Friday, May 24, 2019

Wow !!! Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider Grabfood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”


Kisah mengenai Suhaimi menjadi tular di laman Twitter.
BAGI mereka yang tugasnya 'bergelumang' dengan makanan, cabaran kerja pasti bertambah khususnya di bulan Ramandan.
Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad Suhaimi Hussin, 18, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar ibu kota.
Namun, penat lelah kerjanya seakan-akan terubat apabila wujud pelanggan yang menghargai dirinya.

Mesra disapa Suhaimi, dia mengakui terharu apabila pelanggan berbangsa Cina yang ditemuinya pada Isnin lalu menghadiahkan sepucuk surat buatnya.
Malah, individu itu turut memberi sedikit wang di dalam sampul sebagai tanda penghargaan di atas usaha Suhaimi menghantar makanan dalam bulan puasa.
"Apabila saya hantar makanan di sebuah rumah, saya tengok ada empat orang. Ada budak dan guru, mereka tengah belajar.
"Salah seorang budak tu yang ambil makanan dan serahkan surat kepada saya. Masa jalan ke lif, saya baca dan senyum sahaja.
"Lepas tu baru saya perasan mereka selitkan RM5. Saya agak terkejut, walaupun nilai kecil, saya tetap terharu sebab dia hargai kerja saya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Khamis.

Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari.

MUHAMMAD SUHAIMI HUSSIN

Suhaimi membuat perkongsian mengenai peristiwa itu di laman Instagram sebelum rakannya, Alif Haikal memuat naik semula ke laman Twitter.
Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 15,000 ulang kicau(Retweet).
"Terima kasih untuk penghantaran makanan, selamat berpuasa.
"Terima kasih atas kerja keras dan sentiasa cemerlang dalam pekerjaan," tulis individu itu menerusi surat yang dimuat naik oleh Suhami.


Kisah mengenai Suhaimi dimuat naik semula ke Twitter oleh sahabatnya, Alif Haikal (@ahaipong)
  • Kata Suhaimi, dia terasa seperti ingin menangis kerana dihargai atas kerja yang dilakukannya.
    Malah, ia juga membuktikan perpaduan kaum dan bangsa di negara ini masih lagi utuh dan harmoni.
    "Pada saya tak ada sesiapa yang bersifat perkauman. Semua kita saling menghargai tak kira kaum.
    "Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari," katanya lagi.


    Suhaimi kini sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran selepas menamatkan persekolahan pada tahun lalu.
    Suhaimi yang menetap di Hulu Langat, Selangor mula menjadi penghantar makanan sejak Januari lalu.
    Dia yang menamatkan persekolahan pada tahun lalu bekerja secara sambilan sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran.
    Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi posting itu.
    "Bila dapat pelanggan yang memahami ni terharu dia lain macam do," tulis @emannsrn.
    "Janganla racist. My Chinese friend siap nak call kan bangun sahur tau start esok sebab aku asyik bangun lambat je diaorang kesian sebab takut aku lapar," tulis seorang lagi netizen.

    3 comments:

    1. Kepala2 rasis ialah mrk yg ada kepentingan politik tersembunyi. Mrk kemudian memperdaya dan pergunakan anak buah dan pengikut yg naif(naive)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Biase la. Org mcm tu yg senang dibodohkan. Padahal ade benda yg pernah jadi pun zaman BN. Tapi dulu tengah gosok perut kerana kenyang . Sekarang susah nak masuk. Mamber aku bising pasal kata islam ditindas sekarang. Aku sebut pasal alvin yg suka hina islam dulu. Haram pun dia tak kenal. Aampai aku buka blog tunjuk kat dia. Selamba je dia kata fitnah ni. Tu belum lagi dia kata ulama sesat semua dah ikut mat sabu... Dlm masa yg sama, dia ni tak sembahyang, tak puase pun. Tapi sebok islam terancam. Dia kerja part time dgn aku... Sabtu ahad dia dtg la bengkel kalau aku ajak. Gaduh2 politik pun, kerja tetap kerja. Tapi pekat umno gile.. Dia boleh percaya yg najb tak tau duit src masuk akaun peribadi dia.. Aku tak tau la nak sedih atau simpati. Bila dpt $100 hari tu. Membebel tak cukup, sikit. Dia bujang lagi. Dah 40 lebih. Atas aku. Najub bagi banyak kate dia. Malas nak cakap... Otak dah beku. Tak bleh nak tolong...

        Delete
    2. Permainan orang politik ini sangat merbahaya dan mereka dapat dan mampu untuk mempengaruhi orang lain terutama yang tak mahu..malas dan tak ingin berfikir. Semua kaum ada ahli politik macam ini... melayu..cina dan india pun ada. Mereka percaya dengan menjadi jaguh kaum masing2 mereka mendapat imbuhan sebagai pemimpin. Banyak negara2 rosak dan haru biru akibat dari rasis dan peranan politikus yang ambil kesempatan ini. yugoslavia umpamanya... jutaan rakyat terbunuh kerana hasutan pemimpin yang rasis... kaum yahudi dlm perang dunia ke dua... orang2 china di bawah jajahan Jepun tahun 40an... dan perang atau rusuhan antara kaum di mana2 pun tak akan membawa keamanan.. Puak yang ditindas di Burma... suku uigur di china.. bangsa dan pengikut Dalal Llama di tibet juga ditindas.. Ini semua penindasan berasaskan kaum belaka. Sampai bila2 pun rakyat bawahanlah yang menjadi mangsa. Oleh itu kenalah berhati2 nak menyokong seseorang itu terutama yang memakai topeng bangsa... atau agama...

      ReplyDelete

    Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..