Nuffnang

Wednesday, July 31, 2019

Perghhh !! Pemuda tak serik! Kali ketiga hubungi bomba buang 'gear' tersekat di kemaluan


Pemuda tak serik! Kali ketiga hubungi bomba buang 'gear' tersekat di kemaluan


Gear tersebut berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit.
TIDAK serik itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki dari Batu Jong, di Kuala Krai terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang tersekat pada kemaluannya
Lelaki berusia 34 tahun itu hadir ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya, petang Selasa.
Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar -rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.
"Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa sukar dibuang.
"Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital," katanya.
Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong 'L' dalam masa 20 minit.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian

Monday, July 29, 2019

Wow !! aga kambing, 3 tahun jadi tukang cuci di ‘U’, air mata ibu bapa pemuda ini tumpah di UK


Jaga kambing, 3 tahun jadi tukang cuci di ‘U’, air mata ibu bapa pemuda ini tumpah di UK, “Saya tak tanya kenapa...”

Afiq yang dulunya pengembala kambing bergelar graduan kelas pertama di University of Essex, London.
KEJAYAAN seorang pemuda dari Kelantan yang menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom dengan kelas pertama berjaya menangkis persepsi tidak baik terhadap mereka yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Berasal dari Kampung Mengkebang, Kuala Krai, Muhammad Afiq Ismail, graduan University of Essex, London, mengakui kurang senang dengan stigma masyarakat yang sering mengaitkan anak jati negeri itu dengan perkara negatif.
"Bagi saya semua tempat ada orang baik dan ada orang jahat. Ramai orang ada persepsi negatif tentang Kelantan tapi saya kurang bersetuju.

"Sebab itu saya letak diri saya untuk buktikan orang Kelantan ni tak pemalas dan boleh berjaya. Dan ramai lagi orang Kelantan yang dah berjaya.
"Ada je orang malas, bukan dari Kelantan saja tapi semua tempat. Jadi jangan nilai seseorang berdasarkan asal usul dia.
Afiq sudah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat firma audit terkemuka di ibu negara.
"Dan kalau orang tu buat salah jangan salahkan negeri, salahkan individu dah cukup," kata pemuda berusia 23 tahun itu kepada mStar.
Kisah Muhammad Afiq atau lebih mesra disapa Afiq ditularkan rakan universitinya, Khairul Aiman Hamdan di Facebook kerana berbangga melihat kejayaan dan pengorbanan dilakukannya biarpun bukan dari keluarga senang.
Graduan jurusan perakaunan dan kewangan itu menggenggam segulung ijazah dengan disaksikan kedua ibu bapanya, Ismail Abas, 56, dan Norma Abdullah, 52.
Namun apa yang lebih membanggakan, kedua-dua ibu bapanya itu diterbangkan khas dari Kuala Lumpur menggunakan duit poketnya sendiri hasil kerja sambilan sebagai tukang cuci sepanjang belajar di luar negara.
"Saya nak bagi mak dan ayah saya rasa pengalaman tengok anak naik pentas terima ijazah. Lagipun mak ayah saya juga tak pernah naik flight.
"Jadi saya sponsor mereka untuk rasa pengalaman naik kapal terbang. Walaupun dah sponsor mereka, saya masih ada lagi simpanan untuk masa depan mamandangkan saya kerja dah lama," katanya.
Impiannya itu tercapai kerana pemuda ini tanpa segan bekerja sebagai tukang cuci di universiti di mana dia menimba ilmu sejak tahun pertamanya.

Afiq tidak malu bekerja sebagai tukang cuci di universitinya.
"Saya kerja bersih restoran, pejabat dan kedai-kedai di dalam universiti tiga hari seminggu kiranya 15-20 jam seminggu. Bayaran sejam 7 pound jadi seminggu boleh dapat 100 pound (RM500).
"Saya bangun pukul 4 pagi setiap hari dan mula kerja pukul 5 pagi sampai pukul 9.30 pagi. Lepas tu pergi kelas pukul 10 pagi dan akan pastikan tidur pukul 10 malam setiap hari untuk bangun pukul 4 pagi keesokkan harinya.
"Itulah rutin harian saya hinggalah tahun ketiga pengajian. Penat jugalah tapi Alhamdulillah result ok. Duit gaji tu saya buat belanja sikit dan selebihnya saya simpan," katanya.
Bila mak ayah kita reda dengan kita, Allah pun reda dengan kita sebab reda Allah terletak pada reda mak ayah. Jadi semua urusan kita Allah permudahkan.
MUHAMMAD AFIQ ISMAIL.
Graduan University of Essex, London.
Jelas anak bongsu dua beradik itu, dia juga terpaksa menggorbankan dua sambutan Aidilfitri bersama keluarga di kampung demi mengumpul wang untuk perbelanjaan tiket kapal terbang kedua ibu bapanya ke London.

"Masa tahun pertama saya balik tapi lepas tu dua tahun beraya di perantauan sebab nak jimat duit. Waktu tu saya buat kerja sambilan juga.
"Memang rindu keluarga tapi rindu tu hilang bila dapat Skype dengan mereka. Rumah saya tak ada Wifi, jadi masa tahun pertama saya balik kampung tu saya masukkan Internet.
"Saya fikir senang nak video call dengan mak ayah. Saya yang bayarkan bil setiap bulan dan ajar mereka dari A-Z cara-cara nak guna Skype," katanya.
Afiq membawa ibu bapanya ke London dengan wang poketnya sendiri.
Pada masa sama, Afiq berkata dia tidak pernah rasa malu untuk berkerja sebagai tukang cuci sepanjang bergelar pelajar di universiti tersebut.
"Kenapa saya nak malu, saya dah biasa kerja kampung. Jaga kambing dan berkebun, lagipun saya dapat duit yang halal.
"Apa yang penting jangan lupa asal usul kita dan sentiasa ingat Allah. Saya memang niat nak ubah nasib keluarga dan nak buktikan orang kampung macam saya pun boleh berjaya," katanya.
Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Afiq mengakui segala yang dikecapi hari ini tidak mungkin berlaku tanpa doa dan keredaan kedua orang tuanya.
"Bila mak ayah kita reda dengan kita, Allah pun reda dengan kita sebab reda Allah terletak pada reda mak ayah. Jadi semua urusan kita Allah permudahkan.
"Saya juga suka bantu kawan-kawan ketika belajar. Bila kita tolong orang, maka kefahaman kita akan bertambah. Saya juga amalkan belajar waktu pagi sebab senang masuk.
"Tapi sebelum belajar pagi tu solat sunat dulu. Minta doa dengan Allah. Insya-Allah akan senang urusan kita," katanya.

Afiq bijak membahagikan masa antara belajar dan bekerja.
Mengenai perasaannya semasa majlis konvokesyennya tempoh hari, Afiq mengakui dia gembira apabila berjaya membawa kedua ibu bapanya meraikan kejayaan itu bersama-sama.
"Mak ayah happy sangat-sangat sebab dapat tengok anak konvo dekat luar negara. Saya lagilah happy sebab mak ayah tengok saya naik pentas dapat keputusan cemerlang.
"Dalam dewan tu saya rasa macam nak nangis je. Air mata selalu keluar sebab happy. Tengok kawan-kawan, rupa-rupanya saya seorang je yang tak gelak sebab tengah tahan air mata.
"Mak ayah pun sama menangis. Ingat lagi masa dapat result tu saya tengok mata mak ayah saya bengkak. Saya tak tanya sebab saya tahu mereka menangis kegembiraan," katanya yang turut membawa ibu bapanya mengelilingi UK sebelum mereka balik ke Malaysia pada 16 Julai lalu.
Buat masa ini, Afiq yang sudah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma audit terkemuka di Kuala Lumpur masih lagi berada di UK dan akan pulang ke Malaysia hujung bulan ini.

Gambar kenangan Afiq bersama kambing peliharaannya.
"Saya masih lagi bekerja sambilan sebagai tukang cuci di sini dan pulang ke Malaysia 31 Julai sebelum mula bekerja pada 1 Oktober depan.
"Saya akan stay sebulan di Kelantan sebab ayah saya ada beritahu tempoh hari kebun dah rindu dekat saya. Sebulan kemudian barulah saya ke KL untuk cari rumah sewa dan buat persediaan apa yang patut," katanya.
Mengimbau kembali zaman remajanya, Afiq berkata dia sentiasa teringat kenangan membantu ayahnya di kebun mereka.
"Hanya saya yang ada untuk bantu ayah kerana abang, Muhammad Isyraff, 26, orang kelainan upaya (OKU) yang ada masalah kaki dan tak boleh berjalan lama.
"Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing hinggalah bawa lori itulah rutin masa cuti sekolah. Tapi paling saya takkan lupa pengalaman tidur sekali dengan kambing," katanya dalam nada berseloroh.

Friday, July 26, 2019

Wow !!! “Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob


“Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob

Raf Yaakob gembira apabila pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menurunkan tandatangan pada jersinya.
IMPIAN suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob untuk bertentang mata dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo tercapai apabila mereka bertemu dalam satu acara baru-baru ini.
Menurut Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, setelah hampir 16 tahun menyimpan hasrat akhirnya dia dapat bersemuka dengan figura sukan itu semasa perlawanan International Champions Cup di Singapura.
Walaupun keadaan kelam-kabut, pemain kelab Juventus itu sempat menurunkan tandatangan pada jersi yang dipakai Raf.
"16 tahun lamanya tunggu nak jumpa Cristiano, hari itu baru dapat jumpa depan-depan di International Champions Cup.
"Tapi tak dapat bergambar dengan dia... lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tahu dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.
"Apabila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju yang Raf pakai, dia pun sign la nama dia besar-besar kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. Itu sahaja," katanya.
Raf dan Mawar teruja bertemu Cristiano Ronaldo.
Raf berkongsi rakaman pendek momen pertemuan dengan Cristiano Ronaldo itu di Instagram miliknya pada Khamis.
Dalam video tersebut turut kelihatan isterinya Mawar Rashid.
Sementara itu, Raf memberitahu dia masih menyimpan impian untuk bertemu dan bergambar dengan pemain Portugal berusia 34 tahun itu.
"Nanti kalau dapat jumpa lagi Raf nak amik gambar. Buat masa ini tengoklah video ini sebagai bukti. So close and yet so far!," ujarnya.
Raf berkongsi momen tersebut di Instagram miliiknya.
Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini.
Malah, ada yang meluahkan rasa cemburu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pemain tampan tersebut.
"Ya Allah bestnya, bila boleh dapat peluang macam abang Raf, harap satu hari nanti impian saya akan jadi kenyataan dapat tengok pun jadilah.

"Dapat video pun dah kira okey tu bos... sign tang dada tu!
"Yang termampu tu pun orang lain belum tentu dapat. InsyaAllah next time dapat gambar sekali. Beruntungnya Raf," komen pengikut.

