Tuesday, April 16, 2019

Perghh !!! “Getah seluar dalam ke tu?” - Fesyen Sherry Ibrahim undang perbalahan netizen

Seluar digayakan Sherry menerima kritikan netizen. Foto Instagram: @sherryibrahim

GARA-GARA sekeping foto yang dimuat naik di Instagram, pelakon Sherry Ibrahim menerima teguran netizen.
Ia berikutan getah pada seluar jeans biru yang digayakan Sherry lebih menonjol dan kelihatan seakan-akan seluar dalam.
Mereka menegur penampilan pelakon drama Syurga Yang Kedua ini dan bertanya sama ada getah putih dengan cetakan jenama antarabangsa itu adalah getah seluar jeans atau seluar dalam.

"Getah spenda (seluar dalam) ke? jenama spenda pun nk tunjuk ke? Hahaha ok bye. "Orang sekarang suka tunjuk diri untuk dikecam. Kenapa ya?.



Sebahagian komen yang ditinggalkan netizen.
"Macam tak sesuai je, sengaja kot nak tunjuk," kata netizen.
Bagaimanapun, masih ada pengikut yang mempertahankan Sherry dan menegur sikap netizen yang gemar mengecam di laman sosial.
"Ala, kolotnya otak manusia Melayu ni, takkanlah getah spender. Kalau boleh semua nak dijadikan cerita. Pantang!," ujar netizen mempertahankan aktres berkenaan.
"Getah seluar jeans tu kut. Tak mungkinlah getah spender. Apalah... fikir positif you all," tambah mereka lagi.
Menerusi muat naik itu, Sherry menulis kapsyen mengenai fesyennya mengenakan baju dengan warna Neon.
Bagaimanapun, nampaknya gaya seluar tersebut lebih menarik perhatian netizen.

1 comment:

  1. zeal replica bags More Bonuses u0t02r2k32 replica bags in gaffar market replica bags hong kong replica gucci bag l4t16d3q53 replica bags india replica bags us More hints v1c99y4o21 zeal replica bags

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..