Nuffnang

Thursday, April 30, 2015

Pelajar Di Mesir Ajak Kit Siang Peluk Islam





PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir menjemput Penasihat DAP, Lim Kit Siang memeluk Islam.

Ia dibuat ketika Ahli Parlimen Gelang Patah bersama pemimpin DAP lain termasuk Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan program berjumpa pelajar-pelajar Islam di Asia Barat, baru-baru ini.

Pelajar berkenaan, Zaid Zainul Rashid merupakan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Mesir.

Dia memberanikan diri menghampiri Kit Siang selepas sesi soal jawab dan menjemput pemimpin politik veteran itu memeluk Islam.

“Saya ingin menjemput awak untuk memeluk Islam,” kata Zaid kepada Kit Siang seperti yang diceritakannya di akaun Facebook.

Dia berkata, Kit Siang seperti kurang jelas dengan pelawaaannya itu dan menundukkan kepala supaya dia mengulangi pertanyaan.

“Jemput saya peluk Islam ah? Jemputan..awak fikir perkara ini penting? Pada awak ini satu isu? Saya tidak fikir begitu. Betul? Tidak kira apa agama pun yang penting kita menjadi manusia yang baik, Betul?’ kata Kit Siang seperti yang ditulis Zaid.

Zaid berkata, dia cuba untuk meneruskan perbualan tetapi Kit Siang terus meninggalkannnya untuk berbual dengan pelajar lain yang turut hadir di program itu.

“Ok, terima kasih di atas jemputan itu (peluk Islam),” kata Kit Siang sambil tersenyum, tuli

Fuyoooo !! Dr M: RM3j untuk bunga kenduri, Rosmah?


Dr M: RM3j untuk bunga kenduri, ?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya..Sedutan Malaysiakini.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.


[Baca berita asal]


PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Kucing Hitam Yang Menyelamatkan Tuannya Dari Di Patuk Ular..


Tuan rumah Berasa gembira bila kucing peliharaannaya ..menagkap ular tedung


Kucing menjaga pintu sebelum tuan berbuat sesuatu



ular tedung yang berjaya di tangkap

Kucing Peliharaan tuan.


Kucing hitam temui ular tedung dalam bilik mandi. Selama ini orang dok cakap je takde guna bela kucing. Ha, ni bukti kukuh kucing pun berguna tau.. Semoga Allah memelihara kita dari binatang yang berbisa.amin

Wednesday, April 29, 2015

PM Kena Tibai Dengan PKR Di Permatang Pauh : Kami mahu PM, bukan Ahmad Maslan'..


PKR berkata, ketiadaan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh masih boleh diterima, tetapi BN tidak sepatutnya membiarkan Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengenai isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, isu berkenaan sepatutnya dijelaskan sendiri oleh Najib, bukannya Ahmad (gambar) yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

"Saya ingin mencabar Najib. Kalau poster tidak kelihatan (di sekitar Permatang Pauh) tak apalah, cuma jangan hantar Ahmad Maslan untuk terangkan GST ini.

"Kita minta Najib sendiri turun menerangkan tentang kebaikan GST," katanya lagi dalam nada menyindir.

Semalam PKR membangkitkan isu 'keanehan' dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh kerana poster memaparkan wajah Najib tidak kelihatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian memberitahu, gambar calon BN yang bertanding di Permatang Pauh lebih penting berbanding wajah Najib.

Pakatan Rakyat menyatakan GST menjadi isu utama yang digunakan dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

Panas : Dua gadis terima saman aurat


AuratGambar Hiasan.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja bekerja di sebuah kedai makan di Peringat di sini.

Alasan mereka ialah tidak mengetahui memakai baju berlengan pendek dan ketat tidak dibenarkan ketika bekerja.

Namun, rayuan dua gadis terbabit tidak diendahkan, sebaliknya penguat kuasa MDK-PI tetap mengeluarkan notis saman kepada mereka tanpa kompromi.
Pegawai Undang-undang MDK-PI, Nazattul Aisya Hashim berkata, mereka diberikan notis saman terhadap individu dan dikompaun di bawah Undang-undang Kecil Seksyen 30.

“Mereka antara yang dikompaun dalam Ops Shisha dan Aurat yang dijalankan di kawasan Peringat dan Salor, di sini, semalam.
“Turut dikenakan tindakan, empat restoran iaitu sebuah di Peringat dan tiga di Salor, dengan rampasan alatan shisha bernilai RM 3,500, empat notis amaran dan tiga kompaun,” katanya kepada media.

Nazattul Aisya berkata, peniaga yang masih berdegil dan tidak ikut arahan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan, dan menutup terus operasi perniagaan mereka.

Perghh :: KPDNKK Serbu Kedai jual SUP RM 150 Semanggkuk..

KPDNKK 

Tuan punya kedai mengadap Pegawai KPDNKK 





KPDNKK memeriksa lesen peniaga





KPDNKK memeriksa bekas sup


Tindakan sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu menjual sup kepala ikan siakap dengan harga tidak masuk akal mencecah RM130 hingga RM150 semangkuk telah diserbu pegawai penguatkuasa KPDNKK Kelantan hasil daripada aduan orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 57, Anti Pencatutan kerana didakwa menaikkan harga.

