KPM terima laporan awal kes murid gunting lidah
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sudah menerima laporan awal berhubung kejadian seorang murid tahun dua yang dikatakan menggunting lidahnya akibat dibuli oleh beberapa orang murid tahun tiga di sebuah sekolah di Klang, Selangor Khamis lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata pihaknya sedang menunggu pihak polis selesai menjalankan siasatan kes terbabit.
"Kita tidak akan menganggu siasatan polis. Kami hanya akan menjalankan siasatan di peringkat kementerian setelah mendapat laporan sepenuhnya dari polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Buli: Murid tahun 2 disuruh potong lidah]
Sementara itu Kamalanathan berkata peralatan tajam seperti gunting dan pisau sememangnya dilarang untuk dibawa ke sekolah kecuali mendapat arahan dan pengawasan daripada guru.
"Sebab itulah kita melarang sama sekali membawa peralatan tajam ke sekolah kerana kita tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, tapi ada yang mempertikaikan larangan itu," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment