Calon peguam negara tak dapat restu Agong
EKSKLUSIF
Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.
Namun, Agong mahu lebih daripada satu nama dicadangkan, menurut sumber yang dekat dengan baginda.
"Agong mengemukakan empat nama kepada Dr Mahthir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.
"Agong mahukan seseorang yang telah menjadi hakim atau hakim bersara. Baginda tidak kisah sama peguam negara merupakan orang India, Cina atau pun Melayu," kata sumber.
Sumber turut menegaskan Agong pernah mengesyorkan Thomas kepada kerajaan Kelantan untuk bertindak dalam kes terhadap Petronas.
"Agong mahukan seorang peguam negara yang dapat memberi nasihat kepada baginda mengenai perkara Syariah tetapi Dr Mahathir menegaskan Peguamcara boleh mengendalikan tugas tersebut.
"Namun Agong bertitah penguam negara merupakan pegawai tertinggi yang sepatutnya menasihati baginda," kata sumber itu lagi.
Pihak Istana menolak dakwaan di blog yang membangkitkan isu itu sebagai 'krisis perlembagaan'.
"Ia hanya perbezaan pendapat. Raja bertitah kepada Dr Mahathir bahawa jika beliau mahu seseorang untuk mendakwa kes 1MDB, beliau tidak patut melantik Thomas sebagai peguam negara.
"Thomas boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana dilakukan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee sebelum ini," kata sumber itu.
Dua hari lalu, blogger terkenal Syed Akbar Ali dalam artikelnya di Malaysia Today berkata terdapat isu-isu serius yang timbul antara kerajaan dan 'pihak lain' mengenai pelantikan peguam negara.
"Terdapat khabar angin kuat bahawa Dr Mahathir telah melantik seorang calon sebagai peguam negara yang baharu," katanya sambil menambah calon itu dikatakan bukan Islam, lelaki dan berbangsa India serta pakar perlembagaan persekutuan.
Syed Akhbar menafikan hakim bersara terkenal Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai calon bagi jawatan itu.
Beliau kemudiannya berkata pelantikan itu ditolak dengan alasan calon tersebut bukan orang Melayu atau tidak beragama Islam.
Syed Akhbar berkata peguam negara yang baharu itu akan ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan memberi tumpuan penuh kepada pembaharuan institusi.
Pada Sabtu, portal berita Malaysia Insight melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdepan ketegangan dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan itu.
Thomas tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Seorang hakim kanan yang telah bersara berkata perkara itu jauh lebih rumit berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.
"Seorang calon untuk kedudukan peguam negara mestilah pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan dengan pengalaman tidak kurang 15 tahun dalam amalan undang-undang," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..