PELAKON Aaron Aziz melahirkan rasa terkejut apabila anak bungsunya Dahlia Arissa, 9, mampu melukis kejadian serangan masjid di Christchurch, New Zealand.
Aaron, 43, berkata, dia tidak menyangka kanak-kanak itu memahami apa yang terjadi dan mampu melukis kejadian sedih itu pada usia yang masih kecil.
"Assalamualaikum. Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia.
"Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?" ujarnya di Twitter pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN:Serangan pengganas Christchurch: Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia di pangkuan bapa, remaja turut hilang
Aaron memuat naik foto-foto hasil lukiasan anaknya di laman sosial.
Pada 15 Mac lalu, dunia dikejutkan dengan serangan seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.
Sehingga kini dilaporkan 50 mangsa maut dalam kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Aaron turut mendoakan mangsa kejadian diberi tempat tertinggi di syurga.
"Semoga saudara-saudara kita ditempatkan di tempat tertinggi di syurga dan Allah melindungi kita semua. Amin," tulisnya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..