Monday, October 7, 2019
Perghhh !!! Mesej cinta gergasi buat isteri tercinta
Mesej cinta gergasi buat isteri tercinta
Mesej cinta gergasi itu sudah menghiasi ruang iklan tersebut sejak enam minggu lalu.
TULSA - Sebuah papan tanda tertera 'Amy, I love you more' selama hampir enam minggu mencetuskan persoalan banyak pihak di Amerika Syarikat.
Ramai orang mula bertanya siapa Amy dan kenapa ada orang yang sanggup membeli ruang iklan di lapan papan iklan luar di sepanjang laluan di Tulsa, Oklahoma semata-mata mahu melahirkan rasa cinta terhadap wanita terbabit.
Perhatian yang diberikan banyak pihak ke atas mesej cinta gergasi Josh Wilson, 41, yang dinyatakan terhadap isterinya, Amy Wilson, 51, hanya disambut ketawa lelaki tersebut.
"Ramai orang buat spekulasi sama ada saya mengalami masalah dengan Amy.
Tetapi, sebenarnya, saya amat memuja isteri saya," kata Wilson yang mengendalikan syarikat penyiraman Living Water Irrigation bersama isterinya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.
Menurut Wilson, langkah luar biasa untuk menunjukkan perasaan cinta terhadap Amy itu dibuat apabila dia tidak boleh membatalkan kontrak ruang papan iklan itu selama setahun yang dikenakan bayaran AS$1,200 (RM5,022) sebulan.
"Saya dimaklumkan kontrak itu berkuatkuasa sehingga 1 Januari depan dan saya tidak boleh mendapatkan semula wang saya. Jadi, rakan saya memberikan idea bernas itu dan saya terus bersetuju dengan cadangan mesej cinta gergasi tersebut," ujarnya lagi. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..