Seorang wanita yang mencerobohi kawasan larangan gara-gara mahu mengambil swafoto, diserang seekor jaguar. - Gambar Hiasan
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita yang mencerobohi kawasan larangan gara-gara mahu mengambil swafoto, diserang seekor jaguar di sebuah zoo di Arizona.
Dalam kejadian Sabtu lalu, wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius yang boleh membawa maut.
Wanita tersebut dicakar pada bahagian lengan akibat berdiri terlalu hampir dengan kurungan haiwan terbabit.
Pengarah Wildlife World Zoo Mickey Ollson berkata, jaguar yang sama turut menyerang seorang lagi pengunjung zoo yang juga berada terlalu rapat dengan kurungannya.
Menurut Ollson, insiden yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia dan haiwan tersebut tidak akan dimatikan. - BB
aduiii kesiannya
ReplyDelete