Nuffnang

Monday, November 30, 2020

Dari kokpit ke restoran... 5 kapten bersemangat ubah nasib, berani ceburi bidang baharu



Kapten Azrul Jakim dan Kapten Fredrick Jeremy bersama-sama kakitangan AirAsia yang diambil semula di cawangan Santan PKNS Shah Alam.

SELEPAS hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia, nampaknya masih belum ada tanda-tanda ia bakal lenyap daripada kehidupan manusia.

Bagaimanapun kesannya jelas, jutaan manusia sudah dijangkiti wabak itu dan bertambah buruk apabila pelbagai sektor ekonomi juga terpaksa gulung tikar atau membuang pekerja bagi mengurangkan kos.


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia juga tidak terlepas daripada kesan pandemik ini sehingga terpaksa mengambil pelbagai langkah survival untuk terus kekal beroperasi.

ADVERTISING

Ini termasuklah melakukan transformasi digital dan membuka peluang baharu perniagaan bukan penerbangan seperti Restoran Santan yang semakin berkembang.

Dalam situasi semasa yang mencabar, Santan berjaya melangkah kehadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid dan tiga francais lain di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Shah Alam.



Kapten Azrul Hakim (kiri) dan Kapten Syamim Shahabuddin optimis dapat berjaya dalam bidang F&B.

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga membuka peluang kepada kakitangan AirAsia atau Allstars iaitu Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin untuk memulakan kerjaya baharu bersama Santan.

"Pandemik ini membuatkan saya menilai semula perancangan jangka panjang dalam kerjaya saya. Kita semua harus bermula di suatu tempat dan saya percaya Santan adalah langkah tepat untuk menceburkan diri dalam industri F&B," kata Fredrick yang juga seorang jurulatih pesawat jenis A320.

Bagi Chin Hooi, Mohamed Shafiran dan Syamim pula, mereka memilih perniagaan ini kerana ingin menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka memandangkan ketika ini tidak dapat berkhidmat berikutan sempadan antarabangsa masih ditutup.

Mengakui industri makanan adalah baharu buat mereka namun lega apabila mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak pengurusan Santan seperti mencari lokasi terbaik serta menyediakan kakitangan memandangkan mereka masih tiada pengalaman dalam industri F&B.


Sediakan payung sebelum hujan

Bagi Azrul Hakim, meskipun situasi sekarang sangat mencabar namun dia tidak teragak-agak untuk merebut peluang memulakan perniagaan.

Malah sebelum ini, Azrul Hakim pernah memulakan perniagaan francais dengan salah sebuah jenama minuman bubble tea popular dan berjaya.

Menyedari potensi francais Santan, Azrul mengambil peluang untuk membuka dua francais Santan di PKNS Shah Alam bersama rakannya, Fredrick dan AEON Shah Alam pada bulan ini.

"Kaji selidik juga penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda.



Kapten Azrul Hakim dan rakan perniagaannya bersama Catherine Goh, Pengurus Besar Santan di cawangan Santan AEON Shah Alam.

"Kami telah melakukan perbandingan dengan perniagaan francais lain dalam kategori yang sama dan mendapati Santan menepati pelan perniagaan kami terutamanya dengan sokongan mereka, ” tambah Azrul Hakim dan Fredrick.

Mohamed Shafiran dan Syamim yang bekerjasama untuk membuka francais Santan mereka pada suku pertama tahun 2021, berkata, mereka memilih Santan kerana jenamanya boleh membantu meminimumkan risiko perniagaan berbanding menubuhkan jenama sendiri.

Sunday, November 29, 2020

Graduan kejuruteraan berbasikal jual teh masala RM1 demi kelangsungan hidup - “Pada awalnya saya tak beritahu ibu bapa”



Kavievanan Subramaniam memanfaatkan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mencari rezeki menjual teh masala chai di Brickfields, Kuala Lumpur. Foto BERNAMA

SELEPAS menamatkan pengajian pada Februari lalu, Kavievanan Subramaniam memasang impian untuk bekerja sebagai jurutera mekanikal namun hasrat itu terbantut disebabkan wabak Covid-19.

Kavievanan, 23, memberitahu dia sedar peluang untuk mendapatkan pekerjaan agak sukar selepas banyak syarikat memberhentikan pekerja ekoran penularan virus itu ditambah negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Enggan berputus asa, sejak Mei lalu pemuda itu memutuskan untuk memulakan perniagaan menjual teh masala chai menggunakan basikal di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur.

ADVERTISING



Kavievanan akan mengayuh basikal di kawasan sekitar Brickfields pada pukul 3 hingga 6 petang.

Di antara pukul 3 petang hingga 6 petang, kelibat Kavievanan menunggang basikal dapat dilihat di sekitar Brickfields sambil membawa bekas teh masala chai.

Ia bukan teh biasanya sebaliknya campuran khas bersama kayu manis, halia, lada, kapulaga, susu sejat dan susu pekat. Ia dijual dengan harga RM1 secawan.

"Teh masalah chai memang popular dalam kalangan masyarakat India kerana rasanya menyegarkan dan aromanya harum. Ia turut dicampur dengan pelbagai rempah yang mempunyai khasiat untuk kesihatan. Saya belajar membuat teh ini daripada ibu saya," katanya kepada The Star.

Setiap hari, Kavievanan memberitahu dia akan menyediakan 20 liter teh masala chai di rumahnya di Bandar Tun Razak. Dia kemudiannya mengangkut bekas teh itu menggunakan motosikal menuju ke Brickfields.



Kavievanan membancuh sendiri teh masala chai mengikut resepi daripada ibunya.

Di sana, dia akan memindahkan bekas itu di tempat duduk belakang basikalnya dan mengayuh di kawasan sekitar.

"Saya menjual teh ini pada lewat petang kerana itu adalah masa terbaik untuk menikmati segelas teh masala chai. Dalam sehari, saya boleh menjual 100 gelas. Setakat ini, perniagaan saya bertambah baik," katanya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Pada awalnya, dia bimbang ibu bapanya tidak bersetuju dengan tindakannya untuk berniaga teh memandangkan dia mempunyai segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan.

"Saya tidak memberitahu mereka mengenai idea perniagaan ini pada awalnya. Saya diam-diam beli sebuah basikal dan bekas untuk mengisi teh. Saya hanya memberitahu idea itu selepas itu.



Ia turut memberi peluang kepadanya beramah mesra dengan ramai orang sambil menjual teh masala chai.

"Syukur, mereka cukup positif dan menyokong usaha saya," katanya.

Rakan karibnya juga turut menjual teh masala chai di Masjid India, Kuala Lumpur dan Kavievanan memberitahu dia ingin mendorong orang lain untuk mencuba bidang lain bagi mendapatkan wang tambahan ketika waktu sukar ketika ini.

"Jangan rasa kecewa jika anda kehilangan pekerjaan, bertahanlah dan jangan putus asa. Seronoknya berniaga kerana saya dapat menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi bos.

"Saya seronok dengan perniagaan ini kerana saya dapat bertemu dengan pelbagai orang setiap hari serta meraih pendapatan halal. Pada masa hadapan, saya harap dapat mengembangkan perniagaan seperti menjual kacang putih bersama teh masala chai," katanya.

Tq mStar!

Saturday, November 28, 2020

Pekerja positif Covid-19, restoran Uncle Don's minta pelanggan buat ujian saringan

 


Setakat ini, tiga kakitangan restoran Uncle Don's disahkan positif Covid-19. -gambar hiasan

PENGURUSAN Restoran Uncle Don's meminta pelanggan yang berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya, Selangor, dari 20 November sehingga 25 November, dan mengalami gejala untuk membuat ujian saringan Covid-19.

Satu kenyataan dikeluarkan susulan seorang pekerja restoran itu disahkan positif Covid-19.

"Pekerja cawangan SS2 telah menunjukkan gejala pada 25 November kini disahkan positif Covid-19," menurut restoran itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Seramai 40 kakitangan restoran itu telah menjalani ujian Covid-19 pada 26 November, di mana tiga disahkan positif, 23 negatif, manakala yang lain sedang menunggu keputusan.

"Tiga pekerja yang positif (termasuk pekerja yang dinyatakan di atas) telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Pihak pengurusan memberitahu bahawa kakitangan yang lain menjalani kuarantin kendiri dalam tempoh yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kita juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga kes positif tersebut tidak bertugas pada 25 November.

"Namun, kita menggalakkan mana-mana pelanggan yang mengunjungi cawangan SS2 antara 20 November dan 25 November, dan mengalami gejala supaya menjalankan ujian," tambah kenyataan itu.

Restoran tersebut ditutup sehingga diberitahu kelak untuk proses pembersihan dan disinfeksi.

Pihak pengurusan memberi jaminan bahawa semua kakitangannya akan menjalani ujian Covid-19 dan memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan untuk pengesanan kontak. - The Star

Nak macam-macam info? 

Friday, November 27, 2020

Joy Revfa kena tempias kontroversi Da'i Syed, terima banyak mesej pertanyaan - “Dia gemar mengusik tapi tak sampai aniaya wanita”

 


Nama Joy Revfa terkait dengan isu Da'i Syed gara-gara mereka pernah digosipkan bercinta.

GARA-GARA pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da'i Syed, usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa turut terkena tempias isu berhubung kontroversi pendakwah muda itu.

Joy mendedahkan dia menerima banyak mesej di laman sosial selain namanya turut dipetik di ruangan komen berita dakwaan Da'i Syed merogol seorang gadis.


Pemilik nama Siti Arifah Amin ini berkata, biarpun Da'i Syed gemar mengusik dan kelihatan nakal namun pendakwah itu tidak pernah berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita.



Joy turut berkongsi perkara itu di laman Instagram.

"Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da'i Syed.

"Sebenarnya, Da'i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan.

"Itu yang saya tahu la. Dia seorang kawan yang baik hati dan selalu kongsi ilmu dengan saya. Malah, dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak," katanya kepada mStar.

Joy yang bakal menceburi bidang lakonan turut berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial miliknya.


Sekitar Mei tahun lalu, Joy pernah berkongsi foto bersama Syed sehingga menimbulkan spekulasi mereka mempunyai hubungan cinta.

Bagaimanapun Syed tampil menafikan perkara itu dan menganggap Joy sebagai kakak.

Sejak Selasa lalu, nama Da'i Syed menjadi perbualan hangat netizen selepas seorang pengguna Twitter mendakwa rakannya menjadi mangsa rogol pendakwah itu.

Enggan berdiam diri, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut.



Da'i Syed buat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengenai dirinya.

Dalam pada itu, Joy berpendapat tuduhan yang dilemparkan terhadap Syed itu sesuatu yang berat dan serius.

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini berharap semua pihak yang terlibat dapat bersemuka untuk menyelesaikan isu tersebut supaya tiada pihak yang teraniaya.

"Bagi saya, tuduhan yang dibuat itu terlalu berat dan serius. Tapi sekiranya dakwaan itu benar, mohon mangsa yang terlibat itu tampilkan diri.

"Supaya kedua-dua pihak tak teraniaya. Daripada apa yang saya baca dan faham, individu yang membuat dakwaan itu bukan mangsa," ujarnya.

Tq Mstar

Thursday, November 26, 2020

Kata-kata terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

 


Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun.

DEIGO Maradona megadu tidak sihat pada pagi dia mengalami serangan jantung.

"Saya rasa kurang sihat". Itu kata-kata terakhir Maradona sebelum meninggal dunia.

Legenda bola sepak dunia itu pergi semula ke bilik tidurnya selepas sarapan pagi sebelum memberitahu anak saudaranya, Johnny Esposito mengenai keadaan kesihatannya.

Jururawat yang menjaga Maradona selepas dia dibenarkan keluar hospital sebaik saja menjalani pembedahan otak segera menghubungi ambulans kerana panik dengan keadaannya.

Namun ia sudah terlambat, Maradona meninggal dunia sebelum ambulans tiba di kediamannya.

Media Argentina mengesyaki Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua pendakwa John Broyad berkata mayat Maradona dibawa ke bilik mayat berdekatan San Andres untuk bedah siasat.

"Diego Armando Maradona meninggal sekitar pukul 12 fengah hari waktu tempatan.

"Polis forensik memulakan tugas mereka pada pukul 4 petang. Tiada tanda-tanda unsur jenayah atau keganasan ditemui pada mayat," katanya. - DailyStar

Wednesday, November 25, 2020

Fuh Tedia !!! Polis tangkap lelaki separuh bogel lakukan aksi tak senonoh dengan pokok

 

Sewaktu ditangkap, dia turut bertindak ganas dan cuba menendang anggota polis.

SEORANG lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan polis selepas beraksi tidak senonoh dengan pokok di Naugatuck, Connecticut.

Dalam kejadian pada 12 November lalu, polis dipanggil selepas lelaki itu menanggalkan separuh pakaiannya sebelum melakukan aksi seolah-olah sedang berasmara dengan pokok.

Pada masa sama, dia turut menjerit dan dilihat sedang makan ranting-ranting pokok berkenaan.

Ujar polis, suspek dikenali sebagai John Fignar dan berusia 36 tahun.

Sewaktu ditangkap, dia turut bertindak ganas dan cuba menendang anggota polis.

Perbicaraan kes lelaki itu dijangka berlangsung pada Disember depan. - Daily Star.

 Telegram mStar!

Tuesday, November 24, 2020

Tedia a.!!! Atuk 74 tahun gagah bergelut dengan buaya demi selamatkan anjing, curut tak terlepas dari mulut!



Rakaman video yang memaparkan Wilbanks sedang bergelut dengan seekor buaya sambil menghisap curut.

SEBUAH klip video memaparkan seorang lelaki warga emas bergelut menyelamatkan anjing peliharaannya daripada digigit seekor buaya, mengkagumkan netizen.

Apa yang membuatkan ramai 'terlopong' adalah apabila melihat curutnya langsung tidak terlepas daripada mulut ketika 'pergelutan' berkenaan.

Menceritakan kembali insiden yang berlaku pada Jumaat lalu itu, Richard Wilbanks, 74, dari Florida berkata ketika itu dia sedang berjalan bersama anjingnya, Gunner, di sebuah kolam berdekatan kediamannya.

Namun tidak semena-mena, seekor buaya muncul keluar daripada kolam berkenaan dan menerkam haiwan peliharaannya.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Wilbanks yang berseluar pendek, bertopi sambil menghisap curut bergelut dengan buaya berkenaan sebelum berjaya menyelamatkan anjingnya.

Menurut Wilbanks, Gunner mengalami luka tusukan kecil akibat serangan buaya itu.

Tambah pesara itu, tangannya juga turut calar-balar akibat pergelutan berkenaan. - Metro.co.uk



Monday, November 23, 2020

Bapa empat anak meninggal selepas tenat dipatuk ular, foto tular bongkar kehidupan daif

 

Keadaan rumah yang didiami Zaini bersama isteri dan empat anaknya.

DEK kerana kehidupan serba daif, empat kanak-kanak menjadi anak yatim selepas bapa mereka meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular.

Mangsa dikenali sebagai Zaini dipatuk ular semasa hendak ke laut menangkap ikan di Jambi, Indonesia.

Menurut kakak ipar Zaini, Husni, Zaini terbaring sakit di rumah selama beberapa hari dan menghembuskan nafas terakhirnya lima hari kemudian.

"Awalnya dia digigit ular, sejak itu dia mula kurang sihat. Dia meninggalkan empat anaknya yang masih kecil.

"Anak sulung arwah berusia lapan tahun manakala tiga lagi anaknya dilahirkan dengan masing-masing jarak setahun," kata Husni.

Tambahnya lagi, Zaini tinggal menumpang di tanah orang untuk mendirikan pondok didiami mereka enam beranak.

Rumah yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun nipah itu didirikan bersama orang kampung.

"Bahagian bawah rumah pondok yang menggunakan tiang akan terendam air saat air pasang.

"Mereka sekeluarga juga sukar mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Nasib keluarga itu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa susulan foto Zaini terlibat terbaring sakit dikelilingi isteri dan anak-anaknya yang masih kecil tular di media sosial. - Kompas

 Telegram mStar!

Sunday, November 22, 2020

Lelaki maut akibat serangan jantung selepas lalui halangan dalam program Wipeout TV

 

Syarikat produksi rancangan berkenaan turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

SEORANG peserta Wipeout TV meninggal dunia sewaktu melalui salah satu halangan dalam rakaman program berkenaan.

Menurut laporan TMZ, peserta lelaki itu terpaksa diberi rawatan selepas menamatkan halangan pada Rabu.

Sempat dibawa ke hospital, dia bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut sumber, peserta tersebut mengalami serangan jantung.

