Friday, June 29, 2018

Perghh !!! Mata nyaris buta gara-gara Slime!


PETALING JAYA: Gara-gara Slime, seorang budak perempuan nyaris buta apabila matanya terkena permainan elastik itu.
Pengalaman itu dikongsi Syuraida Eeda di laman Facebooknya apabila anak buahnya yang dikenali sebagai Ain mengalami sakit mata selepas bermain permainan tersebut.
"Bulan lepas, diorang balik kampung. Anak sulung adik saya bernama Ain, happy sangat dapat berjumpa dengan sepupu diorang.
"Tengah diorang bermain ramai-ramai, tiba-tiba si Ain macam nampak tak selesa pada mata. Kejap-kejap dia gesel mata, nampak macam dia gatal dan pedih," katanya.
"Ibunya cepat-cepat basuh mata dia. Entah macam mana, tiba-tiba nampak kelainan pada mata Ain. Mata putihnya membengkak, mata hitamnya pula tenggelam," kata Syuraida.
Panik dengan keadaan Ain, Syuraida bertanya kepada beberapa anak buahnya yang lain mengenai permainan yang mereka main sebelum itu.
"Mereka cakap kami semua main Slime. Nyaris anak buah yang lain tak kena macam Ain. Adik saya cepat-cepat bawa Ain pergi ke klinik berdekatan.

Keadaan mata anak buah Syuraida. Foto FB Syuraida Eeda.
"Doktor beritahu ini sejenis alergik yang berbahaya, boleh menyebabkan buta. Dia suruh kami rujuk ke doktor pakar di hospital besar," katanya.
Jelas Syuraida, permainan Slime rupa-rupanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya bernama Borax One atau Tetrasodium Borate.
Berdasarkan video yang banyak dikongsi di media sosial Slime bersifat kenyal kerana ia adalah campuran gam, minyak, sabun pencuci, air dan pewarna.
"Borax ini adalah bahan yang boleh didapati pada sabun pencuci dan ia merupakan salah satu bahan dalam Slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk kepada kesihatan anak," katanya.
Syuraida berkata permainan itu boleh memberi kesan memudaratkan kepada kanak-kanak.
"Jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit. Kalau terkena mata boleh sebabkan keradangan dan bengkak mata serta mata boleh jadi buta.
"Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan sesak nafas dan jika terlalu kerap sentuh kulit boleh menjadi lepuh dan rosak," katanya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/28/slime-bahaya/~/media/d48cf8cef3fa47e3841b9ab7c6ebdaa9.ashx?la=en
Slime boleh didapati dalam pelbagai warna dan boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Susulan itu, Syuraida menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau permainan anak-anak masing kerana Slime boleh dihasilkan sendiri di rumah.
"Cara-cara buat Slime banyak di YouTube, kanak-kanak mudah buat sebab bahan-bahan senang didapati di rumah.
"Kepada ibu bapa sekalian tolong tengok jika anak-anak ada main benda ni... tolong suruh mereka buang. Risau nanti dah terkena baru menyesal," katanya.


Thursday, June 28, 2018

Perghhh !!!! Barangan mewah dirampas 'bukan biasa-biasa'


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika sidang akhbar khas pada Rabu. Nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap Najib berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion. Foto Bernama

PETALING JAYA: Jenama dalam senarai barangan yang dirampas dari kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa lokasi dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu bukanlah jenama mewah yang kebiasaan.
Sebagai contoh, Chopard, Cartier, Bijan, Hermes, Richard Mille dan Rolex menduduki kedudukan teratas pasaran fesyen dan aksesori mewah.
Walaupun ia kurang dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia, House of Bijan dilabelkan sebagai "kedai paling mahal di Rodeo Drive" di Los Angeles.
Kunjungan ke butik itu hanya dibuat menerusi temujanji sahaja.
Rumah fesyen yang diasaskan oleh pereka Iran Pakzad Bijan, terkenal dengan koleksi pakaian lelaki dan wangian.
Digambarkan sebagai "yang paling mahal" di dunia, para pelanggannya dilaporkan termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan Barack Obama - yang mana Bijan merupakan perunding imejnya.
Selain itu, ia termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/28/barangan-rampasan-mewah/~/media/43166a9ecdcb4abbb25f185f81603264.ashx?la=en
Jam tangan yang dipakai oleh Rafael Nadal. Foto Youenn.b
Hermes merupakan rumah fesyen mewah tertua di dunia.
Baru-baru ini, Birkin vintaj dilelong di London pada harga £162,500 (RM865,463), menjadikannya sebagai beg tangan paling mahal yang pernah dijual di Eropah.
Menurut Indeks Mewah Kadence 2018, Cartier dinamakan sebagai jenama mewah terbaik.
Himpunan jam tangan emasnya mungkin bernilai mencecah jutaan ringgit.
Jam Paul Newman Rolex Daytona dikatakan sebagai yang paling mahal, dengan anggaran harga RM3.5 juta.
Model ini menjadi popular selepas pelakon Hollywood memakai jam tangan berkenaan.
Jam tangan yang dimiliki pemiliknya sendiri, Newman dijual pada tahun lepas pada harga As$17.8 juta (RM71.8 juta).
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/28/barangan-rampasan-mewah/~/media/32730d08f25946f296a4e2083a7aa63a.ashx?la=en
Jam tangan Paul Newman Rolex Daytona. Foto AFP
Bagaimanapun, ia bukan sekadar tanda harga yang menjadikan jenama-jenama ini begitu eksklusif.
Kesemuanya dilihat dipakai oleh selebriti, menjadikan ia sebagai 'kemestian' untuk kekal berada dalam kelas atasan.
Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal memiliki beberapa jam tangan Richard Mille.
Beliau memakai jam tangan model RM 27-03 bernilai AS$725,000 (RM2,922,837) di gelanggang dan memenangi Terbuka Perancis tahun ini.
Chopard pula sering dilihat di permaidani merah di gala filem dan majlis anugerah.
Baru-baru ini, selebriti seperti Julianne Moore, Cate Blanchett, Isabelle Adjani dan Zhao Tao menyarungkannya dalam pelbagai bentuk dan rekaan di Festival Filem Cannes di Perancis

Wednesday, June 27, 2018

Perghhh !!!! "Tak ada tulis duit Umno" - Amar Singh

"Tak ada tulis duit Umno" - Amar Singh



PETALING JAYA: "Tak ada tulis duit daripada Umno," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai wang rampasan di enam lokasi penggeledahan yang didakwa milik parti itu.
Jelas beliau, setakat ini tiada mana-mana pemimpin Umno tampil menuntut wang tersebut yang dirampas pada bulan lalu.
"Kita takkan tahu sebab tak ada tulis duit daripada Umno. Jika mereka dakwa itu duit Umno, maka kita perlu ambil keterangan mereka.
"Mereka kena buktikan kepada kita tetapi tiada yang tampil setakat ini," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman pada Rabu.
Pada 25 Mei lalu, Umno menerusi satu kenyataan media mendakwa sejumlah RM130 juta wang yang dirampas di Pavilion Residences, di Bukit Bintang bukan milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya milik parti itu.
Menurut kenyataan itu, wang yang disebut dana itu dirampas polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada pimpinan baharu Umno.
“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti telah dirampas semasa dalam proses dipindahkan selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno dan BN,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, polis berjaya mengira 35 beg berisi hampir RM120 juta wang tunai, melibatkan pelbagai mata wang yang dirampas dalam penggeledahan di Pavilion Residences, di Bukit Bintang.
Beg mengandungi duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang.
Penggeledahan itu adalah sebahagian daripada siasatan polis ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perghh !!! Wartawan mula 'berkampung' di Langgak Duta, spekulasi Najib akan ditangkap

Wartawan mula 'berkampung' di Langgak Duta, spekulasi Najib akan ditangkap


    Ramai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.
Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.
Empat anggota polis dipercayai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul juga dilihat berjaga di pintu masuk tetapi ia merupakan pemandangan biasa semenjak BN yang dipimpin Najib dikalahkan pada PRU14 bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi tidak ternampak kenderaan polis mahupun pelawat yang memasuki atau datang dari rumah Najib.
Beberapa orang pemberita berkata, mereka telah diminta untuk bersiap sedia di Langgak Duta disebabkan para penyiasat akan menyiapkan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sedikit waktu lagi dan pihak berkuasa dijangka menangkap Najib dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat kini 'memiliki kes yang hampir sempurna' terhadap suspek utama skandal 1MDB, lapor Reuters pada 19 Jun lalu.amai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.
Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.
Empat anggota polis dipercayai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul juga dilihat berjaga di pintu masuk tetapi ia merupakan pemandangan biasa semenjak BN yang dipimpin Najib dikalahkan pada PRU14 bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi tidak ternampak kenderaan polis mahupun pelawat yang memasuki atau datang dari rumah Najib.
Beberapa orang pemberita berkata, mereka telah diminta untuk bersiap sedia di Langgak Duta disebabkan para penyiasat akan menyiapkan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sedikit waktu lagi dan pihak berkuasa dijangka menangkap Najib dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat kini 'memiliki kes yang hampir sempurna' terhadap suspek utama skandal 1MDB, lapor Reuters pada 19 Jun lalu.

