Mayat
mangsa dijumpai dalam tangki najis di belakang rumahnya di Balik Pulau
tadi. Gambar kecil: lelaki ini diburu polis untuk membantu siasatan
BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.
"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.
"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.
Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.
"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.
"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..