Warga emas nyaris hanyut di laut gara-gara bergambar
A
A
JOKULSARLAN - ICELAND. Seorang warga emas berusia 77 tahun terpaksa diselamatkan selepas 'takhta ais' yang dinaikinya ketika bergambar di Iceland dihanyutkan ke laut.
Judith Streng dari Texas melawat Jökulsárlón Lagoon bersama anak lelakinya, dan ternampak seketul bongkah ais berbentuk 'takhta' di tepi pantai.
Streng kemudian mengambil keputusan untuk duduk di atas 'takhta' tersebut dan meminta anaknya mengambil gambar.
Beberapa ketika selepas mengambil gambar, 'takhta' tersebut mula bergoyang sebelum dihanyutkan ke laut oleh ombak besar.
"Ais tersebut kelihatan seperti 'takhta' dan saya mengambil kesempatan untuk menjadi 'permaisuri' pada hari tersebut.
"Selepas saya naik ke atas 'takhta' tersebut, ia mula bergoyang lalu ombak besar menghanyutkan saya," kata Streng dalam rancangan Good Morning America susulan insiden tersebut.
Seorang kapten bot yang kebetulan berada di lokasi kejadian, berjaya membantu membawa nenek berkenaan kembali ke pantai.
Anak lelaki Streng menghantar gambar kejadian tersebut kepada anak perempuannya yang kemudian memuat naiknya ke laman Twitter dan menjadi tular. - Dailymail
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..