Tuesday, June 26, 2018

Perghhh !!! Dahsyat : Kuah dal 'beracun' ragut 5 nyawa


Kuah dal 'beracun' ragut 5 nyawa

  
 
Pradnya Survase dari Khalapur

GARA-gara tidak tahan dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India didakwa membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis masuk rumah baru.
Kejadian dipercayai berlaku di Mahad dalam daerah Raigad pada 18 Jun lalu.
Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase dari Khalapur, berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya.
Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang kemudian dihidangkan kepada tetamu.
Susulan itu 88 tetamu lain yang hadir ke majlis tersebut turut dirawat di hospital.
Jurucakap polis Vishwajeet Kaingade memberitahu Hindustan Times bahawa tertuduh mendakwa sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.
Survasi yang bercerai dengan suami pertamanya, juga percaya saudara-mara telah merosakkan perkahwinan keduanya.
Difahamkan, kira-kira 120 tetamu dijemput ke majlis tersebut yang diadakan bermula pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.
Namun tetamu yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian.
Ujian forensik mendedahkan wujud racun perosak dalam kuah dal dan racun itu dijumpai berhampiran rumah.
Survase didakwa atas tuduhan membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.
Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati.

Masyallah Kesihannya !!! Baby ini Kena Kancer Mata





Mohon sahabat sekalian doakan anak ini diberi kesembuhan daripada Kanser Kelopak Mata. Anak ini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (Kimoterapi) seterusnya akan dirujuk ke Pakar Mata.
Bantuan dari segi kewangan juga diperlukan utk meringankan beban keluarga ini.
Nama Suami : Mohd Faizal bin haidzir
Nama Isteri : Norma Binti Isa
Nama anak : Nur Aina Maisarah binti Mohd Faizal.
Alamat : No 2621 Lorong 1/11 Taman Serai Wangi 3&4 Padang Serai

Akaun bank: BSN
Mohd Faizal Bin Haidzir
0711041000004229
Tel : 019-5208680 Faizal
Mohon SHARE bagi membantu anak dan keluarga ini.

Monday, June 25, 2018

Perghh !! "Buat laporan bertulis jika saya ada RM300 juta "


Azmin Ali bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad. foto

SHAH ALAM: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta individu yang membuat dakwaan beliau memiliki lebih RM300 juta dan disembunyikan di luar negara untuk tampil segera membuat laporan secara bertulis.
Beliau berkata, jangan hanya membuat tuduhan tidak berasas, sebaiknya tampil ke depan jika mempunyai bukti yang kukuh.
Katanya, jika pihak terbabit mempunyai maklumat mengenai dakwaannya, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dilakukan.
"Tuduhan sebegini terhadap saya bukan perkara baharu....Ia hanya tuduhan palsu serta berniat jahat untuk mencemarkan reputasi saya.
"Tak perlu saya layani fitnah atau tohmahan sebegini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Aidilfitri peringkat Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan, di sini, Ahad.
Terdahulu, tuduhan ke atas Mohamed Azmin itu dibuat oleh blogger 'Toyol Of Selangor' yang turut mendakwa pernah bekerja dengan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Menerusi blog berkenaan turut dinyatakan Mohamed Azmin, isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin serta beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan mereka memiliki pelbagai akaun bank di luar negara.
Ketika ditanya apakah beliau bersedia untuk mengisytihar aset dimiliki bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Mohamed Azmin berkata, sudah menjadi amalan beliau dan seluruh pemimpin Pakatan Harapan serta Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengisytiharkan harta mereka.
"Di Selangor sejak 2008, dasar dibuat mengkehendaki semua pihak eksekutif melaporkan aset supaya ketelusan serta kebertanggungjawaban itu menjadi prinsip dalam pentadbiran," katanya.
Semalam, tular capaian mengenai pendedahan tersebut yang membawa kepada blog 'Toyol Of Selangor' yang dipercayai sengaja disebarkan kepada orang ramai khususnya pihak media.
Menerusi pesanan WhatsApp itu, pengirim turut meminta capaian ke blog itu dikongsi kepada pihak lain.
Bagaimanapun, individu atau pengirim yang menyebarkannya itu tidak dapat dikenalpasti. - Sinar Online

