Nuffnang
Tuesday, September 21, 2010
Terperangkap Dalam Feri Selama Dua Jam
Pin penyambung pelantar jeti patah
BEBERAPA pekerja pelabuhan Pulau Pinang menyambung semula pelantar feri yang rosak di terminal Pangkalan Raja Tun Uda semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
GEORGE TOWN - Pengguna perkhidmatan feri di negeri ini terpaksa menunggu lebih dua jam di dalam pengangkutan air tersebut ekoran sebatang pin penyambung pelantar di laluan masuk jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini patah.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan 26 kenderaan dan 40 buah motosikal serta hampir 200 penumpang yang menghala ke tanah besar terperangkap di dalam feri terbabit.
Ketua Perkhidmatan Feri di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Fisnol Mahmud berkata, pihaknya menyedari kejadian itu sebaik sahaja semua kenderaan telah memasuki ke dek bawah feri iaitu di ruang kenderaan melalui penyambung laluan (pelantar) tersebut.
"Selepas Pin Bracket patah, kita tidak membenarkan feri tersebut bergerak dari situ kerana jika feri bergerak penyambung laluan akan jatuh dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.
"Pegawai bertugas juga segera mendapatkan bantuan daripada pihak penyelenggara dari Butterworth bagi kerja-kerja penyambungan sekali gus membantu mengeluarkan kenderaan yang terkandas tadi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
8 comments:
Barang lama memang mcm tu,bila2 pun boleh terjadi.
ish..jgnla jd mcm ni lg..
syok..leh bg alasan lmbat gi keje..huhu.
order je feri baru....
Jemput datang ketempatku, jangan lupa aktivasi member ya
setuju sangat ngn Uruchimaru@kf. 2tahun lepas saya penah keje kat penang. memang sistem jeti dan feri nampak agak usang. maklum la dah lebih 25 tahun. sejak jambatan penang xde lagi feri dah ada. feri pun slalu jer rosak. elok tukar baru jer sistem feri kat penang tu. malu gak kalau pelancong tengok kita masih guna lagi sistem feri lama. bile feri rosak, kesian orang yang nak pergi kerja. terpaksa masuk kerja lambat.
http://wanshah87.blogspot.com
pelantar dah tua dah tu.. kena buat baru..
bahaya niee..uhhuhuuh
Post a Comment