Saturday, October 26, 2019

Wow..!!!! Dugaan bakal pengantin... motor rosak di laluan sunyi, ‘lelaki kiriman tuhan’ muncul dalam hujan lebat -



Dugaan bakal pengantin... motor rosak di laluan sunyi, ‘lelaki kiriman tuhan’ muncul dalam hujan lebat - “Hari ini harimu, esok aku pula”
Hafiz bersama Abang Yeo yang membantunya ketika mengalami masalah motoikal rosak di Lebuhraya MEX.
BERDEPAN situasi motosikal rosak di lebuh raya mungkin sukar dilupakan oleh penunggang lebih-lebih lagi jika ia berlaku di waktu malam dalam keadaan hujan.
Lebih menakutkan, jika penunggang itu berseorangan dan jarak rumah masih jauh. Jika itu berlaku, hanya kesabaran dan seterusnya berharap agar ada orang yang sudi menghulurkan bantuan.
Pengalaman Hafiz Nordin, 26, berdepan dengan dugaan motosikalnya rosak di Maju Expressway (MEX) Khamis lalu begitu menguji kesabarannya.
Menurut Hafiz dia terpaksa menolak motosikalnya itu dalam keadaan hujan lebat.
Hafiz berjaya mencari maklumat Abang Yeo dengan bantuan pengguna Twitter.
“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di KLCC menuju ke Puchong. Sebaik sahaja melepasi tol di MEX, motosikal saya buat hal.
“Saya cuba hidupkan, nasib baik boleh bergerak, tetapi hanya beberapa meter sahaja. Lepas tu enjin mati balik dan langsung tak boleh nak ‘start’.
“Tak ada cara lain, terpaksalah menolaknya dalam keadaan hujan lebat. Ketika itu dalam hati risau juga jika ada lori atau kereta yang tak nampak saya.
“Lebih merisaukan saya ketika itu, dua hari lagi saya bakal berkahwin (Sabtu). Tak lama selepas itu, saya cuba cari ‘contact’ untuk dihubungi minta bantuan memandangkan rumah saya lebih 15 kilometer dari tempat motosikal rosak itu,” kongsinya kepada mStar.
Jelas pemuda kelahiran Selangor ini, doanya agar ada individu yang datang membantunya termakbul.
Dia tak cakap banyak. Tanya keadaan saya dan terus bantu tolak motosikal saya sampai ke rumah.
HAFIZ NORDIN
“Beberapa minit berhenti selepas tolak motosikal tu, datanglah seorang lelaki yang tak dikenali menghulurkan bantuan.
“Dia tak cakap banyak, tanya keadaan saya dan seterusnya bantu tolak motosikal saya sampai ke rumah.
“Saya ingatkan dia hanya nak hantar ke kawasan bengkel atau mana-mana tempat yang berdekatan dengan rumah saya. Tetapi dia hantar sampai ke pintu rumah.
“Dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Abang Yeo’ sahaja. Apabila sampai di rumah saya nak hulurkan sedikit duit, tetapi dia tolak.
“Katanya, ‘hari ni hari mu, esok aku pulak’. Dan dia terus bergerak balik. Saya memang tak sempat tanya panjang pasal dirinya.

Hafiz bersama isterinya berbulan madu di Bali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana masih ada lagi orang yang berhati baik dan sanggup menolong orang lain walaupun masing-masing tak kenal antara satu sama lain,” jelas anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.
Tambah Hafiz, dia tidak akan melupakan jasa baik Abang Yeo dan akan cuba menjadi lebih baik daripada dirinya sekarang.
“Abang Yeo mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang. Selalu tolong orang yang memerlukan, ikut kemampuan.
“Selepas kejadian itu, saya dan Abang Yeo menjadi kawan dan berhubung. Saya ada juga mengajak datang ke majlis resepsi kahwin saya Sabtu.
“Tetapi belum pasti dia datang atau tidak. Harap-harap Abang Yeo boleh datanglah sebab inilah tanda ingatan dan penghargaan buatnya.
erkongsian Hafiz di Twitter mendapat lebih 3,000 ulang kicau.
“Alhamdullilah Sabtu lalu saya selamat diijabkabul dengan tunang saya, Sheralia Ufairah,” ujarnya yang baru pulang berbulan madu di Bali pada Khamis.
Tambah Hafiz, tak rugi berbuat baik kepada orang lain kerana akan ada hikmahnya.
“Kita berbuat baik bukan untuk dapat upah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya saya yakin setiap kebaikan itu akan ada balasannya.
“Jadi kepada penunggang-penunggang motosikal semua atau pemandu kenderaan lain, bantulah sesiapa yang mengalami masalah ketika dalam perjalanan,” katanya ringkas.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..