Monday, September 17, 2018

Perghhh!!! Pelajar sedang makan malam terkejut TV di kantin kolej tayang porno melampau


?w=620&h=413&crop=1&/
-foto SCMP

PELAJAR-pelajar yang sedang makan di kantin sebuah kolej di China terkejut apabila tiba-tiba disiarkan dengan aksi pornografi melampau di skrin televisyen.
Video itu dipaparkan selama kira-kira tiga minit ketika lebih daripada 30 pelajar sedang makan malam, dalam kejadian pada Isnin, sebelum kakitangan menyedari perkara itu dan mematikan tayangan di skrin.
Tanpa mengulas lanjut, seorang kakitangan di Kolej Vokasional Industri Penerbangan dan Teknikal di Zhangjiajie, wilayah Hunan memberitahu South China Morning Post bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Kolej itu berkata penggodam, mungkin dipersalahkan untuk kejadian itu, bukannya kakitangan di situ.
"Sistem itu mungkin telah digodam, atau sengaja dimanipulasi oleh orang lain," seorang pekerja memberitahu portal video Btime.
Memandangkan ia adalah perkhidmatan televisyen internet, penggodam mungkin boleh mengaksesnya melalui Bluetooth atau langkah-langkah operasi jarak jauh yang lain, katanya, sambil menambah polis sedang melakukan siasatan.
Ini bukan kali pertama pornografi disiarkan di khalayak ramai di China, sama ada secara tidak sengaja atau berniat jahat.
Pada Julai 2016, audio dari video lucah dimainkan selama setengah jam melalui speaker di sebuah tadika di Zhengzhou dan dapat didengar oleh mereka yang tinggal berdekatan.
Siasatan mendapati seorang tukang masak di tadika itu telah menonton video lucah di komputer, tanpa menyedari bahawa komputer disambungkan dengan pembesar suara.
Video lucah telah disiarkan selama sembilan minit di layar LED raksasa di luar pusat beli-belah utama di Lishui, di wilayah timur China Zhejiang, pada Ogos 2015, dan kejadian serupa berlaku di pusat beli belah di wilayah Heilongjiang, Henan dan Gansu. Semua kes berlaku disebabkan kesilapan pekerja.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..