Thursday, July 25, 2019

Wow.. Wajah Babu Lajen Roti Kaya Balik Pulau , Penang Di Lukis Di Dinding


Terkejut Babu masih ingat perangainya, pelukis grafiti kata penjual roti ini bukan biasa-biasa, “Anak doktor, lawyer, engineer”
Abdul Rashid bersama Muniandi yang berniaga roti kaya di Balik Pulau sejak 30 tahun lalu.
SEORANG pelukis grafiti terkejut apabila individu yang diabadikan pada lukisan di dinding berdekatan Pekan Kongsi Balik Pulau, Pulau Pinang masih ingat perangainya semasa kecil yang gemar melukis di atas tanah.
Kisah itu dikongsi Abdul Rashid Abdul Raman, 35, yang bertemu semula dengan Muniandi atau lebih dikenali dengan nama 'Babu roti kaya' yang terkenal di Balik Pulau di Facebooknya pada Ahad lalu.
Menurut Abdul Rashid dia bertemu Muniandi di rumahnya yang terletak di Taman Seri Genting, Balik Pulau ketika ditugaskan melukis muralnya oleh Balai Seni Negara sempena Balik Pulau Festival baru-baru ini.
"Saya approach dia dekat rumah tapi belum sempat saya nak introduce diri dia kata kenal saya dah tahu rumah saya dekat mana. Dia juga kata kenal arwah mak saya sebab selalu tukar duit syiling dengan dia.
"Paling saya terharu dia masih lagi ingat saya suka melukis atas tanah. Memang betul saya start melukis dengan jari atas tanah dengan sepupu saya tapi saya ingatkan family je yang tahu.
Andhar A. Samah pelukis utama potret Muniandi. Foto Andhar A.Samah.
"Dan dia juga beritahu waktu dia datang berniaga motosikal dia akan block lukisan yang saya lukis. Memang saya terkejutlah sebab walaupun dah 30 tahun berlalu tapi dia boleh ingat lagi. Memang saya terkejut," katanya kepada mStar.
Jelas anak bongsu daripada empat beradik itu, Muniandi amat dikenali seluruh penduduk Balik Pulau kerana karakternya yang amat disenangi ramai.
"Babu ni memang legend dekat Balik Pulau. Siapa-siapa pun mesti kenal dia. Tak kiralah apa jenis kaum pun sebab dia dah jual roti kaya itu dah 30 tahun.
"Dia berniaga dengan loceng ketuk dan motosikal model yang sama. Kiranya stail berniaga tidak berubah tetap sama macam dulu. Cuma tong isi roti dah update sedikit dengan bantuan kerajaan negeri," katanya.
Walaupun berniaga roti kaya, Abdul Rashid kagum melihat pengorbanan Muniandi membesarkan anaknya menjadi orang berjaya.
"Anak-anak dia semua berjaya. Ada jadi doktor, lawyer dan seorang lagi masih belajar chemical engineering. Memang kagumlah dengan dia.
Pelukis mural bergambar bersama Muniandi di Pekan Kongsi, Balik Pulau Pulau Pinang.
"Walaupun anak dia berjaya dia masih lagi jual roti dan pada masa sama dia juga ternak lembu atau kambing.
"Dia juga sentiasa merendah diri, selalu tersenyum dan berfikiran positif. Tengok dia pun sentiasa happy," katanya.
Ditanya mengenai perasaannya apabila ditugaskan untuk melukis mural Muniandi, Abdul Rashid berkata dia amat berbangga kerana diberikan peluang berharga itu.
Babu ni memang legend dekat Balik Pulau. Siapa-siapa pun mesti kenal dia. Tak kiralah apa jenis kaum pun sebab dia dah jual roti kaya itu dah 30 tahun.
ABDUL RASHID ABDUL RAMAN.
Pelukis grafiti.
"Sebenarnya ada lima pelukis untuk mural tersebut. Potret Muniandi dilukis Andhar A. Samah manakala saya lukis bahagian ikan emas pada mural tersebut.
"Bila terlibat sekali memang saya bangga sebab dia unsung hero... dapat potretkan diri sebab semua orang kenal dia. Lagipun dia memang layak sebab pemilihan itu kena dengan personaliti dia," katanya.
Pada masa sama, Abdul Rashid berharap agar Muniadi diangkat sebagai salah seorang ikon Anugerah Merdeka atau Hari Malaysia kali ini.

Mural solo dilukis Abdul Rashid.
"Ramai orang datang ambil gambar mural tu. Walaupun gambar belum siap mereka dapat teka itu potret Babu roti kaya tu. Memang semua kenal dia.
"Lagipun pengorbanan dan personalitinya yang disenangi ramai melayakkan dia untuk menjadi ikon disegani. Dia ibarat wira yang tidak didendang," katanya.
Tambah pemuda berusia 35 tahun itu, dia dan empat lagi pelukis grafiti lain mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan potret Muniandi dengan empat lukisan lain.
"Kami ambil masa dua hari setengah untuk siapkan potret Muniandi dan empat hari wall sendiri. Siang kami lukis wall masing-masing dan malam kami lukis mural Muniandi beramai-ramai.
"Lega semuanya selesai Ahad lalu. Kami juga gembira sebab Muniandi dan anak-anak datang tengok potret dia. Dia terkejut jugalah sebab pegang potret muka sendiri dan kata lukisan itu macam dia," katanya.

Wednesday, July 24, 2019

Wow !! Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik, dedah rahsia masak sambal paru yang ‘sumpah win’

Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik, gadis ini tak lokek kongsi rahsia masak sambal paru yang ‘sumpah win’


Mimi membantu ibunya berniaga di bawah flat kediaman mereka.
JATUH bangun lumrah dalam perniagaan. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan ujian hebat ini pasti menyerah kalah dan memilih kerja makan gaji.
Namun berbeza dengan gadis ini yang tetap bersemangat membantu ibunya berniaga nasi lemak di Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Cheras walaupun pernah berdepan situasi turun naik dalam perniagaan yang diusahakan sejak sembilan tahun lalu.
Menurut Noryusra Shamimi Abdullah, dia pernah berputus-asa disebabkan jualan nasi lemaknya kurang mendapat sambutan beberapa bulan lalu.
"Pernah mak masak dua kilo nasi lemak tapi tak jual habis. Ada dua tiga orang je yang beli. Macam mana nasi tu saya bawa turun ke bawah blok macam tu jugalah saya bawa naik balik.
"Waktu tu rasa rugi sangat. Saya pun rasa hampir jatuh dan terfikir nak berhenti berniaga sebab jualan tak dapat balik modal.

Mimi (kanan) bersama ibunya.
"Sampaikan adik nak pergi sekolah pun tak ada duit belanja. Jadi mak terpaksa buat nasi goreng setiap pagi. Asalkan mereka makan nasi cukuplah," katanya ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun anak sulung daripada lapan beradik itu berkata dia terpaksa membatalkan niat itu disebabkan kata-kata semangat ibunya, Noraini Mohammad Tajudin.
"Mak saya kata tak apa... kita berniaga ni ada jatuh bangun, mesti ada rugi. Bila mak selalu cakap macam tu saya tersentak.
"Mungkin Allah nak uji saya. Alhamdulillah berkat usaha dan reda serta pertolongan kawan-kawan, sekarang banyak order dah masuk. Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat," katanya.
Kisah Noryusra Shamimi atau lebih mesra disapa Mimi dikongsi rakannya, Eryn di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.
Posting yang dimuat naik Eryn dengan pada Jumaat lalu mendapat 3,900 ulang kicau dan 1,400 tanda suka di Twitter.
Kapsyennya berbunyi 'Aku harap sangat dengan kuasa viral dan jasa baik korang dapat bantu kawan aku. Kawan aku bukan orang senang, dia anak sulung yang tanggung adik-beradik lapan orang. Sementara tunggu kerja baru dia niaga nasi lemak. Nasi lemak dia memang sedap, lauk paru dia sumpah win!
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/24/~/media/9354220487244c3c9a5d14e7ca4d2688.ashx?la=en

