Monday, December 10, 2018

Pelakun Mustapa Kamal nasihat PH hati-hati, rakyat memerhati

Mustapa Kamal nasihat PH hati-hati, rakyat memerhati


   
Bukan Ellie Suriati Omar dan kawan-kawannya saja yang turun menyatakan sokongan kepada kempen membantah idea meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) hari ini.
Dalam puluhan ribu manusia berbaju putih di Jalan Raja hari ini, salah seorang daripada mereka ialah pelakon Mustafa Kamal.
Dia yang memang dilihat tekal menyokong PAS ditemui di celah-celah orang ramai sempat memberi peringatan.
Kata Mustapa Kamal, Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati kerana rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.
"Pada kerajaan yang ada sekarang ini berhati-hati rakyat sedang memerhati kamu, apa saja keputusan yang kamu buat kamu kena berhati-hati," katanya.
Sebelum ini kelibat pelakon, pengarah dan penulis skrip, Ellie, lebih menonjol.
Namun berbanding Mustapa Kamal, Ellie ketara mendekatkan diri dengan Umno, terutama anggota majlis tertinggi parti itu Lokman Noor Adam.
Ditanya mengenai kehadiran hari ini, Mustapa Kamal berkata, dia yakin sasaran penganjur untuk mengumpulkan kira-kira 500,000 orang tercapai.
Untuk rekod mengikut anggaran Malaysiakini pada kemuncak perhimpunan hari ini jumlah kehadiran ialah kira-kira 80,000. Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim pula menganggarkan jumlah kehadiran seramai 55,000 orang.
Kata Mustafa, sebagai rakyat Malaysia dia akan menyatakan bantahan terhadap Icerd tanpa mengira apa jua keadaan.
Malah kata pelakon berasal dari Kelantan itu, dia juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa rakyat akan berkumpul di Putrajaya pula sekiranya PH meratifikasi Icerd.
''Kita akan bantah tak kira walau dalam keadaan mana sekali pun.
"Tengoklah nanti, insya-Allah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..