Friday, June 22, 2018

Perghh Tedia !!! Pemuda 'lelong' duit raya menyesal



Pemuda 'lelong' duit raya menyesal





PETALING JAYA: Pemuda yang terlibat dalam video lelong duit raya baru-baru ini akhirnya tampil menemui Nur Qistina Huda dan keluarganya untuk memohon maaf.
Menerusi pertemuan empat mata yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah itu, Akmal Azudin, 21, mengakui menyesal dengan tindakannya merakam video melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu tempoh hari.
"Saya datang sekitar pukul 3 petang (Khamis untuk bertemu dengan keluarga mereka dan minta maaf secara berdepan. Alhamdulillah, mereka memaafkan saya.
"Ayah Qistina turut memberi pesanan dan nasihat kepada saya agar tidak mengulangi lagi perbuatan ini," ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online sejurus pertemuan itu.
Dalam pertemuan itu, Akmal ditemani kakak dan adiknya.
Menurut pemuda yang berasal dari Langkawi itu, dia yang sekadar ingin bergurau tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.
Paparan skrin daripada insiden 'lelong' duit raya.
"Saya sebenarnya suka bergurau dengan kanak-kanak. Tapi mungkin tersalah percaturan pada hari itu.
"Saya akui kesilapan saya. Saya padam akaun Twitter dan Instagram pun bukan kerana ingin melarikan diri tapi sebab ramai yang kecam.
"Apabila dimaklumkan oleh adik-beradik saya mengenai hasrat keluarga Qistina, saya membuat keputusan untuk datang berjumpa agar kes ini tidak berpanjangan," ujarnya lagi.
Sementara itu, bapa Qistina, Shahrulnizam Jaafar, 46, mengakui lega dan berlapang dada untuk memaafkan pemuda itu.
"Alhamdulillah. Allah lembutkan hati saya. Saya menerima kedatangan mereka dengan hati terbuka dan sudah memaafkan perbuatannya.
"Sekarang hati saya sudah tenang. Bila dah kenal dan bertemu dengannya, rasanya dia seorang pemuda yang baik," ujar pesara tentera itu.
Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Shahrulnizam yang terkesan dengan penularan video melibatkan anaknya memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan Akmal.
Kejadian yang berlaku pada sambutan Hari Raya pertama itu mula tular di laman sosial sejak Isnin lalu.
Dalam rakaman itu, Akmal memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada Qistina dan dua sepupunya sebelum memecut dan ketawa terbahak-bahak

Thursday, June 21, 2018

Perghh !!! Dicabul semasa siaran langsung liputan Piala Dunia

Dicabul semasa siaran langsung liputan Piala Dunia



SEORANG wartawan sukan yang bertugas membuat liputan sempena Piala Dunia dicabul di hadapan kamera semasa bersiaran langsung.
Rakaman berhubung insiden itu kemudian tular di media sosial.
Ketika kejadian, wartawan warga Colombia, Julieth Gonzalez Theran sedang membuat liputan di bandar Saransk di Rusia bagi saluran Jerman, Deutsche Welle.
Menerusi rakaman itu, Theran sedang berdiri di sebuah dataran sambil melaporkan menjelang detik penganjuran Piala Dunia.
Seorang penyokong bola sepak kemudian secara tiba-tiba mendekatinya sebelum mencium di bahagian pipi dan meraba dada wartawan itu.
Theran bagaimanapun terus membuat liputan di hadapan kamera tanpa berasa terjejas dengan tindakan penyokong berkenaan.
Theran kemudian mengulas mengenai rakaman tersebut susulan ia tular di media sosial.
"Kita tidak sepatutnya menerima layanan ini. Kita sama-sama profesional dan mempunyai hak, saya berkongsi kegembiraan mengenai bola sepak tetapi kita mesti mengetahui batasan antara perasaan dan gangguan." - Mirror UK

