Thursday, August 1, 2019

Perghhh !!! “Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni”



“Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni” - Penonton teruja Neelofa dan Nabil temu bual BoBoiBoy secara 3D

Kemunculan watak Boboiboy di set Meletop menarik perhatian penonton.
KEMUNCULAN watak BoBoiBoy dan Adu Du dalam rancangan Meletop pada malam Selasa bagi mempromosikan filem animasi berkenaan menarik perhatian penonton.
Penggunaan teknik tiga demansi (3D) ketika ditemu bual pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad membuatkan penonton teruja dan berasa kagum dengan teknik promosi cara baharu berkenaan.
Ekoran itu, filem yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos depan menjadi topik perbualan di media sosial pada Rabu.
Segelintir netizen berpendapat imej BoBoiBoy yang kelihatan begitu realistik membuktikan kemajuan teknologi animasi di Malaysia setanding negara luar.
"BoBoiBoy datang Meletop weh! Siap tunjuk kuasa lagi, adik percaya BoBoiBoy tu wujud.
"Wow! Bangga sebagai rakyat Malaysia, cool animation. BoBoiBoy cute giler.
Sebahagian komen netizen di laman Twitter.
"Hahahaha comel lah Adu Du dengan BoBoiBoy dekat Meletop ni... sikit lagi Nabil nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni," komen pengguna Twitter.
Menerusi slot khas dalam program tersebut, pengacara Neelofa dan Nabil menemubual watak utama filem animasi itu secara 3D.
Rakaman temubual di akaun Youtube Meletop sudah mendapat tontonan lebih 100,000 kali sejak dimuat naik 13 jam lalu.
Filem animasi BoBoiBoy The Movie 2 terbitan Animonsta Studios bakal ditayangkan serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos depan.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..