaminya di litar tersebut dan mula bersahabat. Dia juga adalah pengasas Evergate Stables, yang kini dikendalikan pasangan itu, menurut Vogue.

“Kuda hanyalah sebahagian daripada hidup kami, tapi kami amat meminati sukan itu. Dia seorang profesional, dan saya hanya seorang amatur. Jadi, peluang untuk dapat berkongsi minat dan kecenderungan yang sama terhadap kuda memang cukup luar biasa,” kata Gates kepada CNN.FMT

Monday, October 25, 2021

Perghh Tangkap Syahdu !! Gadis jelita penjual siomay curi tumpuan

 



Gadis tersebut menjual siomay di kawasan Air Terjun Girimanik dalam wilayah Jawa Tengah.- TribunSolo

Gadis jelita penjual siomay curi tumpuan

Share on telegram

JAKARTA – Seorang penjual siomay dari wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memiliki rupa paras yang cantik, lapor laman berita Suara.com semalam.

Siomay merupakan sejenis makanan dari Indonesia yang menggunakan dumpling ikan kukus yang dimakan bersama tauhu, sayur-sayuran dan kuah kacang.

Aksi gadis penjual siomay itu pada awalnya dimuat naik oleh akaun TikTok @ipunkwahyono.

Berdasarkan klip video tersebut, gadis berkenaan sedang melayan pembeli sambil memasukkan siomay ke dalam beg plastik.

Penampilan sederhana gadis itu yang hanya berseluar jeans dan berbaju hitam serta memakai pelitup muka menjadi perhatian netizen yang menyedari bahawa dia memiliki rupa paras yang cantik.

Gadis itu dikatakan menjual makanan tersebut di sebuah lokasi pelancongan, Air Terjun Girimanik di daerah Wonogiri dalam wilayah Jawa Tengah.

Sejurus dimuat naik di media sosial, video gadis tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang menyukai hantaran tersebut serta memberikan pelbagai komen.

“Kalau begi rupa penjualnya, pasti yang bujang akan kerap membeli walaupun tidak makan,” kata seorang netizen. – Agensi 

Sunday, October 24, 2021

Fuh Hati2 Ya !!! Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ

 

Khairy (gambar fail) memberi penjelasan mengenai kes Covid-19.

TREND penurunan kes harian Covid-19 antara 6,000 hingga 7,000 sejak seminggu lalu, dijangka meningkat tidak lama lagi, dengan sebahagiannya disebabkan oleh perjalanan rentas negeri.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan purata 7,576 kes dalam tempoh lima hari akan datang, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin pada sidang media, Khamis.

Khairy turut memberitahu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatat peningkatan kes sejak kerajaan menarik semula sekatan rentas pada 11 Oktober lalu.


Pada Khamis, KKM melaporkan 6,210 kes harian baharu, termasuk 42 kes import.

Kes harian terendah bagi tempoh antara 16 Oktober dan 21 Oktober dilaporkan pada 18 Oktober dengan 5,434 kes.

Kali terakhir kes harian baharu sekitar 5,000 adalah pada 28 Jun iaitu 5,218 kes.

Selain itu, jumlah kes pulih terus melebihi jumlah kes baharu selama hampir sebulan, dan ini mengurangkan jumlah kes Covid-19 yang aktif.

Pada Khamis, KKM melaporkan 7,562 kes pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,303.583 kes (95.4 peratus) sementara jumlah keseluruhan 2,413.592 kes Covid-19. - The Star


Saturday, October 23, 2021

Perghh Tudia !!!Remaja masuk jarum dalam zakar

 


Remaja tersebut memasukkan jarum jahitan sepanjang 9 sentimeter ke dalam kemaluannya kerana rasa ingin tahu. Shutterstock
Share on telegram

BEIJING – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari wilayah Jiangsu memasukkan jarum jahitan  sepanjang 9 sentimeter (sm) ke dalam saluran kencing  dan membiarkannya selama dua minggu, lapor laman Suara.com semalam.

Dia berbuat demikian kerana didorong oleh perasaan ‘ingin tahu’.

Selepas mengadu organnya itu terasa sakit dan air kencingnya berdarah, ibu dan bapa remaja itu kemudian membawanya ke sebuah hospital di Nanjing.

Selepas melakukan ujian imbasan sinar X, doktor kemudian menemui jarum tersebut di dalam saluran kencingnya. Remaja itu kemudian mengaku sengaja berbuat begitu kerana rasa ingin tahu.

Doktor kemudian mengeluarkan jarum tersebut menerusi satu pembedahan yang memakan masa selama lebih satu jam.

“Remaja itu datang ke sini kerana tidak tahan sakit. Kami kemudian menemui jarum yang sangat panjang di dalam salur kencingnya,” kata doktor yang merawat remaja itu, Guo Yunfei. Kosmo

Friday, October 22, 2021

Perghh !!! Wanita ketagih makan abu mayat suami

 


Casie mengaku ketagih memakan abu mayat suaminya walaupun menyifatkan rasanya seperti telur busuk. - YouTube


LONDON – Seorang wanita menerusi sebuah rancangan televisyen mengaku mempunyai ketagihan pelik iaitu gemar memakan abu mayat mendiang suaminya, lapor laman berita LadBible.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Casie itu membuat pengakuan tersebut menerusi program televisyen My Strange Addiction.

Casie kehilangan suaminya akibat serangan asthma kronik pada 2019.  

Kegilaan memakan abu mayat itu bermula apabila sebahagian daripada abu tersebut tertumpah di atas tangan Casie.

“Selepas ia tertumpah, saya tidak mahu mengelapnya memandangkan abu mayat itu adalah suami saya. Saya juga tidak mahu membuangnya lalu saya menjilat abu itu daripada jari-jemari saya,” katanya.

Menurut wanita itu, dia akan mencelupkan jarinya ke dalam bekas berisi abu mayat itu dan mejilatnya.

“Rasanya seperti telur yang busuk dan pasir namun saya sukakannya. 

“Memandangkan saya tidak membuang suami daripada kehidupan ini, saya kemudian ‘memakannya’,” kata Casie.

Cassie bagaimanapun berharap ketagihan peliknya itu mampu dihentikan sebelum kesemua abu itu habis ditelan. – AGENSI 

Thursday, October 21, 2021

PerghhhTudia !!! Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak

 


Rakaman video mengejutkan menunjukkan seekor gajah memijak seekor buaya sehingga mati. - YouTube
LUSAKA, ZAMBIA – Seorang pengunjung sebuah taman safari merakam video menunjukkan seekor induk  gajah memijak seekor buaya sehingga mati selepas haiwan pemangsa itu menghendap anaknya di Sungai Zambezi, lapor laman berita Mail Online semalam.

Hans Henrik Haahr dari Denmark merakam insiden seekor gajah Afrika bersaiz besar yang menyerang buaya tersebut dalam satu serangan ganas di hadapan sebuah safari di Zambia.

Video penuh dramatik itu menunjukkan ibu gajah itu memijak buaya yang memiliki panjang sekitar 3 meter itu sehingga mati.

Selepas beberapa minit, gajah itu mencapai ekor buaya itu dan mengangkatnya dari dalam sungai tersebut.

Kem Sungai Baines berkongsi video tersebut menerusi laman Facebooknya.

“Pengunjung menyaksikan insiden penuh dramatik ini antara dua haiwan paling digeruni di Afrika.

“Ini mungkin merupakan serangan balas daripada gajah itu terhadap buaya yang menghendap  anak dan kawanannya,” demikian kenyataan dimuat naik bersama hantaran itu. – AGENSI 

Wednesday, October 20, 2021

Perghhh !!! Betul-betul berkorban... guru sempoi ajar murid cara lompat tinggi lengkap berbaju Melayu

 

Betul-betul berkorban... guru sempoi ajar murid cara lompat tinggi lengkap berbaju Melayu - “Bukan sekadar bagi teori, kena tunjuk betul-betul”

Aksi Aiman memakai baju Melayu membuat lompat tinggi meraih perhatian.

HARI sukan sekolah pastinya dirindui oleh para pelajar sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Rakaman aksi seorang guru melakukan lompatan tinggi sedikit mengubat kerinduan itu.

Namun penampilan guru berkenaan yang memakai baju Melayu biru berserta samping songket putih ketika membuat lompat tinggi di sekolah mencuri tumpuan.


Guru pelatih itu, Aiman Hakim Hasbullah berkata, video yang tular sebenarnya dirakamkan pada Januari lalu ketika dia mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak.

Pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu, pada masa itu sekumpulan murid sedang berada di padang sekolah melakukan persediaan bagi acara lompat tinggi untuk kejohanan sukan di peringkat daerah.

"Kebetulan, saya turut berada di situ melihat mereka berlatih. Murid-murid nak lompat tinggi untuk ketinggian satu meter dan kebanyakannya tak lepas.

"Saya ada sedikit asas dalam acara lompat tinggi jadi terpanggil untuk bantu mereka berlatih. Tapi hari tu Jumaat dan saya berbaju Melayu dengan samping ke sekolah.

"Saya tak bawa baju PJ (Pendidikan Jasmani) pula. Saya pun selamba tunjuk demo lompat tinggi siap dengan pakai kasut kulit," katanya kepada mStar.

guru lompat tinggi 2

Aiman aktif bermain bola tampar semasa di sekolah.

Aiman yang menjalani latihan praktikum, melatih murid-murid berdasarkan pengalamannya ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak.

"Dulu saya aktif bersukan, pernah wakil sekolah bagi acara lompat tinggi. Saya juga bermain bola tampar dan tenis," katanya yang mengikuti pengajian tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sains Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang.

Menurut guru sains itu, dia melihat beberapa murid yang membuat persediaan latihan itu mempunyai potensi dalam aktiviti sukan.

"Saya nampak mereka ada potensi. Tapi mereka perlu banyak berlatih dan mengamalkan teknik yang betul untuk acara lompat tinggi.

"Mereka kena tahu teknik untuk melentikkan badan, kedudukan badan dan lonjakan bagi memastikan lompatan dilakukan dengan kemas," katanya.

guru lompat tinggi 3

Aiman turut menyertai sukan tenis.

Mengenai pemakaiannya ketika latihan itu, Aiman yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, ia dilakukan secara spontan demi kefahaman murid-murid.

"Begitulah pengorbanan seorang guru. Kalau nak bagi contoh kat murid-murid, kena buat sehabis baik, bukan sekadar bagi teori. Kena tunjuk betul-betul kasi mereka faham.

Kalau nak bagi contoh kat murid-murid, kena buat sehabis baik, bukan sekadar bagi teori. Kena tunjuk betul-betul kasi mereka faham

AIMAN HAKIM HASBULLAH

"Walaupun pakai samping, tak terlondeh pun sebab diikat ketat. Cuma kain samping terangkat sikit selepas selesai buat lompatan," tambahnya.

Namun, apa yang lebih membanggakan guru pelatih itu adalah prestasi murid-murid menunjukkan perkembangan yang lebih baik selepas demonstrasi berkenaan.

guru lompat tinggi 4

Aiman menyedari potensi murid-murid dalam acara lompat tinggi.

Dalam pada itu, Aiman berkata, perkongsian video tersebut turut bertujuan untuk menaikkan semangat murid-murid yang akan kembali belajar secara fizikal di sekolah tidak lama lagi.

"Bila dah buka sekolah, pastinya ramai murid lebih excited setelah sekian lama mereka duduk di rumah atau belajar dari rumah.

"Saya berharap pembukaan semula sekolah ini mengembalikan semangat murid-murid untuk belajar lebih rajin," katanya.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung