Wednesday, January 9, 2019

Mayat gadis 18 tahun dicuri, keluarga syak dilarikan untuk upacara 'perkahwinan hantu'


Tapak kubur mayat remaja perempuan yang dicuri. - Foto Asia Wire
MAYAT seorang remaja dicuri dari kuburnya di China dan disyaki ia dilakukan untuk menjalankan 'perkahwinan hantu'.
Dikenali sebagai 'minghun' atau 'perkahwinan roh', perkahwinan hantu Cina melihat mayat-mayat berkahwin dengan orang yang hidup dalam upacara yang dianggap membawa damai kepada orang mati dalam kehidupan akhirat.
Ia dilakukan terutamanya jika pengantin perempuan atau lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum melangsungkan perkahwinan atau individu itu menghembuskan nafas terakhir ketika masih bujang.
Pada 2015, 14 mayat wanita dicuri di satu kampung di wilayah Shanxi, menurut BBC.
Sebuah keluarga dari kampung di China Utara percaya bahawa mayat saudara perempuan mereka yang meninggal dunia pada usia 18 tahun telah dicuri untuk majlis tersebut.
Gadis itu telah dikebumikan dalam satu upacara sederhana hampir dua dekad lalu.
Memetik laporan Mirror UK, mereka berkata, keranda mayat remaja perempuan itu tidak mengandungi apa-apa barangan berharga.
Di tapak kubur remaja itu, terdapat sepasang sarung tangan yang disyaki milik salah seorang penggali kubur telah ditemui dan kini menjadi sebahagian daripada bukti polis.
Keluarga mendedahkan orang yang tidak dikenali pernah melawat rumah mereka untuk membeli mayat remaja tersebut untuk dijadikan 'pengantin mayat' bagi mengadakan perkahwinan hantu.
Mereka bagaimanapun telah menolak tawaran itu.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..