Untuk rekod, program Wipeout TV memerlukan peserta melalui beberapa halangan yang disediakan, persis rancangan Ninja Warrior dari Jepun.

Dalam pada itu, syarikat produksi rancangan berkenaan, Endemol Shine North America turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa. - Daily Star.


Saturday, November 21, 2020

Kasih seorang bapa... nota tulisan tangan, isyarat doa dan solat memori terakhir sebelum lalui ‘tidur’ yang panjang – “Abah ucapkan sayang

 

(kiri) Allahyarham Ahmad meninggal dunia akibat Covid-19, Rabu lalu. (kanan) Salah satu nota terakhir arwah. foto ihsan Syafiqa Humairak Ahmad

LULUH hati seorang anak yang sama sekali tidak menyangka menerima pesanan terakhir sebelum bapa kesayangan dijemput Ilahi akibat dijangkiti Covid-19.

"Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua," tulis Ahmad Mohamad Tayib, 58, menerusi dua helai kertas sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.

Nota terakhir itu menjadi tular selepas dikongsikan oleh anaknya, Syafiqa Humairak di halaman Facebook.


Bercakap kepada mStar, Syafiqa berkata, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19, pada 12 November lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesihatan bapanya merosot dan dikomakan di unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin lalu.

"Kami sekeluarga buat video call dengan abah sebelum abah 'ditidurkan'. Masa tu abah tak boleh bercakap sebab dipasang dengan alat bantuan pernafasan.

"Apa yang abah buat adalah menulis nota dan menunjukkan apa yang abah tulis kepada kami menerusi video call. Abah angkat tangan bagi isyarat minta kami berdoa dan bersolat... sebelum abah 'ditidurkan'," katanya kepada mStar.



Nota kedua daripada arwah bapa Syafiqa.

Berkongsi detik itu, Syafiqa yang berasal dari Ipoh berkata, mereka sekeluarga begitu sedih namun terpaksa menyembunyikan perasaan itu daripada bapanya menerusi panggilan video.

"Sedih, sebab kami tahu kebarangkalian untuk abah kembali sedar adalah tipis. Tapi kami tetap tidak berputus asa, berdoa dan solat hajat untuk abah.

"Masa video call tu, selain abah, kami semua seorang demi seorang minta maaf kat abah. Syukur kami semua disatukan meskipun masing-masing dari lokasi yang berbeza," ujar anak sulung daripada empat beradik itu.



Luahan Syafiqa di laman sosial menyentuh perasaan.

Walaupun berhajat untuk menyimpan nota terakhir itu, Syafiqa berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan berbuat demikian kerana kertas itu dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.

Mengakui terkilan kerana tidak menguruskan dan menghadiri pengebumian bapanya yang juga dikenali sebagai Ustaz Ahmad, Syafiqa reda dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

Abah seorang yang tegas dan penyayang, tapi abah susah nak tunjukkan dengan percakapan yang dia sayang kami

SYAFIQA HUMAIRAK

"Dari satu sudut, memanglah terkilan sebab tak dapat uruskan abah tapi dari sudut lain pula kami positif kerana segala urusan pengebumian abah dipermudahkan," katanya.

Syafiqa turut bersyukur kerana diberi peluang untuk bercakap dengan bapanya yang merupakan pesara kerajaan itu sebelum keadaan kesihatannya merosot.



Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di Ipoh.

"Abah seorang yang tegas dan penyayang, tapi abah susah nak tunjukkan dengan percakapan yang dia sayang kami, tapi dia tunjuk dengan cara ambil berat.

"Tapi saya paling terkesan pada Sabtu lepas (14 November) semasa buat panggilan dengan abah. Saya sempat minta maaf dengan abah dan alhamdulillah, abah maafkan saya.

"Tapi apa yang paling saya tak dapat lupakan apabila masa call tu, abah beritahu yang dia sayangkan saya. Susah abah nak sebut perkataan sayang, tak ingat bila dia sebut kerana selama ni kasih sayang abah hanya menerusi perbuatan," katanya dengan nada sebak.

Selain bapanya, Syafiqa berkata, ahli keluarganya yang lain turut dijangkiti Covid-19 termasuk anak saudaranya yang berumur setahun.

Katanya, arwah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di Ipoh.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung