Mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/09/mufti-tegur-drama/#ZGraVip5SuE5fYHU.99
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tajuk drama berkenaan sekiranya difahami secara zahir amat bertentangan dengan zahir nas al-Quran dan Sunnah, begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.
"Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai. Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa.
"Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19," katanya menerusi catatan Qalam Mufti yang diterbikan pada lewat Khamis malam.
Zulkifli berkata, penamaan tajuk yang
provokatif itu dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni
sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada hukum syarak,
mengenai implikasinya dalam masyarakat.
Ini kerana katanya, meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
"Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha’.
"Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang di luar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam," tambah Zulkifli.
Dalam pada itu, Zulkifli mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja drama Isteri Untuk Disewa di atas kejayaan menarik jutaan penonton bagi menonton drama ini.
"Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel.
"Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya. Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita," katanya.
"Semalam (Rabu) setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.
"Ada mustafti yang bertanya tentang beberapa isu fiqh dalam drama ini. InsyaAllah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini," ujarnya.
Drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil, menggandingkan pelakon, Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.
Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan Osman Ali itu disiarkan menerusi saluran Astro Ria.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..