SATU perkara yang mustahil, namun seorang wanita mendakwa dia pernah meninggal dunia sebelum kembali hidup setelah terlibat dalam kemalangan ski, beberapa tahun lalu.
Rhianna Shaw, 29, berkata, dia sudahpun meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu bermain ski pada 2012.
Menerusi kejadian itu, Rhianna sedang bermain ski bersama beberapa kawannya di resort ski St Anton, Austria.
Ujar Rhianna, kejadian itu bermula apabila dia berlanggar dengan seorang peluncur ski sebelum terjatuh 200 meter dari gunung itu.
"Perlanggaran itu sangat kuat. Ia menyebabkan keretakan pada kawasan itu dan saya jatuh 200 meter.
"Tiba-tiba saya berhenti bergerak, tak boleh melihat. Apa yang saya rasa, saya tak boleh bernafas.
"Saya cuba menjerit tetapi tiada siapa yang dengar. Selepas itu saya rasa tenang. Saya mula berjalan dengan tenang dalam hutan besar. Semua pokok hijau dan besar," katanya sewaktu menggambarkan kehidupan selepas mati.
Tambahnya lagi, dia menggambarkan situasi selama 20 minit itu sangat terang, berangin dan menenangkan.
Namun kata Rhianna, tubuhnya yang diliputi salji akhirnya ditemui rakan-rakannya sebelum dia berjaya bangkit dan kembali hidup semula, dakwanya.
"Mujurlah saya ditemui mereka. Mula-mula mereka lihat alat ski saya sebelum nampak bahagian kaki.
"Muka saya masa tu memang putih dan tiada denyutan nadi. Sewktu sedar, saya lihat kawan saya sedang cium saya, sangat pelik," katanya. - Daily Star.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..