Nuffnang
Monday, March 30, 2020
Alhamdulillah !!! Muhyiddin tinjau pasar raya sambil beli barang
Muhyiddin tinjau pasar raya sambil beli barang
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi mengambil kesempatan meninjau sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, dan gembira dengan sikap rakyat Malaysia yang mematuhi saranan kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui tinjauannya di pasar raya tersebut, beliau melahirkan rasa syukur dan lega kerana orang ramai semakin peka terhadap saranan pematuhan jarak sosial ketika tempoh PKP, yang mula dikuatkuasakan 18 Mac hingga 14 April ini.
"Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan jarak sosial," katanya dalam catatan di media sosial rasminya.
Menerusi hantaran itu, Muhyiddin dilihat memakai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di pasar raya berkenaan.
Perdana Menteri juga melalui pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke pasar raya tersebut bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Selain melihat amalan orang ramai membeli barangan keperluan, Muhyiddin juga berbelanja di pasar raya tersebut yang penuh dengan stok barangan keperluan harian.
"Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik," katanya.
Hantaran tersebut menerima komen positif daripada rakyat yang memuji Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang mengotakan apa dikatakan, iaitu hanya ketua keluarga dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.
Malah, ada juga yang berjenaka dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan beliau.
Hafizah Husin (Facebook) : He walk the talk. Only ketua keluarga boleh shopping. A good leader he is. Semoga Allah sentiasa beri kesihatan kpd TSMY. Malaysia needs u!
Faiz Shauqi (Facebook) :Salam Tan Sri.. Mohon Tan Sri janganlah kerap keluar ke tempat awam.. Tan Sri ketua negara, kurangkan risiko. Kami rakyat doakan TSMY sihat walafiat.. Amin
SK Chew (Facebook) :Good example, Ketua isi rumah yg keluar seorang saja utk membeli barangan keperluan- social distancing
Jeremy Lim (Facebook) : Yes a Prihatin PM should always stand by the rakyat n feel like what the ordinary people behave.
@saiful_razali69 (Twitter): Jangan tertukar lengkuas dengan halia pulak Tan sri. Karang bising pulak puan sri. #MyPM
sidharta_bozz (Instagram): Keep safe and keep Healthy Tan Sri @muhyiddinyassin_official
amyzainudin (Instagram): semoga urusan PM @muhyiddinyassin_official Menerajui malaysia di permudahkan...
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
1 comment:
Semoga segala urusan dipermudah Allah SWT ya bang.. Aaamiin
Post a Comment