Tuesday, November 12, 2019
Pembantu rumah buat rakaman dakwa diseksa, dikurung majikan, disimbah minyak panas - “Tak akan hidup lama, tolong selamatkan saya!”
Pembantu rumah buat rakaman dakwa diseksa, dikurung majikan, disimbah minyak panas - “Tak akan hidup lama, tolong selamatkan saya!”
SEORANG pembantu rumah meminta bantuan selepas mendakwa majikannya menyimbahnya dengan minyak panas, menyerangnya secara seksual dan mengurungnya selama 15 hari.
Pembantu rumah warga Bangladesh itu mendakwa majikannya warga Arab Saudi itu membuatkan dirinya kebuluran selama beberapa minggu.
Rayuannya untuk diselamatkan dan mahu pulang ke kampung halaman itu dibuat dalam video yang dimuat naiknya secara dalam talian.
Dalam rakaman itu, wanita tersebut mendakwa dia telah menjadi mangsa serangan seksual tanpa belas kasihan oleh majikannya.
Semasa membuat rakaman itu, dia juga menunjukkan lenggannya yang didakwa dicederakan oleh majikan.
"Saya mungkin tidak akan hidup lama. Tolong selamatkan saya!" katanya dengan penuh emosi.
"Mereka mengurung saya selama 15 hari dan hampir tidak memberikan saya apa-apa makanan. Mereka melecurkan tangan saya dengan minyak panas dan ikat saya," tambahnya.
Wanita itu, dipercayai berumur 25 tahun dilihat membuat rakaman dengan jarak dekat bagi meminta bantuan.
"Saya tak fikir saya akan hidup. Saya fikir saya akan mati.
"Mereka pukul dan seksa saya. Tolong selamatkan saya, lepaskan saya dari sini," katanya.
Video tersebut menjadi tular di media sosial, sekali gus mendedahkan eksploitasi segelintir warga Asia yang bekerja di luar negara. - Mirror
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..