HASRAT seorang lelaki membuat lamaran di atas kawasan pergunungan bersalji bertukar tragedi apabila tunangnya terjatuh dari tebing berketinggian 199 meter.
Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu mengejutkan ramai apabila dia masih hidup selepas terjatuh dari gunung Falkert di Carinthia, Austria.
Kejadian itu berpunca apabila salji tempat mereka berdiri runtuh, menyebabkan dia melayang dan terjatuh.
Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan sempat menarik tangan tunangnya, namun terlepas gengaaman.
Malah, kejadian itu berlaku sejurus dia mengucapkan 'yes' tanda bersetuju dengan lamaran lelaki itu.
Menurut polis di lokasi kejadian, pasangan itu disifatkan cukup bertuah dan mungkin tidak cedera teruk kerana jatuh di atas salji sahaja. - Daily Star.
Tq Mstar
No comments:
Post a Comment