Wednesday, June 20, 2018

Perghh !!! "Saya tak mau tumbuk" - Bapa buru lelaki 'lelong' duit kepada anaknya




PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki yang membuat video 'lelong duit raya' kepada sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan memakan diri apabila dia kini dihentam teruk oleh netizen.
Malah, bapa kepada salah seorang daripada kanak-kanak terbabit turut memburu si pelaku kerana sengaja memalukan anaknya dengan memuat naik video berkenaan sehingga tular di media sosial.
Terkesan dengan perkara itu, Shahrulnizam Jaafar, 46, memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan individu terbabit.
"Sebagai ayah saya tak boleh diamkan perkara ini. Tujuan saya nak jumpa dia bukan nak lepaskan geram, memukul atau mencederakannya.
"Ada yang suruh tumbuk, suruh pukul tapi saya masih waras dan tahu batas undang-undang.
"Saya pun tak nak berdendam dan biarkan ia berlarutan. Saya mahu dia tampil dan memohon maaf kepada anak saya dan sepupunya yang dirakam dalam video itu," kata Shahrulnizam ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Menurut pesara tentera itu, anaknya, Nur Qistina Huda, 8, ada memaklumkan mengenai kejadian tersebut yang berlaku hari raya pertama, Jumaat lalu.

Qistina dan dua sepupunya mengadu diganggu seorang lelaki yang menaiki kereta sewaktu berjalan di sekitar Kampung Sungai Keria, Perlis pada hari kejadian.
"Dia ada balik mengadu. Selepas kejadian itu dia pun tak ada mood nak beraya. Tapi tak sangka pula ada video sehinggalah diberitahu oleh adik saya pada petang Isnin.
"Mungkin orang tu niat nak bergurau tapi tak kena tempat. Cuba bayangkan kalau saudara mara sendiri yang kena.
"Perkara ini saya kira agak mengaibkan. Kalau kawan-kawan dia di sekolah tengok video ni dan dia kena ejek, kesian anak saya," ujarnya lagi.
Sementara itu, video berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh pelaku menerusi laman Twitter bagaimanapun telah dipadam.
Dia juga dipercayai sudah menyahaktifkan akaun Twitter miliknya setelah dihujani kecaman netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan biadabnya.
"Punyalah bangga video prank budak dapat 1,000 ulang kicau. Kena kecam pun buat keras je. Sekali bapak budak tu nak kutip, terus hilang dari radar. Instagram Twitter semua sudah dipadam," tulis seorang netizen.
"Benda macam tu pun nak melawak eh? Betul la kata P.Ramlee, dah tua pun bodoh," tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Menerusi video itu, lelaki berkenaan memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada tiga kanak-kanak perempuan di tepi jalan.
"Nak duit raya? Duit raya habis," ujar lelaki itu sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum meneruskan pemanduan.
Lelaki itu dilihat tidak berseorangan, sebaliknya ditemani rakan-rakannya yang turut merakamkan tindakannya.
Lebih menyedihkan, riak wajah kanak-kanak berkenaan yang kelihatan gembira pada mulanya turut berubah setelah dipermainkan lelaki itu.
"Alhamdulillah 99 peratus saya tengok ramai yang sokong anak saya dan simpati dengan apa yang berlaku. Saya berterima kasih dengan sokongan orang ramai.
"Apa-apapun, saya nasihatkan pada semua supaya membuat pertimbangan dahulu sebelum memuat naik dan menularkan apa-apa video. Fikir dahulu sama ada ia lawak atau aib," tambahnya Shahrulnizam lagi.

Tuesday, June 19, 2018

Perghhh Jangan Risau !!! Polis tahu Najib, Rosmah bercuti di Langkawi

Polis tahu Najib, Rosmah bercuti di Langkawi


ALOR SETAR: Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.
Beliau berkata, pegawai keselamatan turut bersama-sama dengan bekas perdana menteri itu dan keluarganya dalam percutian berkenaan.
“Kita tahu beliau bercuti di Langkawi termasuk datang dengan keluarga beliau pun kita tahu. Kita juga dapat tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa kawan-kawan lama... orang Umno termasuk bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).
“Saya ambil tahu semua ini, sebab saya kena tahu apa berlaku dalam kawasan (jagaan) saya (Kedah),” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Zainal Abidin mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya Najib dan Rosmah ingin melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuan mereka di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg.
Bekas perdana menteri itu, yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan, dilarang ke luar negara sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lepas.
Sehubungan itu, Zainal Abidin meminta orang ramai menghentikan spekulasi dan tuduhan melulu terhadap Najib dan Rosmah kerana penyebaran maklumat tidak tepat boleh mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat.
Difahamkan Najib dan isteri datang bersama-sama 13 anggota keluarga mereka untuk bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan.   
Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama Ahad malam berkata, Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira 8 malam Sabtu dan Nawawi bersama kepimpinan Umno  bahagian itu turut menyambut bekas perdana menteri itu di lapangan terbang berkenaan. - Bernama

