Friday, January 11, 2019

Bapa hadapi pertuduhan cabul anak kandung 14 tahun



Tertuduh, yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Lelaki yang bekerja kampung itu didakwa melakukan pencabulan itu ke atas mangsa yang ketika kejadian berumur 13 tahun empat bulan di Jalan Malim Nawar dekat Kampar di sini, Julai 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh manakala peguam S. Teeban pula memohon tertuduh dibenarkan ikan jamin.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.
— Bernama

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..