Monday, December 3, 2018

Subhanallah !! Ajal ketika melangkah ke Raudhah


Ajal ketika melangkah ke Raudhah


Ajal ketika melangkah ke Raudhah
Nurulaswar (kanan) sempat merakamkan gambar kenangan bersama jemaah yang dikendalikannya termasuk arwah Siti Faridah (dua kiri) 15 minit sebelum kejadian.

SUNGAI PETANI - Seorang jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah, Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan.
Siti Faridah Ahmad, 64, dari Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang bertolak pada 24 November lalu masih berbaki empat hari lagi untuk pulang ke tanah air dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12 tengah hari, 5 Disember ini.
Namun, perjalanan umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dijemput Ilahi untuk bersemadi di Kota Suci Madinah.
Mutawif Fadlim Travel, Nurulaswar Nasron berkata, allahyarhamah Siti Faridah dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.
“Allahyarhamah terjatuh ketika dalam langkahnya menuju ke Raudhah iaitu Satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah SAW,” katanya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk dirawat namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Menurut Nurulaswar, maklumat kematian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bagi memperoleh surat kebenaran untuk urusan pengebumian selain memaklumkan ahli keluarga yang berada di Kota Kuala Muda, Kedah.
Menurutnya, beliau dan agensi bersyukur apabila urusan pengebumian berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Arwah disemadikan di Baqi yang terletak bersebelah Masjid Nabawi selepas solat Zohor ini,” katanya.
Raudhah adalah ruang dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia berdoa dan dikatakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa.
Bersebelahan Raudhah terdapat makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab. Kredit Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..