Saturday, August 17, 2019
Wow !! Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!
Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!
Rakaman monitor Zoe ketika namanya dipanggil.
BAGI pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah.
Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke 'hotel haiwan' untuk dijaga.
Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa meninggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu 'mereka' merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu.
Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa meninggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari.
"Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini.
Zoe dirakam menerusi kamera yang dipasang di rumah.
"Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja.
"Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan.
"Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia," kongsinya kepada mStar.
Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya.
Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi monitor suara yang dipasang di rumah.
ADDY
"Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah.
"Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir.
"Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai," jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.
Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu dirompak oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.
Zoe seekor kucing yang manja dan aktif.
"Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal.
"Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati.
"Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita.
"Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat," ujar Addy.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..