Posting mengenai Nasi Lemak KakYong yang diusahakan Mimi dan ibunya menjadi tular selepas dikongsi rakannya bernama Eryn.
Jelas Mimi, dia terpaksa membantu ibunya menyara mereka sekeluarga memandangkan ayahnya Zamri Ariffin mempunyai masalah kesihatan.
"Dulu ayah kerja bawa lori ais. Tapi dia dah berhenti kerja tiga tahun lepas sebab sakit gout jadi susah dia nak memandu.
"Jadi saya cakap tak payah kerja biar saya cari duit. Kadang-kadang kalau dia sihat dia bantu juga berniaga dekat bawah blok rumah.
Mak saya kata tak apa... kita berniaga ni ada jatuh bangun dia, mesti ada rugi. Bila mak selalu cakap macam tu saya tersentak.
NORYUSRA SHAMIMI ABDULLAH
"Saya siang kerja di taska dekat dengan rumah. Saya habis kerja pukul 6 petang, lepas tu saya tolong pula ibu berniaga. Selalunya saya yang akan buat delivery sekitar Bandar Tun Razak," katanya.
Gadis berusia 20 tahun itu berkata sejak kisahnya tular, perniagaan nasi lemak ibunya yang diberi nama 'Nasi Lemak Kak Yong' semakin mendapat sambutan.
"Kalau sebelum ini saya berniaga dekat bawah blok sahaja dan hanya orang dekat sini je yang tahu. Tapi sekarang empat kilogram senang nak habis dan dapatlah RM80 sehari.


Nasi lemak paru menjadi kegemaran pembeli.
"Sekarang ibu naikkan sekilo lagi nasi lemak sebab permintaan dah banyak. Orang paling tertarik dengan lauk paru sebab lain daripada yang lain.
"Ibu selalunya akan goreng dulu paru tu dan biarkan sejuk kemudian barulah dia masukkan sambal. Sebab tulah paru tu masih rangup," katanya.
Dalam pada itu, Mimi berkata dia juga berharap agar dapat membantu ibunya membuka sebuah restoran suatu hari nanti.
"Saya harap perniagaan ni naik agar saya dapat bantu mak buka restoran sebab itu impian dia. Malah itu juga satu cara untuk bantu keluarga saya.
"Bagi mereka yang mahu membuat tempahan untuk majlis tertentu bolehlah hubungi saya di talian 01121870522," katanya.
Tags/Kata Kunci:nasi lemak KakYong , nasi lemak paru , Mimi

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/

Tuesday, July 23, 2019

Subhanallah !! Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab,

Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”


Nurhanifah (kanan) bersama adiknya, Nurhazlina. Gambar kecil, bapanya Mohd Fadhillah bersama anak bongsu, Mohammed Haziq.
TERPAKSA membuat pilihan sama ada mahu ke sekolah atau gunakan wang bagi mengalas perut seisi keluarga, begitulah kisah duka yang dihadapi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurhanifah Mohd Fadillah yang sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke sekolah.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, kehidupan mereka di Kuching, Sarawak bersama bapa, Mohd Fadillah Idris, 45, berubah 360 darjah selepas kematian ibunya, Rosnani Suhaili pada tahun 2009.

"Dekat 90 hari dah saya tak pergi sekolah. Cikgu ada minta bapa hantar ke sekolah, tapi dia memang tak mampu sebab kekurangan wang. Tak ada duit untuk beli minyak kereta.

Nurhanifah belajar sendiri di rumah kerana bapanya tidak mampu untuk menghantar dia ke sekolah.
"Saya pun kena pilih, sama ada duit yang ada mahu digunakan beli minyak kereta untuk ke sekolah atau beli makanan untuk keluarga sebab pernah hampir seminggu kami tak makan. Saya fikir pasal adik-adik, jadi saya pilih untuk beli makanan.
"Sekarang ni persiapan untuk SPM dah 70 peratus. Saya belajar dari 7.30 pagi sampai 10 malam di rumah, buat jadual sendiri. Rasa sedihlah sebab tak ada kawan. Hanya kucing dua ekor jadi peneman.
"Saya berborak dengan kucing mengenai topik dalam subjek Sejarah untuk lebih senang nak hafal. Kadang-kadang saya tengok muka kucing untuk ingat formula Matematik ," ujar Nurhanifah sewaktu dihubungi mStar.
Kisah mengenai gadis berusia 17 tahun itu bersama dua adiknya, Nurhazlina, 14 dan Mohammed Haziq, 12, yang mengalami cacat penglihatan menjadi tular di Twitter sejak Sabtu lalu.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/23/~/media/f3788c00c82c40388bdc707fcbcf69b1.ashx?la=en

Jadual belajar sendiri di rumah yang dibuat oleh calon SPM itu.
Ia dikongsi oleh Asfaridah Umar yang juga Penolong Pegawai Sosio Ekonomi badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Yakin) sehingga menerima lebih 12,000 perkongsian di platform media sosial itu.
Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Nurhanifah berkata dia turut mewarisi penyakit asma yang menjadi punca kematian ibunya, sejak 10 tahun lalu.
Dalam nada hiba, dia mengakui cukup tabah untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan, biarpun pernah hidup senang suatu ketika dahulu.
"Dulu bapa kerja pelantar minyak, gaji berbelas ribu. Tapi masa tu kami tak cukup kasih sayang. Emak meninggal pun bapa tahu tiga hari selepas tu. Jadi bapa tak nak perkara ni berulang lagi.


