Nuffnang

Thursday, December 31, 2020

Aduh! Orang lain jatuh, yang tengok pula tumpang ngilu


Aduh! Orang lain jatuh, yang tengok pula tumpang ngilu... pelajar akui salah step semasa nak tunjuk skill - “Hampir kena celah kangkang”


Video lama itu tiba-tiba tular di laman TikTok apabila dikongsi oleh rakan Hafiz.

DIA yang kena, kita yang rasa sakit.

Demikian antara komen netizen apabila seorang remaja gagal menyeimbangkan badan sehingga dia terjatuh dan menyebabkan bahagian celah kangkangnya terkena palang.

Menurut Muhammad Hafiz Daniel Ramzi, 17, dia juga tidak menyangka video dirakam seorang rakan yang memaparkan aksinya sedang bermain sukan bar (calisthenics) itu akan tular di laman sosial.


Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafiz turut mendedahkan bahawa ia merupakan rakaman lama, namun baru sahaja menjadi tular beberapa hari lalu.

"Ia sebenarnya video Februari lalu dan dirakam di sebuah taman di Plentong, Johor. Pada masa tu saya nak tunjuk skill Super 540, ia tak dirancang pun sebenarnya.

"Saya salah step dan dah jangka masa pusing kali kedua ia tak akan menjadi. Saya lepaskan bar terlalu awal.

Hafiz mula berjinak-jinak dengan sukan itu sekitar empat tahun lalu.

"Hampir kena celah kangkang. Sakit tu sakit juga, boleh tahan lah. Tapi sekejap je," ujarnya yang mula berjinak-jinak dengan sukan jalanan itu sejak empat tahun lalu.

Kata Hafiz, video itu dirakam oleh salah seorang rakannya sebelum ia tular di aplikasi TikTok dan menerima lebih 170,000 tontonan.

Namun katanya, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya dan ia dianggap sebagai asam garam dalam sukan berkenaan.

Selamat maju jaya dan saya harap sukan ini makin berkembang di ramai orang akan mengenalinya.

HAFIZ

"Bukan kali pertama. Banyak lagi yang gagal tapi tak dirakam. Saya rasa terkejut video tu viral. Rasa terharu, dalam masa sama malu juga.

"Ini kali pertama viral, ada tengok juga komen-komen netizen. Keluarga pun pakat gelak dan kesiankan saya. Ia sebenarnya satu senaman yang saya minat.

"Tapi sekarang dah kurang aktif. Badan dah berat sikit, saya pun sibuk tolong keluarga berniaga goreng pisang," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi tip untuk mereka yang berminat menceburi sukan jalanan itu.

Rakan-rakan Hafiz yang turut aktif bermain sukan jalanan itu.

Ujarnya, selain jimat kos, video tutorial juga boleh didapati dengan mudah di laman sosial dan YouTube.

"Banyak faedah dalam sukan ni, contohnya dapat kawan ramai. Badan mudah dibentuk tanpa memerlukan kos yang banyak.

"Sebelum mulakan work out tu, mulakan dengan rutin asas dahulu. Jangan terlalu rushing kalau buat routine tu dan kalau perlukan trainer, cari trainer... lebih bagus.

"Selamat maju jaya dan saya harap sukan ini makin berkembang di ramai orang akan mengenalinya," ujar Hafiz lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu ? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung