Tuesday, November 5, 2019
Pergg!!! Ayat “when I was in...” bandingkan UK-Malaysia bikin ramai panas hati – “Lantaklah nak pergi mana pun... jangan downgrade negara sendiri”
Ayat “when I was in...” bandingkan UK-Malaysia bikin ramai panas hati – “Lantaklah nak pergi mana pun... jangan downgrade negara sendiri”
Farah dikritik gara-gara sindiran mengenai tulisan seorang pengguna Twitter yang membandingkan Malaysia dan United Kingdom. Foto twitter _farahfauzi/IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
BERKUNJUNG ke luar negara pastinya melalui pengamalan yang mengujakan, termasuk berkongsi sesuatu yang dilihat sendiri di negara orang.
Namun, ada kalanya ia menimbulkan rasa kurang senang orang lain apabila segala benda yang disebut perlu mengaitkan negara asing yang dilawati itu.
“Pergi UK sekali je untuk lima hari. Tapi semua benda pun ‘When I was in UK’...,” menurut perkongsian seorang gadis berbaur sindiran merujuk kepada United Kingdom (UK) di laman sosial sehingga mendapat kritikan ramai warganet.
Tulisan Farah diambil di luar konteks oleh segelintir warganet.
“Kenapa perlu kecam orang... bersihkan hati ye,” tulis seorang warganet.
“Bersihkan hati sendiri. Biarlah orang nak when i was in UK ke apa. Jangan busuk hati boleh kan. Make a world a better place,” ujar seorang lagi.
“Wow bitternya you. You mana je dah sampai? Ulu Klang?,” sindir seorang pengguna Twitter.
Antara komen warganet mengkritik tulisan Farah.
Wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa sindirannya difahami di luar konteks sebenar seolah-olah dia iri hati dengan mereka yang pernah berkunjung ke UK.
Menurut Farah Fauzi, dia sebenarnya merujuk kepada tulisan seorang pengguna Twitter yang membandingkan kemudahan troli di pasar raya di UK dan Malaysia.
“Saya merujuk kepada tulisan dia mengenai menggunakan troli di pasar raya di UK, kena masukkan duit syiling, dan Malaysia kena ikut buat yang sama nak elak sikap tinggalkan troli merata-rata terutama di kawasan parkir selepas membeli barang.
“Sebenarnya, Malaysia dah lama amalkan konsep ni di kebanyakan pasar raya. Seingat saya dah bertahun-tahun lama dah, malah sejak saya kanak-kanak lagi,” ujar wanita berusia 29 tahun itu kepada mStar.
Farah memberikan penjelasan berhubung isu yang berbangkit.
Farah berkata, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkongsi pengalaman berkunjung ke luar negara tetapi perlu berpada-pada terutama apabila membuat perbandingan.
“Kalau mereka teruja berkongsi pengalaman melancong, silakan. Itu hak masing-masing. Tapi janganlah kerana ketaksuban terhadap negara asing itu, sehingga downgrade negara sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengenali negara sendiri dahulu sebelum membuat perbandingan dengan negara luar
FARAH
“Mungkin budak tu muda lagi dan tak pernah ikut mak pergi pasar raya. Jadi mungkin dia tak perasan kat Malaysia pun dah ada konsep letak duit syiling kat troli tu.
“Tapi kes seumpama ini dah banyak kali berlaku. Kalau nak cerita pergi situ pergi sini, pergilah. Tak ada siapa halang, tapi kena tahu dulu apa yang ada dan tak ada di negara kita sebelum nak bandingkan negara lain jauh lebih baik,” tambahnya.
Pandangan seorang gadis menjadi perhatian selepas membandingkan kemudahan di Malaysia dan UK.
Guru yang berkhidmat di sebuah sekolah antarabangsa di Subang, Selangor itu turut mendedahkan bahawa dia juga pernah berkunjung ke UK sebelum ini dan tidak dinafikan teruja semasa berada di negara itu.
“Bagi mereka yang dah pernah berkunjung ke UK terutama London, sudah tentu mereka teruja berada di sana. Lantaklah mereka nak pergi manapun.
“Tapi pada masa sama, kena juga tahu pasal negara sendiri. Contoh kat UK ada mesin layan diri untuk buat pembayaran, dan Malaysia pun dah sediakan kemudahan tu di sesetengah premis.
“Jadi, bukannya sebab saya busuk hati orang pergi melancong sana sini tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengenali negara sendiri dahulu sebelum membuat perbandingan dengan negara luar,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..