Pertemuan Asfaridah Omar, mewakili NGO Yakin dengan keluarga itu baru-baru ini.
"Sekarang dia kerja mekanik di rumah, tak boleh kerja jauh sebab nak jaga adik bongsu saya. Dulu masa mula-mula jatuh susah, adik pernah tanya ayah kenapa kita dah tak kaya? Masa tu saya seorang je yang faham," ujarnya dalam nada hiba.
Tambah Nurhanifah lagi, mereka menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di Kuching yang turut dikongsi bersama dua lagi keluarga lain.
Keluarga itu turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia masih tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan mereka.

Kisah mengenai empat beranak ini tular di laman Twitter sejak Sabtu lalu.
Nurhanifah turut berkongsi mengenai impiannya untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan apabila menamatkan pembelajaran kelak.
"Saya memang kagum dengan bapa saya, saya juga bersyukur ada bapa yang tabah. Dia berhasrat nak tengok salah seorang anak kerja kerajaan.
"Jadi saya secara sukarela mahu penuhi impian bapa. Target saya, mahu bantu keluarga melalui pendidikan," ujarnya lagi.
Bagi sesiapa yang mahu memberi bantuan, mereka boleh berhubung dengan Mohd Fadillah di talian 011-56551982.
Tags/Kata Kunci:Nurhanifah , calon SPM , miskin , pelantar minyak

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/23/pilih-sekolah-atau-makanan/#M16FFrjWwEcFOPpD.99

Monday, July 22, 2019

Wow !!!! Polis kesan pemilik kereta, dua kanak-kanak buat aksi 'Superman'

Polis kesan pemilik kereta, dua kanak-kanak buat aksi 'Superman'

Aksi lagak ngeri dua kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial.


Sebuah Video memaparkan duakanak kanak melakukan aksi Superman dengan berpau kepada bumbung kereta
ketika kenderaansedang bergerak menjadi tular.

Video itu dipercayai di kam di Taman Scientex , Dekat Pasir Gudang , Johor

Mengikut maklmuat polis sedang mencari pemandu kenderaan tersebut, kerana perbuatan yang membshsyakan nyawa atau keselamstan orang lain.




Friday, July 19, 2019

Wow !! Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar ‘rare’

“Saya terharu tengok sikap Hau” - Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar ‘rare’


Redzwan berkongsi kisah mengenai Hau menerusi laman Facebook miliknya. Mstar
PENGALAMAN sembilan tahun sebagai penceramah seminar matematik membolehkan jejaka ini bertemu dengan ramai pelajar di seluruh negara.
Bercerita kepada mStar, Redzwan Azizan sempat berkongsi pengalaman terbaharunya yang disifatkan cukup 'rare' dan membuka mata khususnya buat masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Mesra disapa Redzwan, dia mengakui agak terkejut melihat seorang murid lelaki berbangsa Cina yang 'bekerja' di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

"Masa tu waktu rehat, saya di sana untuk satu sesi ceramah. Saya tengok pelajar tu tolong mak cik kantin jual kuih 'roll' dan ayam gunting.
"Saya sangat tertarik dengan inisiatifnya. Walaupun dia orang Cina, dia sanggup nak tolong mak cik Melayu.

Redzwan terharu melihat sikap positif yang ditunjukkan oleh Hau.
"Bila tanya mak cik tu, baru saya dimaklumkan dia memang sukarela nak tolong. Tak ada upah wang pun, cuma dapat makanan percuma sahaja.
"Saya difahamkan nama dia Hau dan dia murid tingkatan empat. Saya kagum tengok dia manfaatkan waktu rehat untuk praktis ilmu berniaga. Ayah dia pun berniaga juga," ujar Redzwan sewaktu dihubungi.
Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum.

REDZWAN AZIZAN
PENCERAMAH SEMINAR MATEMATIK
Menurut Redzwan lagi, situasi itu turut membuatkan dia terharu memandangkan perbezaan latar belakang kaum langsung tidak menjadi masalah buat Hau.
Ujarnya, ia sekali gus membuktikan keharmonian kaum di negara ini masih lagi utuh biarpun ada segelintir pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.
"Sekarang ni banyak masalah pertembungan budaya, ada yang bersifat perkauman. Padahal boleh sahaja saling tolong menolong dan hormat menghormati.
"Saya terharu tengok sikap Hau. Tak ramai pelajar di Malaysia ni yang ada sikap positif seperti dia.

Redzwan sudah sembilan tahun berkecimpung sebagai penceramah seminar matematik.
"Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum," ujarnya yang menetap di Bangi, Selangor.
Tambah Redzwan lagi, sukar untuk dia bertemu dengan pelajar sebagus Hau pada zaman ini memandangkan ramai golongan murid yang semakin leka dalam dunia mereka sendiri khususnya dengan kehadiran gajet dan teknologi.
Malah katanya, inisiatif Hau yang wajar dipuji itu juga pastinya akan memberi input berguna untuk murid itu pada masa akan datang.
Redzwan berkongsi mengenai Hau menerusi laman Facebooknya pada 12 Julai lalu.
Posting itu sehingga kini menerima lebih 600 tanda suka dan turut dikongsi 153 pelayar Facebook.
Tags/Kata Kunci:Hau , Redzwan Azizan , kantin , Cina , Melayu , perpaduan , kantin

Thursday, July 18, 2019

Warga emas tak basuh rambut 40 tahun, "Ia rahmat Tuhan"




Sakal tidak membasuh rambutnya selama 40 tahun.


Ramai yang Tidak selesa dan gatal kepala jika tidak membasuh rambut selama beberapa hari.

Namun berbeza pula dengan Sakal Dev Tuddu yang tidak membasuh rambut selama 4o tahun.

Menurut sakal Rambutnay adalah rahmat Tuhan,

Malah jirannya di Daerah Munger di Negeri Bihar, India memannggilnya sebagai tanda hormat.

Sakal Berta Tuhan Mengarahkannaya untuk tidak memotong Rambut.










Tuesday, July 16, 2019

Wow !!! Jom Makan Durian Di Kedah


Gambar Yang Ini Penulis Singgah Di Restoran melati Dusun Yang Juga Menyajikan Makanan Dan Buah Durian di terpi Restoranyanya..memaang terbaik lah.. En Din Melati Dusun.



Asslkamualaikum baru baru ini Penulis telah menziarah 2 tempat di Kedah untuk makan durian,
,memang sempoii. Yang pertama di MARDI Bukit Tangga, Sintuk Kedah.
Gambar gamabar dalam kebun ialah suasana di Kebun durian MARDI..wow memang sempoii.

Monday, July 15, 2019

Perghh !!! Kamera pengintip beri igauan buruk

Kamera pengintip beri igauan buruk


Gambar Hiasan
A A
KAMERA pengintip telah wujud dan digunakan untuk kerja-kerja pengintipan seawal tahun 1861 di Perancis.

Kamera bersaiz kecil dan disembunyikan dalam pelbagai jenis barangan ini sebelum ini cukup sinonim dengan kisah dunia pengintipan, ketenteraan dan politik antarabangsa.

Namun kini, gajet kecil sehingga bersaiz skru itu telah disalahgunakan segelintir pihak untuk mengintip hal-hal terlalu peribadi atau lebih popular disebut mengintai atau skodeng.

Golongan wanita kini semakin trauma apabila kamera pengintip itu turut diletakkan secara tersembunyi di bilik air, bilik persalinan, kamar hotel dan bermacam-macam lagi tempat sensitif.

Persoalannya sejauh mana keperluan kamera pengintip ini kepada orang awam dan bolehkah orang biasa atau 'kaki skodeng' sewenangnya memiliki kamera pengintip?

Ikuti laporan Wartawan Sinar Siasat minggu ini membongkar permasalahan itu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Ka
sinar harian

Friday, July 12, 2019

Budak kepala teleng tuntut janji pemimpin biayai kos L Pe;mbedahan


Budak kepala teleng tuntut janji pemimpin biayai kos pembedahan
Jumaat, 12 Julai 2019 8:27 AM



Keadaan itu menyukarkan kehidupan Afsheen.










Thursday, July 11, 2019

Viral !!! “Saat inilah saya tunggu-tunggu” - Terpisah 14 tahun, anak tersentak dapat panggilan ibu selepas opah meninggal


Nur Rabiatul Adawiyah terpisah dengan ibu kandungnya Nor Asnidal sejak berusia 6 tahun.

MEMBESAR tanpa belaian seorang ibu dirasakan seperti ada ruang kosong dalam jiwanya walaupun Nur Rabiatul 'Adawiyah Shamsul Annuar mendapat sepenuh kasih sayang daripada insan bergelar opah. 
Selama 14 tahun Rabiatul 'Adawiyah atau lebih mesra disapa Rabie menumpang kasih opahnya, Suwaibah Kamaruddin, selepas ibu bapanya berpisah ketika usianya dua tahun.
Sejak itu, Rabie yang kini berusia 20 tahun hidup tanpa ibu di sisi yang membawa diri entah ke mana. Namun meniti usia dewasa, jiwa Rabie semakin bergelora untuk mencari kembali ibunya Nor Asnidal Mohd Noor, 41.
"Ibu bapa saya bercerai ketika saya masih kecil. Ketika itu saya tidak tahu apa-apa dan saya dibesarkan oleh opah sebelah ayah.
"Sejak usia meningkat saya cuba mencari ibu yang berasal dari Batu Kurau, Perak tetapi memang semua tidak tahu di mana dia tinggal. Kali terakhir saya bercakap dengannya 10 tahun lalu. Saya tak ingat apa yang kami bualkan. Ayah saya sendiri pun tidak tahu di mana ibu tinggal.
"Tetapi tahun lalu saya mengambil keputusan memuat naik status untuk mencari ibu melalui platform sosial media, di laman Twitter.
"Perasaan ingin cari ibu ini timbul sebab saya rasa sudah cukup besar untuk tahu di mana ibu berada sekarang.
"Perasaan cemburu dengan kawan-kawan rapat yang mempunyai ibu membuatkan saya terus mencarinya.

Gambar Rabie ketika masih bayi.
"Sehingga itu, tidak ada apa-apa maklumat mengenainya. Hati saya memang terlalu rindukan ibu," kongsinya bersama mStar.
Kerinduan Rabie kini bertukar sepi apabila opah kesayangan pergi mengadap Ilahi pada Ramadan tahun lalu.
Memang terkejut dan teruja sangat. Yalah, sudah 14 tahun kami terpisah. Memang saat inilah yang saya tunggu-tunggu.

RABIATUL 'ADAWIYAH SHAMSUL ANNUAR

"Opah meninggal dunia kerana sakit tua. Hilang satu lagi tempat bergantung dan menumpang kasih. Memang sedih. Opahlah yang ada dengan saya selama ini. Tetapi itulah hakikat yang saya perlu terima.
"Selepas opah dah tak ada, hati saya terdetik sekali naik untuk memuat naik status pencarian ibu di laman sosial pada 6 Julai lalu.

Opah Rabie meninggal dunia tahun lalu.
"Sejak tahun lalu ramai juga yang membantu mencari maklumat dan memberi pelbagai pandangan bagi misi mencari ibu saya ini.
"Dengan bantuan semua, Alhamdulillah akhirnya saya dapat bercakap dengan ibu sendiri.
"Dia menghubungi saya pagi Isnin lalu selepas ibu mendapatkan maklumat melalui adik ayah saya di Facebook.
"Memang terkejut dan teruja sangat. Yalah, sudah 14 tahun kami terpisah. Memang saat inilah yang saya tunggu-tunggu.

Perkongsian Rabie bermula tahun lalu dan  status keduanya dikongsi pada 6 Julai baru-baru ini.
"Kami hanya bercakap seketika dan dia berjanji akan datang bertemu saya secepat mungkin," ujarnya.
Menurut Rabie, dia berharap dapat menghabiskan masa bersama ibunya yang sekian lama dirindui.
"Saya memang nak jumpa dia untuk sambung kembali silaturrahim yang telah lama terpisah.
"Sebelum itu saya ucapkan terima kasih juga kepada warganet yang turut membantu sepanjang pencarian ini," ujar Rabie yang tinggal kini tinggal di Ipoh.

Wednesday, July 10, 2019

Perghhh !!! Gadis 'demand' hantaran RM15K sebenarnya belum ada degree, menangis bapa dicop gila duit, “Ayah saya meninggal tiga tahun lalu”


Qaisara menjadi perhatian selepas video tular mengenai pandangan peribadinya berhubung wang hantaran.

