Wednesday, March 6, 2019

Viral !!! 'Kena tengking lumrah kerja ladang, kami dah biasa'

Salah satu klip video yang dikongsi Felcra memaparkan seorang kakitangan wanita yang dipercayai merupakan individu yang ditinggikan suara oleh COO Felcra Khairi Makmur.
Wanita berkenaan berkata, "tengking" sudah menjadi perkara lumrah bagi pekerja industri perladangan.
"Sebenarnya, masa lawatan, dia jumpa buah muda lebih daripada buah yang masak. Itu menjadi salah satu isu dalam keadaan sekarang, apabila buah muda lebih banyak daripada yang masak, itu merupakan kerugian.
"Itu saja sebenarnya. Bagi orang ladang, cara pengajaran (seperti itu), itu lah yang sepatutnya, bagi orang luar yang tak faham akan cakap macam-macam, berdasarkan (kerana) mereka tak ada di situ, dan cara COO cakap tu.
"Bagi kami, seperti (termasuk saya) perempuan, tak ada masalah pun," kata wanita itu dalam klip video berdurasi 81 saat.

Wanita itu juga menjelaskan bahawa, Khairi meninggikan suara kerana mandur yang ditanya tentang penggunaan semula beg baja tersilap jawab.
"Mandur itu mungkin cemas ke apa, jadi dia cakap dia bakar (beg baja)," katanya.
Video itu dimuat naik pagi Selasa, sehari selepas klip video kejadian berkenaan dimuat naik pengguna Twitter @ladydarshankaur.
@ladydarshankaur memuat naik klip video itu dengan keterangan: "Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad. Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan. Nilaikan sendiri."
Dalam klip video yang berlatarkan sebuah ladang sawit itu, Khairi dilihat menjelaskan tentang penggunaan semula beg baja, sebelum meninggikan suaranya.
"Kamu semua nak ambil jalan mudah! Semua nak ikut orang! Orang cakap apa, ikut saja! Tak pernah nak lawan! Terangkan, bukan duduk ofis!" kata Khairi dengan nada menengking.
Dalam kiriman Twitter lain, Felcra berkata kejadian itu berlaku dalam sesi latihan di ladang sempena Siri Kembara di Felcra Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, 2 Mac lalu.
Felcra turut berkongsi klip video lain dan beberapa gambar memaparkan Khairi dalam pakaian sama menjelaskan sesuatu kepada pekerja menggunakan papan putih.

Klip video itu disertai keterangan: "Sisi sebenar COO dalam siri kembara sehari di FELCRA Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, Sabtu lepas (2 mac 2019) Namun pada hari yang sama, satu slot video semasa sesi latihan di lapangan telah viral".
Siri kenyataan Twitter itu turut disertakan tanda #reinventingfelcra.
Felcra dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan ditubuhkan bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman.




Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad.

Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan.

Nilaikan sendiri.

5,493 people are talking about this

Mengulas klip video itu, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim, turut mempersoalkan sikap COO Felcra itu.
"Inikah cara seorang COO berinteraksi dengan orang-orang ladang di Sg Batu Pahang baru-baru ini? Memalukan bangsa.
"Lembaga Felcra wajar beri amaran keras supaya dia belajar berbudi bahasa. Atau beri notis yang cukup untuk berhenti," katanya melalui Twitter.
Sementara itu, beberapa warganet turut mempertahankan Khairi dan memuji pengetahuannya tentang industri perladangan.
"Dia marah ada sebab. Kalau korang jumpa orang-orang Felda ramai bermasalah dengan pegawai-pegawai ofis. Mereka duduk goyang kaki. Cukup bulan dapat gaji. Biar kena satu kali tengking. Rasa COO ni anak Felda juga, mesti nak yang terbaik," kata pengguna Twitter @ai_hensemm.
"Jarang-jarang ada COO turun padang macam ini. Tengok gaya cakap banyak pengetahuan pasal sawit ni," kata @S_rezza.





Sisi sebenar COO dalam siri kembara sehari di FELCRA Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, Sabtu lepas (2 mac 2019) Namun pada hari yang sama, satu slot video semasa sesi latihan di lapangan telah viral

74 people are talking about this

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..