Tuesday, June 12, 2018

Tedia!!! Tanam mayat bapa dalam BMW

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/06/12/09/27/bmwkeranda.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

SEORANG warga Nigeria bertindak menanam mayat bapanya di dalam sebuah kereta BMW baharu.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azubuike kehilangan bapanya akibat sakit tua.
Azubuike pernah berjanji kepada bapanya untuk membelikannya sebuah kereta tetapi hajat itu gagal dipenuh sewaktu dia masih hidup.
Susulan itu, Azubuike membelanjakan sebanyak $66,000 untuk membeli sebuah kereta BMW baharu itu sebagai keranda bagi menanam mayat bapanya.
Tindakan tersebut ternyata mengejutkan netizen di Facebook yang menyifatkan ia sebagai satu pembaziran.
Sifiso Inno Makhashila berkata:"Belikan kereta kepada ibu bapa anda ketika mereka masih hidup sekiranya anda berduit dan letak mayat mereka di dalam keranda tetapi perbuatan ini amat tidak masuk akal dan sengaja mahu menunjuk-nunjuk."

Alhamdulilah !!! Agong perkenan kurangkan gaji, emolumen 10%

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/06/11/18/33/agongnew1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/


PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap bebanan hutang dan keadaan ekonomi negara ketika ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Sultan Muhammad V perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus.
Katanya, Sultan Muhammad V turut tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab.
"Baginda juga bertitah agar gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sehingga 2021," kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada masa sama, Wan Ahmad berkata, Sultan Muhammad V bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara.
"Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik," katanya

Monday, June 11, 2018

Perghhh !!! “Mara milik rakyat marhaen, bukan orang kaya” – Syed Saddiq



“Mara milik rakyat marhaen, bukan orang kaya” – Syed Saddiq


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memastikan kemudahan tajaan pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dapat memanfaatkan golongan yang berkelayakan.
Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memandang serius berhubung dakwaan terdapat pelajar daripada golongan berpendapatan tinggi ditaja di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).
“Saya pandang isu ni secara serius. Kalau ada anak orang kaya yang ditaja bawah kerajaan baharu ini, saya akan pastikan tindakan keras diambil ke atas pihak tersebut.
“Mara milik rakyat marhaen, bukan orang kaya,” kata Syed Saddiq menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada petang Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan seorang netizen yang mendakwa bahawa terdapat pelajar golongan kurang berkemampuan tidak mendapat kemudahan Mara tetapi sebaliknya ia diberikan kepada pelajar golongan berpendapatan tinggi.

“Apa pasal anak orang miskin tak dapat (tajaan) Mara, yang dapat Mara anak orang kaya?,” soal pengguna Twitter @Reshz yang turut mendakwa terdapat pelajar mendapat ‘pointer’ tinggi tidak diberikan tajaan agensi itu.
Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta butiran berhubung dakwaan tersebut bagi membolehkan beliau mengambil tindakan sewajarnya.
Mara yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya di luar bandar.

Friday, June 8, 2018

Terbaikkk !!! “Ramai yang gelisah dengan cara Siti Kasim...” – Dr Maza



“Ramai yang gelisah dengan cara Siti Kasim...” – Dr Maza


PETALING JAYA: Kontroversi yang sering melanda peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendapat perhatian Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, Siti Kasim menimbulkan kegelisahan banyak pihak berhubung cara dan apa yang dilakukannya.
Sehubungan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, pihaknya sedang mengaturkan satu dialog terbuka dengan Siti Kasim.
"Ramai yang gelisah dengan cara dan apa yang dilakukan oleh seorang yang dikenali dalam media sebagai Cik Siti Kasim. Sikap beliau membimbangkan banyak pihak.
"Atas asas pendekatan yang matang dan ilmiah, pihak saya dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis sedang mengatur satu dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kasim," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebooknya pada Khamis.

Dr Maza berkata, tarikh dan tempat dialog tersebut akan dimaklumkan kemudian sambil berharap agar ia dapat direalisasikan.
"Tolong doakan agar dialog terbuka ini berjaya dilaksanakan nanti," tambahnya.
Siti Kasim sebelum ini dilaporkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi terutama membabitkan Islam.

Thursday, June 7, 2018

Perghhh !!! Rakaman tangkapan khalwat, dipaksa bogel bukan di Kelantan

 
 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan rakaman pasangan ditangkap khalwat dan dipaksa berbogel yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu bukan berlaku di negeri itu.
Pengarah JAHEAIK Datuk Mohd Rahim Jusoh berkata ia selepas pihaknya melihat sendiri rakaman itu.
"Malah kita juga tidak mengenali sesiapa yang berada dalam video tersebut. Mereka dalam video itu juga tidak memakai unifom penguat kuasa JAHEAIK," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Rakaman yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki dan perempuan remaja dikerumuni sekumpulan lelaki di luar sebuah bilik kerana disyaki berkhalwat, didakwa berlaku di negeri itu.
Dalam rakaman itu, mereka yang tidak berpakaian - dan dilarang berbuat demikian - dimarahi kumpulan itu. Malah ada juga yang dilihat mengambil gambar mereka.
Mohd Rahim berkata, penguatkuasa JAHEAIK bertindak berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) jika membuat serbuan seumpama itu.
"Kita ada SOP dan serbuan yang kita buat adalah bersifat untuk mendidik sebaliknya bukan bertujuan mengaibkan.
"Saya sendiri tidak pasti kejadian itu di mana, tetapi berdasarkan bahasa percakapan mereka juga kita dapat bukan berlaku di Kelantan," katanya.
Beliau meminta pengguna media sosial agar tidak mudah menuding jari kepada mana-mana pihak dalam soal ini, sebaliknya merujuk pihak yang bertanggungjawab.
 

Wednesday, June 6, 2018

Perghhh Tediaa !!! Seluar dalam Izzue Islam laris dalam masa 3 hari

Seluar dalam Izzue Islam laris dalam masa 3 hari



PELAKON dan penyanyi Izzue Islam tidak menyangka usahanya menjual pakaian dalam lelaki atau boxer mendapat sambutan luar biasa meskipun ada segelintir pihak skeptikal dengan perkara itu.
Dedah Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, boxer tersebut yang sepatutnya dijual bersempena sambutan hari raya habis hanya dalam masa tiga hari ketika ia dilancarkan sebelum bulan Ramadan.
"Memang ada orang macam pelik apabila saya cakap nak jual boxer tetapi saya tak kisah dengan apa juga pandangan orang terhadap saya.
"Pada saya ia tidak pelik pun kerana ia adalah benda yang menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita.
"Alhamdulillah percubaan saya nampaknya membuahkan hasil dan semua boxer itu habis terjual dalam masa tiga hari sahaja," katanya kepada mStar Online.

Izzue Islam.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak kisah dengan pandangan serong masyarakat kerana apa dilakukan bukan satu kesalahan.
Malah kata Izzue, dia merancang untuk mengeluarkan boxer berkenaan dalam kuantiti lebih banyak selain pilihan pelbagai sebagai salah satu produk bawah jenamanya, IzzuExclusive.
"Sebelum ini saya memang keluarkan sedikit sahaja kerana nak tengok pasaran macam mana dan tak sangka pula sambutan sangat luar biasa.
"Saya dah pun merancang untuk keluarkan kuantiti lebih banyak selepas ini dengan rekaan dan corak pelbagai bagi membolehkan penggembar boxer membuat pilihan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Izzue berkata, bersempena Aidilfitri nanti dia bakal muncul menerusi beberapa drama seperti Tok Adi dan Din Sardin.
Selain itu dia juga akan muncul menerusi slot Akasia di TV3 menerusi drama bersiri Jangan Bencinta Cinta.

Tuesday, June 5, 2018

Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara


Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/06/05/06/05/tommy%20thomas.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Tommy Thomas
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan  pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Dalam  kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Setelah mengambil  kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat  boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.
“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir telah  mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad  Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.- Bernam

Monday, June 4, 2018

EKSKLUSIF : Calon peguam negara tak dapat restu Agong

 Calon peguam negara tak dapat restu Agong


EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.
Namun, Agong mahu lebih daripada satu nama dicadangkan, menurut sumber yang dekat dengan baginda.
"Agong mengemukakan empat nama kepada Dr Mahthir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.
"Agong mahukan seseorang yang telah menjadi hakim atau hakim bersara. Baginda tidak kisah sama peguam negara merupakan orang India, Cina atau pun Melayu," kata sumber.
Sumber turut menegaskan Agong pernah mengesyorkan Thomas kepada kerajaan Kelantan untuk bertindak dalam kes terhadap Petronas.
"Agong mahukan seorang peguam negara yang dapat memberi nasihat kepada baginda mengenai perkara Syariah tetapi Dr Mahathir menegaskan Peguamcara boleh mengendalikan tugas tersebut.
"Namun Agong bertitah penguam negara merupakan pegawai tertinggi yang sepatutnya menasihati baginda," kata sumber itu lagi.
Pihak Istana menolak dakwaan di blog yang membangkitkan isu itu sebagai 'krisis perlembagaan'.
"Ia hanya perbezaan pendapat. Raja bertitah kepada Dr Mahathir bahawa jika beliau mahu seseorang untuk mendakwa kes 1MDB, beliau tidak patut melantik Thomas sebagai peguam negara.
"Thomas boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana dilakukan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee sebelum ini," kata sumber itu.
Dua hari lalu, blogger terkenal Syed Akbar Ali dalam artikelnya di Malaysia Today berkata terdapat isu-isu serius yang timbul antara kerajaan dan 'pihak lain' mengenai pelantikan peguam negara.
"Terdapat khabar angin kuat bahawa Dr Mahathir telah melantik seorang calon sebagai peguam negara yang baharu," katanya sambil menambah calon itu dikatakan bukan Islam, lelaki dan berbangsa India serta pakar perlembagaan persekutuan.
Syed Akhbar menafikan hakim bersara terkenal Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai calon bagi jawatan itu.
Beliau kemudiannya berkata pelantikan itu ditolak dengan alasan calon tersebut bukan orang Melayu atau tidak beragama Islam.
Syed Akhbar berkata peguam negara yang baharu itu akan ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan memberi tumpuan penuh kepada pembaharuan institusi.
Pada Sabtu, portal berita Malaysia Insight melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdepan ketegangan dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan itu.
Thomas tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Seorang hakim kanan yang telah bersara berkata perkara itu jauh lebih rumit berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.
"Seorang calon untuk kedudukan peguam negara mestilah pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan dengan pengalaman tidak kurang 15 tahun dalam amalan undang-undang," katanya.

Friday, June 1, 2018

Tediaa !!! Selebriti beri sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia

ETALING JAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan bagi membantu kewangan kerajaan pada Rabu mendapat sokongan rakyat.
Malah, golongan selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan untuk negara.
Penyanyi Alif Satar ada memuat naik foto resit dengan menutup jumlah wang yang diderma menerusi Instastorynya.

Alif dan Hafiz meluahkan rasa sayang mereka terhadap negara.
Selain Alif, penyanyi Nourul Wahab juga melakukan perkara yang sama demi membantu negara yang dicintai biarpun jumlahnya tidak banyak.
"Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga (perumpamaan)," tulis Nourul di Instagramnya.
Dalam pada itu, Fathia Latiff, Hafiz Hamidun dan Fauziah Latiff antara yang memberi sumbangan dan sokongan terhadap penubuhan tabung tersebut.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/31/selebriti-tabung-harapan/~/media/8bf25592d6a64cf68a0ecade5982ec52.ashx?la=en
Pemilik syarikat Zeel Production, Haji Zeel  memberi sumbangan sebanyak RM500.
Menerusi Instagram pemilik syarikat produksi Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel, dia juga memberi sumbangan sebanyak RM500 ke tabung berkenaan.
Rata-rata pengguna laman sosial memuji selebriti tempatan ini yang menunjukkan semangat patriotik, perpaduan dan kesetiaan kepada negara.
Tabung amanah yang duperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu khusus bagi membolehkan rakyat negara ini menyumbang bagi meringankan beban hutang negara.

Fatiya turut menunjukkan sokongan terhadap tabung amanah bagi membantu meringankan beban hutang negara.
Dr Mahathir berkata, semua derma yang diterima daripada rakyat ini akan dikendalikan Kementerian Kewangan.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Malayan Banking Berhad iaitu 566010626452.