SEORANG gadis dikecam teruk di media sosial gara-gara video tular mengenai tuntutan wang hantaran sekurang-kurangnya RM15,000 kerana mempunyai pendidikan bertaraf degree atau Ijazah Sarjana Muda.
Malahan, menerusi video keduanya yang tular bagi menjawab kritikan netizen, gadis berkenaan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung isu tersebut.
Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Qaisara itu mendedahkan dia baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.
“Masa video itu tular, saya baru habis ‘intern’ (latihan praktikal) untuk tahun akhir ‘degree’ saya. Sekarang saya dah tamatkan pengajian dan konvokesyen dijangka tahun depan.
“Ikutkan, memang saya belum dapat sijil ‘degree’ sebab belum konvo, tapi saya dah habis ‘intern’ hampir sebulan dan dah habis belajar,” katanya kepada mStar.


Gadis ini baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.
Anak jati Kuala Terengganu berusia 20an itu turut menjelaskan bahawa apa yang diluahkannya menerusi dua video yang tular itu bukan berpandukan skrip, sebaliknya ia adalah pandangan peribadinya secara spontan.
“Saya tak faham kenapa ramai yang triggered (melatah) kerana ia adalah pandangan peribadi saya. Masing-masing ada hak untuk menyuarakan pandangan.
“Video kedua tu dibuat bukan sebab saya melatah dengan kritikan netizen, tetapi mahu menjelaskan kekeliruan netizen berhubung kenyataan saya mengenai hantaran sekurang-kurangnya RM10,000 dan paling kurang RM15,000. Itu saya memang akui tersasul,” katanya.


Qaisara semasa memberi pandangannya mengenai wang hantaran.
Qaisara berkata, dia tidak mengambil peduli dengan kecaman netizen susulan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi sehingga hangat diperdebatkan.
Namun apa yang dikesalkannya apabila segelintir pihak memberi kritikan di luar konteks daripada pandangannya mengenai wang hantaran.
“Saya tak kisah mereka nak kritik saya macam-macam cuma ada yang tak relevan sampai cakap saya ni buruklah, bodohlah. Apa kaitan dengan hantaran,” katanya.

A

Bagaimanapun, anak bongsu daripada enam beradik itu sebak dengan kritikan netizen yang tidak sensitif sehingga membabitkan keluarganya.
“Saya sedih bila ada yang kata ayah saya 'gila duit'. Itu kan pandangan peribadi saya, kenapa nak sentuh hal keluarga pula. Ayah saya dah tiga tahun meninggal dunia.
“Nak kritik saya... kritiklah, tapi jangan babitkan keluarga saya terutama arwah ayah. Saya menangis bila ada yang sanggup kata arwah ayah gila duit,” katanya dengan nada sebak mengenai bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.


Anak jati Kuala Terengganu ini sedih dengan kritikan netizen membabitkan keluarganya.
Qaisara bagaimanapun amat bersyukur kerana ibunya tetap memberi sokongan dan semangat ketika dia dihimpit kontroversi, dan menganggap kenyataan itu hanya pandangan peribadi, bukan mewakili keluarganya.
Terdahulu, menerusi video yang tular dalam satu sesi temubual oleh sebuah syarikat penerbitan, Qaisara memberi pandangan bahawa dia tidak kisah berapa wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.
Dia yang dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda kemudian mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.

Tuesday, July 9, 2019

Viral !! Perggh Pelanggan Makan Laksa Surat Khabar

Apa benda ni? Pelanggan syak terbeli 'laksa surat khabar', ““Memang tak selamat dunia akhirat berniaga macam ni”




Foto laksa berkenaan yang dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang individu pada Ahad.

BUKAN mahu tutup periuk nasi peniaga, begitulah kata-kata seorang individu di Twitter susulan pendedahan mengenai kuah laksa yang didakwa diperbuat daripada kertas surat khabar atau kotak yang dikisar. Mstar
Posting yang dimuat naik pada Ahad itu menarik perhatian pengguna media sosial sehingga kini menerima lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).

Friday, July 5, 2019

Seorang maut, seorang lagi cedera parah jatuh 40 kaki ketika sedang selfie


Pelancong berusia 24 tahun itu maut apabila terjatuh ke atas konkrit.
SEORANG pelancong Britain maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah apabila terjatuh dari ketinggian 40 kaki ketika sedang berselfie.
Ketika kejadian, kedua-dua mereka bersama dengan seorang lagi rakan yang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian di Punta Prima Beach, dekat bandar Torrevieja, Sepanyol.
Pasukan paramedik cuba menyelamatkan mangsa yang maut di lokasi kejadian manakala rakannya yang cedera parah di kepala dikejarkan ke hospital berdekat menggunakan helikopter.
Simon Davenport yang juga paramedik yang tiba di lokasi kejadian memberitahu Mirror Online bahawa kedua-dua pemuda itu sedang berselfie sebelum terjatuh.
"Mereka terjatuh ketika sedang selfie walaupun ada besi penghadang di situ.


Seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.
"Apabila saya tiba di sana, salah seorang daripada mereka diberikan bantuan penafasan tetapi meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Pemuda ketiga yang terselamat masih lagi terkejut dan trauma dengan insiden yang berlaku kira-kira pukul 7.15 malam Rabu lalu.
Sumber berkata keluarga lelaki yang maut dan cedera marah sudah dimaklumkan mengenai berita sedih itu. Mereka dalam perjalanan ke Sepanyol.
Lokasi Punta Prima Beach amat popular di kalangan pelancong Britain dan Rusia.
Insiden berlaku dekat dengan bar dan restoran dekat pantai itu. - Mirror.co.uk

Thursday, July 4, 2019

Wow !!! Maya Karin nafi, Nik Nazmi 'kunci mulut' punca cerai


Nik Nazmi dan Maya Karin.

