Nuffnang

Thursday, May 25, 2017

Perghh !!! Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan



Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan 

 JAKARTA: Satu serangan bom bunuh diri di luar terminal bas yang sibuk di sini, malam Rabu meragut nyawa tiga pegawai polis.

Serangan itu adalah yang terbaru melanda negara berpenduduk majoriti Islam itu yang bergelut dengan peningkatan plot keganasan.
Beberapa pegawai polis dan orang awam lain cedera apabila dua pengebom melancarkan serangan di jalan bersebelahan stesen bas, menyebabkan orang ramai yang panik berlari menyelamatkan diri daripada letupan itu yang disusuli kepulan asap hitam.
Bahagian-bahagian tubuh manusia dan serpihan kaca berkecai bertaburan di jalan raya berikutan serangan itu, yang berlaku kira-kira pukul 9 malam.

-fotoAFP
Masih tidak jelas dalang di sebalik serangan, tetapi Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, telah berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan plot dan serangan yang ilham daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) sejak kebelakangan ini.
Terminal Kampung Melayu di timur Jakarta yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan tidak popular di kalangan pelancong asing kecoh apabila serangan itu berlaku dan saksi menyifatkan situasi amat panik dengan dua letupan yang berlaku.
Dicky Wahyudin, 37, berkata, dia sedang minum kopi di seberang jalan apabila serangan itu berlaku, menyebabkan orang ramai melarikan diri.
"Tiba-tiba saya dengar dua letupan yang kuat, saya segera melarikan diri," katanya kepada AFP.
Seorang peniaga, Rosmala berkata: "Pada mulanya saya nampak asap dan kaca berkecai, dan rasa bergegar, saya terkejut. Selepas beberapa minit terdapat satu lagi letupan."
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/25/letupan-jakarta-timur/~/media/6cbe73419b3a443291b2d32fd7d01a9c.ashx?la=en
Jurucakap polis kebangsaan Setyo Wasisto memberitahu pemberita bahawa dua pengebom berani mati telah terlibat dalam serangan itu dan tiga pegawai polis telah meninggal dunia.
Beliau sebelum ini berkata percaya hanya seorang sahaja penyerang terlibat.
"Saya perlu menyampaikan ucapan takziah kerana tiga pegawai polis meninggal dunia," katanya.
Lima pegawai polis yang lain dan lima orang awam cedera, kata Wasisto.
Kedua-dua pengebom berani mati, kedua-duanya lelaki, meninggal dunia dalam serangan itu.
Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.
"Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia," katanya.
Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung