KALAU dah cantik, pakai apa pun dan buat mimik muka macam mana sekali pun tetap nampak menawan. Itulah yang dikatakan natural beauty.
Kata-kata itu disampaikan netizen kepada Wardina Anuar Aziz Khan, gadis yang tular selepas videonya sedang live di Instagram memukau pelayar media sosial dek kerana kejelitaannya.
Video dengan kapsyen 'when your mom enter your instagram live' itu yang dimuat naik gadis tersebut di Twitter mendapat kira-kira 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik di Twitternya pada 21 Januari lalu.
Malah posting tersebut diulang kicau sebanyak 18,400 kali dan mendapat 30,7000 tanda suka.
Rata-rata netizen memuji kecantikan semula jadi gadis tersebut.
Gadis berusia 18 tahun itu ketika dihubungi mStar Online tidak menyangka video tersebut akan tular memandangkan dia hanya ingin berkongsi momen yang disifatkan sebagai kelakar itu sekadar untuk suka-suka.
"Ada satu pagi tu saya bangun dan dapat banyak sangat notifikasi. Wow saya terkejut. Lepas tu saya tanya ayah saya sama ada sesuatu tidak kena dengan video itu. Ayah saya cakap tak ada apa-apa, dia kata video tu comel je.
"Jadi saya biarkan video tu. Tengok-tengok je sekarang dah 1.3 juta views. Saya terkejut dah sama macam view muzik video baharu Dua Lipa. Saya pun tak sangka sampaikan dapat notifikasi dari Perancis," katanya.
Wardina turut menjadi model tudung Ariani Luxe.
Mengulas video tersebut, Wardina berkata sewaktu kejadian dia baru lepas temu janji dengan klien dan singgah di sebuah kafe tanpa diketahui ibunya.
"Saya baru balik jumpa klien. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib kalau tak silap saya. Tanpa pengetahuan ibu saya singgah sekejap dekat sebuah kafe.
"Saya pun buat live dekat IG dan ibu saya join sekali. Dia terkejut sebab saya kata dah nak balik. Masa tu mama tengok live tu dia buat emoji. Saya fikir dia marahlah kan tapi dia tak marah pun sebenarnya," kata gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.
Susulan itu, ramai netizen menghasilkan video parodi meniru aksi Wardina sedang minum sambil live di Instagram.
Saya jadi model tudung dan pakaian muslimah nak cari pendapatan sampingan memandangkan saya baharu sahaja habis sekolah dan menunggu keputusan peperiksaan
Wardina Anuar Aziz Khan
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata dia menyedari perkara itu dan tidak ambil hati mengenainya.
"Saya perasaan banyak parodi. Ada beberapa individu minta izin untuk buat parodi. Saya cakap buatlah selagi tidak melibatkan keluarga saya, saya ok.
"Saya tak marah... normallah kan sebab video dah viral. Kalau benda tu keterlaluan saya akan mesej mereka secara peribadi minta padamkan video tersebut. Tapi ada juga yang buat kelakar sampai saya sendiri pun tergelak," katanya.
Namun Wardina sedikit terkilan apabila ada segelintir pihak mengecamnya gara-gara video tersebut diambil pihak tidak bertanggungjawab tanpa menulis kapsyen sebenar.
Wardina baharu sahaja menamatkan persekolahannya hujung tahun lalu.
"Ada orang kecam saya dekat Instagram, mereka ingat saya mengada-gada atau saja-saja buat macam tu. Saya ok sebab saya tak paksa orang untuk suka saya. Mereka ada hak untuk tak suka saya.
"Tapi alhamdulillah lebih 90 peratus beri reaksi positif. Sejujurnya itu reaksi semula jadi. Itulah cara saya berkomunikasi dengan ibu bapa saya. Saya amat rapat dengan mereka," katanya.
Wardina yang baru sahaja menamatkan persekolahannya di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur ketika ini aktif sebagai model bebas.
"Saya jadi model tudung dan pakaian muslimah nak cari pendapatan sampingan memandangkan saya baharu sahaja habis sekolah dan menunggu keputusan peperiksaan," katanya.
Namun gadis yang mempunyai kacukan Cina sebelah ibu dan Mongolia sebelah datuk bapa itu berkata dia sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia peragaan sejak kecil lagi.
"Ibu saudara saya, Anita Aziz yang juga seorang supermodel banyak mempengaruhi saya untuk aktif dalam bidang ini.
"Saya start masuk beberapa majalah masa umur tujuh atau lapan tahun. Saya juga jadi talent untuk iklan Mini Oreo untuk pasaran luar negara ketika berumur 12 tahun.
Wardina sewaktu kecil. - Foto ihsan Wardina
"Kalau anda perasaan ada wajah saya pada iklan Astro yang dipasang dekat trak waktu dulu-dulu," katanya yang mula berhijab pada usia 14 tahun.
Ditanya mengenai rahsia kecantikannya, Wardina berkata dia bertuah kerana dikurniakan kulit yang tidak bermasalah.
"Sebenarnya saya jaga atau tak kulit saya tetap sama. Saya memang genetik macam tu. Saya cuci muka macam biasa macam orang lain buat.
"Tapi bila keluar saya hanya akan make up simple. Saya tak suka pakai sunblock. Saya hanya amalkan pakai sarung bantal jenis lembut," katanya.
Jelas Wardina lagi, dia juga tidak mengenakan sebarang bedak asas (foundation) mahupun gincu dalam video yang tular itu.
"Masa tu saya tak pakai foundation mahupun pemerah pipi dan juga gincu. Saya hanya pakai maskara dan celak mata. Itu benda wajib yang saya pakai setiap hari.
"Saya suka make up simple setiap hari melainkan kalau saya ada sesi penggambaran," katanya
permisi min numpang share ya :)
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^