AHLI Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' berhubung dakwaan pelakon, Maya Karin mempunyai kaitan dengan perceraiannya dengan Dr Imaan Abdul Rahim.
Ketika diajukan soalan mengenai Maya Karin yang didakwa sebagai orang ketiga, Nik Nazmi sekali lagi meminta semua pihak menghormati privasi beliau dan bekas isteri ketika ini.
"Saya minta semua pihak menghormati privasi kami pada waktu ini. Tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan berkenaan isu ini," katanya menerusi kiriman mesej WhatsApp, Rabu.
Ditanya sama ada beliau akan menjawab laporan media berkaitan hubungan dengan Maya Karin pada masa akan datang, Nik Nazmi hanya menjawab ringkas: "Semuanya sudah jelas dalam kenyataan."

Nik Nazmi yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pengelola PKR dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau dan Dr. Imaan telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka.
"Saya bersyukur dengan perkahwinan yang pernah kami miliki, juga sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang diberikan kepada kami. 
"Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.
"Kami fokus terhadap kegembiraan dan kesejahteraan anak kami dan komited untuk membesarkan mereka bersama-sama," tambahnya.


Nik Nazmi bercerai talak satu dengan isterinya, Dr Imaan.
Sementara itu, Maya Karin dilaporkan menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan perpisahan Nik Nazmi dengan Dr Imaan.
Menurut Maya, dia memang mengenali ahli politik itu namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa, seperti hubungannya dengan beberapa ahli politik lain.
Pada Selasa, Nik Nazmi sah bercerai talak satu dengan isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.
Nik Nazmi, 37, selaku plaintif melafazkan cerai itu terhadap Dr. Imaan, 36, sebagai defendan dalam kamar Hakim Syarie Zaim Md Yudin pada 9.45 pagi dan mahkamah merekodkan perceraian pasangan itu.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nik Ilhan yang kini berusia lapan tahun.

Wednesday, July 3, 2019

“Saya tak mau ada yang mati” - Uncle Cina gigih angkut tar, disangka buang tabiat cangkung tengah jalan



Seorang warga emas membawa dua bakul berisi tar untuk menampal jalan berlubang. Foto ihsan FaezBo
BAHAYA, itu yang boleh diperkatakan apabila melihat individu yang bertindak berdiri di tengah jalan yang sibuk.
Namun, seorang warga emas seperti tidak mempedulikan bahaya yang mendatang apabila mencangkung di tengah jalan, di siang hari.
“Tadi masa aku jalan naik motor melalui Jalan Kuning di Taman Pelangi Johor Bahru, aku ternampak orang cangkung tengah jalan.
“Bila aku perhatikan betul-betul seorang warga emas, uncle Cina tua yang mencangkung atas jalan sedang menimbus jalan-jalan yang berlubang di tengah jalan.
“Dari mana entah dia dapat tar-tar lebih dia kutip masuk dalam baldi yang dia bawa ke hulur hilir? Semoga Allah membalas jasa budi baik uncle ni!,” demikian perkongsian seorang pemuda di laman sosial Facebook yang menjadi tular.
Pemuda berkenaan, Mohd Faizal Abd Mahad berkata, kejadian berlaku semasa dia menunggang motosikal untuk membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.


Seorang warga emas menaiki basikal selepas menampal jalan berlubang.
Lebih dikenali sebagai FaezBo, pemuda berusia 29 tahun itu memberitahu dia sering lalu di jalan tersebut kerana ia telah menjadi laluan utama oleh penduduk tempatan.
“Ketika itu saya menuruni bukit dan dari jauh nampak uncle Cina tu mencangkung di tengah jalan di laluan bertentangan. 
“Saya terfikir, apa benda yang uncle ni buat? Dah buang tabiat agaknya, waktu tengah hari panas terik boleh pula dia mencangkung tengah jalan,” katanya kepada mStar.


Perkongsian FaezBo mengenai kemuliaan hati  seorang'uncle Cina' yang menjadi tular.
FaezBo berkata, kelakuan pelik uncle Cina itu membuatkan dia memberhentikan motosikalnya di tepi jalan selain bimbang warga emas itu dilanggar kenderaan lain.
“Bayangkanlah dia mencangkung di tengah jalan tak pandang kiri kanan. Tak ambil kisah pasal bahaya pun kalau ada kereta atau motosikal yang akan lalu lalang.
“Tapi bila saya nak datang dekat, uncle tu dah bangun pergi ke tepi jalan dan ambil basikal dia. Saya nampak ada dua baldi kecil di kiri kanan pemegang basikalnya.
“Bila saya pergi ke tengah jalan tempat uncle tu mencangkung, saya nampak ada beberapa kesan lubang yang sudah ditampal atau diturap dengan tar,” katanya.

Ada yang tegur uncle ni sebab apa yang dia membahayakan diri dia, tapi katanya ‘biar saya tutup lubang ni dulu, kalau tak... nanti kereta, motor lalu boleh accident, saya tak mau ada yang mati’.

UNCLE CINA

Menurut FaezBo, warga emas tersebut kemudian beredar dan dia sempat melihat saki-baki tar di dalam kedua-dua baldi pada basikalnya.

Beberapa 'tampalan' di jalan yang dilakukan oleh seorang warga emas di atas inisiatifnya sendiri.
Dalam pada itu, anak jati Johor Bahru itu turut berkongsi pengalamannya nyaris terlibat dalam kemalangan motosikal akibat melalui jalan tersebut yang berlubang.
“Februari lalu, saya hampir tergolek sebab terlanggar lubang di situ, mujur saya sempat mengelak. Tapi rakan saya tidak bernasib baik apabila terjatuh semasa melalui jalan yang sama pada akhir tahun lalu. Dia cedera dalam kejadian tu,” katanya.
FaezBo berkata, perkongsiannya turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mengenali warga emas itu kerana menampal jalan berlubang di beberapa kawasan.
“Ramai juga yang nampak uncle ni mencangkung tengah jalan untuk tutup lubang walaupun terpaksa menggadaikan nyawa demi orang lain.
“Ada yang tegur uncle ni sebab apa yang dia membahayakan diri dia, tapi katanya ‘biar saya tutup lubang ni dulu, kalau tak... nanti kereta, motor lalu boleh accident, tak mau ada yang mati’. Terharu saya dengan kemuliaan uncle ni, semoga urusannya dipermudahkan,” katanya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung