Monday, January 21, 2019

"HANYA MULAI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN PADA USIA 33 TAHUN"


Artikel Oleh Ardini Sophia Sina
Mizz Nina. FOTO arkib NSTP

ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina tidak ketinggalan melakukan cabaran #10yearchallenge, bagaimanapun, dia bukan berkongsi gambar sebaliknya perubahan hidup yang dialami sejak 10 tahun lalu.

Menerusi Instagram, Shazrina Azman atau Mizz Nina berkata, pada 2009, dia langsung tidak mengenali Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah al-Fatihah dan tiga Qul.

Malahan, Mizz Nina turut mengakui bahawa dia hanya mulai belajar membaca al-Quran pada usia 33 tahun.

“Jangan pernah hakimi kehidupan orang lain. Kamu mungkin tidak tahu bagaimana saya berusaha untuk menjadi insan dan muslimah lebih baik. Galakan itu adalah kunci.

“Saya tidak pernah bayangkan akan mengalami perubahan besar secara luaran mahupun dalaman. Allah menuntun saya kembali mengamalkan ajaran Islam.

“Saya sekarang mengikuti kursus diploma Ta’leem al-Quran, melakukan dakwah dan memberikan ceramah. Kita tidak pernah terlambat untuk belajar al-Quran. SubhanAllah. Alhamdulillah atas semua berkat,” katanya.

Mizz Nina turut menasihati buat individu yang sedang berusaha memperbaiki diri agar terus berbuat demikian tanpa putus asa.

Katanya, banyak perkara yang berubah dan dia berdoa agar Allah terus memimpin semua orang ke jalan lurus.

Menerusi perkongsian itu juga, Mizz Nina mendedahkan dia pernah berputus asa mencari pasangan hidup dan hanya fokus pada kerjaya seni.

“Pada 2009, saya berusia 29 tahun, masih solo dan fokus pada kerjaya. Saya putus asa mencari pasangan hidup dan hanya tumpukan pada latihan menyanyi. Saya tidak sangka bertemu dengan suami pada penghujung 2009. Alhamdulillah, Allah satukan kami dan berkahwin tidak lama selepas itu.

“Hidup saya perlahan-lahan mulai berubah. Malahan, perubahan itu saya mulai saya rasai ketika abang saya meninggal dunia. Walaupun tidak solat lima kali sehari tetapi saya tidak menutup hubungan saya dengan Allah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 3:05 PM

Kredit 2019 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

2 comments:

  1. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..