Tuesday, November 19, 2019
Wow !!! Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!,Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia
Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia, Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!
Zulkifli (kiri) sewaktu mengadakan lawatan mengejutkan ke Wisma FAM. Foto twitter drzul_albakri
BAHANG perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang menyaksikan pasukan Malaysia dan Indonesia bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa malam semakin dirasai.
Kehangatan aksi yang dinanti-nantikan itu terbukti apabila semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian pada Ahad.
Namun, apa yang mengejutkan apabila seorang individu cukup berpengaruh membuat spot check ketika melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Beliau yang cukup dikenali kerana minatnya dalam bola sepak dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan itu di dalam dan luar negara adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Lawatan mengejut ke Wisma FAM menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tulis mufti di laman Twitter rasmi miliknya, petang Isnin.
Menurut Zulkifli, lawatan ringkas ke Wisma FAM semata-mata ingin mengetahui perkembangan berkaitan arena bola sepak tempatan.
“Tujuannya semata-mata ingin mengetahui segala-galanya mengenai bola sepak bermula daripada pejabat hingga ke padang bola,” katanya sambil menambah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FAM terutama presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Antara perkongsian Zulkifli sewaktu mengadakan lawatan ringaks ke Wisma FAM pada Isnin.
Dalam pada itu, kunjungan ke Wisma FAM turut menyaksikan Zulkifli tertarik dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang beraksi di padang.
“Gambar KBDYMM SPB YDPA paling menarik perhatian saya. Ayuh semua #EkorHarimauMalaya. Kita pemain ke-12 wajib beri sokongan penuh kepada Harimau Malaya,” tambah Mufti.
Terdahulu, dalam perjalanan ke Wisma FAM, Zulkifli turut mengalu-alukan sebarang pesanan yang boleh disampaikan kepada pasukan Harimau Malaya bagi memberi semangat.
“Solat maghrib dulu, baca doa… jangan lupa. Nak harumkan nama negara biarlah berserta keberkatanNya,” tulis seorang warganet.
“Pesan pada mereka… main macam Liverpool,” komen seorang lagi yang merujuk kepada kenyataan mufti sebelum ini berkongsi mengenai pasukan kegemarannya.
Khamis lalu, tiga imam ditugaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi membantu penonton mengerjakan solat Isyak berjemaah di stadium berkenaan, sebelum perlawanan aksi keempat Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand.
Skuad Harimau Malaya melakar kejutan apabila menewaskan gergasi Asia Tenggara itu dengan 2-1 dalam aksi tersebut.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..