Tuesday, April 28, 2015

Perghh Jim Boikot Nasi Kandar..Nasi Putih 3;30


perghh adaka patut nasi putih sampai rm 3.30 ..hampa mau pi makan ka..
aku sekarang ni dah tak mau pi makan di Kedai nih
makanlah di kedai Orang Melayu pula .
nasi putih baru 1.00 ..dekat seberang dan Pulau pun ada..
ini belum caj GST..pi n punah poket macam nih
Boycott Kayu Nasi Kandar. Nasi Putih 1 plate 3.30sen ??
Timun RM 5.00 di kedai baru sebiji 2.00 hinggit ja..
1 kilo beras pun baru RM 2.70

Sorang Maut : Berhati hati Apabila Melindungi Hujan Di Bawah Jejambat


Kemalangan maut di Persimpangan Sungai Long Lebuhraya Cheras Kajang melibatkan sebuah kereta terbabas dan merempuh 5 motosikal yang berteduh di bawah jambatan tersebut. 1 lelaki (Melayu) meninggal dunia dan 4 yang lain parah dan di bawa ke Hospital Kajang.



Beringatlah jika berteduh ketika hujan di bawah flyover, biarkan motor anda di atas jalan. Anda jangan duduk atas motor tapi pergilah ke sebelah divider. Biar motor yang kena langgar, asal bukan anda. Nyawa lebih penting dari Motosikal..

Gambar oleh @sidchan (Twitter)

PKR terima Bahang PRK : Fitnah, tohmahan modal di Permatang Pauh?

  • Fitnah, tohmahan modal di Permatang Pauh?

  • Salleh Man (kanan) mengiringi kempen Wan Azizah di JDM Permatang Tengah, malam kelmarin.

PERMATANG PAUH - Jangan mudah percaya dengan fitnah yang muncul sepanjang tempoh kempen PRK Permatang Pauh.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji berkata, dalam tempoh sehari dua ini sudah ada fitnah,  tohmahan dan mungkin selepas ini banyak lagi benda akan keluar dari pihak lawan.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi lebih memahami keadaan sebenar dan tidak terpengaruh dengannya.

“Mereka sudah faham kerana kita bukan berada pada zaman 1950-an atau 60-an.

"Kita berada dalam era globalisasi yang lebih mencabar dan masyarakat faham apa yang berlaku,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera daerah mengundi (JDM)  di Permatang Tengah, malam kelmarin.

Menurutnya, pengundi perlu mengekalkan PKR di Permatang Pauh kerana mengenang khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbaik dan legasi itu akan diteruskan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

CERITA SEBENAR LELAKI TUA DITERAJANG DI KEDAI MAKAN


Pengguna media sosial awal pagi tadi digemparkan dengan penyebaran sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menerajang seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh.

Video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Rubyshah itu di laman Facebook bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kejadian.

Tampil seorang wanita bernama Norhashimah Saad menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

"27 April 2015, baru balik jumpa dengan Pian dan keluarga dia. Sebenarnya kes ini terjadi sebab pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis-nangis tu, dia kata pakcik tu tampar dia. 

"Yang si Pian pun tanyalah pakcik tu. Pakcik tu angguk mengaku. Itu yang Pian marah sangat tu.

"Pian nangis akui kesilapan dia. Bila dia tengok balik video tu, dia sendiri kata jahatnya dia waktu tu.

"Masa salam tu nampak tak berapa kemas sebab tangan pakcik tu sakit. Dia menyesal sangat-sangat. Kes berlaku pada hari Jumaat dalam pukul 3 petang. 

"Hari Sabtu malam tu, ada orang dah datang pukul dia. Itu yang buat dia lagi takut.

"Insha Allah satu perjumpaan lagi sekali akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk mohon maaf sekali lagi. 

"Dia dah minta maaf dengan pakcik tu. Sekian report saya," katanya menjelaskan hal sebenarnya yang kini telah menjadi kes polis.

Monday, April 27, 2015

Perghh : Wanita buka Coli dituduh tak bayar minuman..Macam macam

5Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman
Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam

SHAH ALAM - Sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.

Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.

Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka

Perghhh Lagi Bomoh cabul pesakit guna pisau


BomohGambar Hiasan.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Seorang bomoh tergamak mengambil kesempatan mencabul seorang pesakitnya menggunakan pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata, mangsa seorang perempuan Melayu berumur dalam lingkungan 20-an.

Menurutnya, wanita itu yang bekerja sebagai kerani swasta dari Jitra bersama-sama ibu serta ahli keluarganya pergi ke sebuah rumah flat di kawasan Alor Setar pada Ahad lalu kira-kira jam 8.30 malam.

“Tujuannya untuk berubat secara tradisional kerana ahli keluarganya mendakwa mangsa kena sihir.

“Semasa proses perubatan dijalankan, mangsa mendakwa bomoh berkenaan meletak keris berdekatan kemaluan dan buah dadanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, kelmarin.

Mohd Nashir berkata, bomoh itu juga didakwa meraba-raba di merata tubuhnya walaupun tidak disukai mangsa.
“Bomoh itu juga menyentuh kemaluan wanita terbabit dengan menggunakan pisau.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar pada Rabu lalu sekitar jam 9 malam,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pada jam 5.15 petang semalam seorang lelaki Melayu berumur dalam pertengahan 50-an ditangkap polis di rumahnya di Alor Setar untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

Pemuda PAS Permatang Pauh kekal boikot PKR


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.
  
Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.
  
"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.
  
"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.
  
"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.
  
Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.
  
-Bernama

Fuhhh !!! Ramai Yang Teruja Dan Tak Percaya Tengok rumah Zizan Di Kampung




Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam...



Sunday, April 26, 2015

OVARI ROSAK KERANA MAKAN PRODUK SUPPLEMENT 'SAMPAH



SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 


Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 


























Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung