Nuffnang

Tuesday, October 26, 2021

Siapa Nayel Nassar, menantu Bill dan Melinda Gates

 



Nayel Nassar dan Jennifer Gates melangsungkan perkahwinan di New York pada 16 Oktober baru-baru ini. (Gambar Instagram)

Pada 16 Oktober baru-baru ini, anak perempuan sulung Bill Gates, Jennifer Gates melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya Nayel Nassar, dalam satu majlis mewah yang difahamkan menelan belanja mencecah AS$2 juta.

Majlis eksklusif dan tertutup itu berlangsung di kediaman mewah milik Bill, di Westchester County, New York.

Jadi siapa sebenarnya jejaka yang berjaya mencuri hati anak kepada pengasas bersama Microsoft yang juga bekas manusia terkaya di dunia ini?

Nayel Nassar dilahirkan pada 1991 di Chicago dan dibesarkan di Kuwait kerana kerjaya ibu-bapanya. Fouad Nassar dan Iman Harby, ibu bapa Nayel adalah pemilik syarikat senibina dan rekaan dalaman terkemuka, Diwan Interiors International. Ditubuhkan pada 1987, ia antara firma peneraju di Kuwait dengan pelanggan terkemuka antaranya Citigroup Kuwait, Mercedes-Benz dan JW Marriott.

Menurut Biography Daily, nilai kekayaan dimiliki Nayel mencecah AS$100 juta.

Nayel yang berketurunan Mesir, memiliki kerakyatan antarabangsa. Pada 2009, dia berpindah semula ke AS untuk melanjutkan pelajaran di California. Dia juga menguasai tiga bahasa termasuk Arab, Perancis dan Inggeris.

Jejaka kacak ini mula menunggang kuda sejak berusia lima tahun di sebuah sekolah menunggang kuda di Kuwait. Sejak itu, minatnya terus berkembang sehingga dia memenangi FEI Grand Prix pertama di Abu Dhabi pada 2011.

Selepas memenangi 36 acara lompatan sejak 2010, dia diletakkan di ranking ke-41 dunia oleh International Federation for Equestrian Sports, menurut Al Arabiya News. Nayel turut membantu pasukan Mesir untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo selepas 60 tahun.

Minatnya terhadap sukan berkuda bukan saja sebagai profesyen tetapi juga perniagaan. Beliau mengendalikan ladang kuda miliknya sendiri, Nassar Stables di California Selatan sejak 2014.

Ogos lalu, beliau melancarkan Jumpr, sebuah aplikasi iOS baru yang menyediakan statistik dan analisis terkini bagi membolehkan penunggang kuda, pelatih, penyiar dan peminat mencari secara interaktif pangkalan data berkaitan sukan itu, menurut Equestrian Living.

Nassar dan Gates bukan sekadar berkongsi hidup, mereka juga adalah rakan kongsi perniagaan. Kedua-duanya adalah lulusan dari Universiti Stanford. Ketika dia menggenggam ijazah dalam bidang ekonomi pada 2013, isterinya mengkhusus dalam bidang biologi manusia.

Gates yang juga seorang ekuestrian bertemu suaminya di litar tersebut dan mula bersahabat. Dia juga adalah pengasas Evergate Stables, yang kini dikendalikan pasangan itu, menurut Vogue.

“Kuda hanyalah sebahagian daripada hidup kami, tapi kami amat meminati sukan itu. Dia seorang profesional, dan saya hanya seorang amatur. Jadi, peluang untuk dapat berkongsi minat dan kecenderungan yang sama terhadap kuda memang cukup luar biasa,” kata Gates kepada CNN.FMT

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung