Akibat kecewa kerana gadis yang diminati menolak cintanya, seorang pelajar 13 tahun cuba membunuh diri dengan mahu terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting, semalam.
Pelajar tingkatan satu itu juga sempat menulis nota meluah rasa kekecewaanya kerana gadis yang ‘dicintainya’ memilih untuk rapat dengan pelajar lelaki lain.BACA: Lelaki Tak Jadi Bunuh Diri Selepas Dipujuk Dengan Rokok
Video pelajar itu sedang berjalan di atas bumbung sekolah dan bergelut dengan pasukan penyelamat turut tular di media sosial.
Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari.Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari.
Murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam. Pelajar tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut.
Siasatan mendapati pelajar tersebut mengaku cuba untuk bunuh diri kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain sebaya dengannya. Pelajar itu dikatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan tetapi cintanya ditolak.
Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminatinya dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain.
Dalam pada itu, guru mangsa memberitahu mangsa pelajar yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin tetapi mungkin terpengaruh dengan mainan perasaan
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..