PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan minta semua pihak bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan mengenai kontroversi rumah tangganya yang menjadi bualan hangat netizen.
Menurut PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, buat masa ini dia memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan bekas isterinya, Ain Afini dimedia sosial.Kenyataan Ain sudah menjawab,” katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan status talak ketika isteri sedang hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti cerai isteri hamil tujuh bulan demi janda anak satu
Namun jawapan ringkas PU Abu yang ketika ini berada di Madinah itu membawa maksud dakwaan bekas isterinya bahawa dia diceraikan ketika sedang hamil tujuh bulan demi mengahwini seorang wanita berstatus janda beranak satu adalah benar.
Ain Afini kini sedang hamil tujuh bulan. Foto Instagram @ainafini_
Bagaimanapun tambah PU Abu, dia juga mempunyai 'cerita' tersendiri disebalik kemelut yang melanda rumah tangganya itu.
“Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri,” katanya.
Sementara itu ketika diitanya mengapa dia tergamak berbuat demikian ketika bekas isteri sarat mengandungkan zuriatnya sendiri, PU Abu berkata buat masa ini dia enggan memperbesarkan isu tersebut.
“Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak…saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?” katanya lagi.
Paparan skrin lafaz cerai PU Abu kepada bekas isterinya, Ain Afini.
Pada Sabtu mStar melaporkan mengenai luahan duga bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini di Instagram selepas diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.
Ain Afini juga mendakwa ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.
Hasil semakan mStar di Facebook wanita berkenaan, dia juga merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah.
Selain itu Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..