Thursday, November 14, 2019
WoW !!! Ribuan ringgit lesap dari akaun, Aiman Tino serik dikhianati rakan baik - “Bukan mengungkit tapi kesal ditikam belakang”
Ribuan ringgit lesap dari akaun, Aiman Tino serik dikhianati rakan baik - “Bukan mengungkit tapi kesal ditikam belakang”
GARA-GARA terlalu mempercayai rakan baik, penyanyi Aiman Tino mendedahkan pernah menjadi mangsa khianat sehingga membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling
Cerita Aiman, 21, individu yang dikenali sejak zaman persekolahan itu telah mengeluarkan duit berjumlah ribuan ringgit dari akaun peribadi miliknya tanpa disedari.
"Sebenarnya saya tak tahu lagi dah nak buat baik macam mana, sebelum ni saya tak pernah berkira, bantu kawan-kawan... bukan nak mengungkit tapi kesal akhirnya ditikam belakang.
"Ada kawan yang rapat dengan saya tergamak curi duit dari akaun bank saya sehingga ribuan ringgit. Dia ambil kad bank saya diam-diam dan keluarkan duit tanpa pengetahuan saya, dari mana dia tahu nombor PIN itu pun saya tak pasti.
"Bila semak semula, baru nampak transaksi tersebut, sebelum itu saya tak perasan duit semakin berkurang sehinggalah ia terbongkar," katanya kepada mStar.
Aiman Tino jadikan pengalaman dan lebih berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan kepada seseorang.
Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini ditemui semasa pelancaran single terbaharu berjudul Benci yang diadakan di Magika Event Hall, Star Avenue Mall, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, syarikat rakaman Aries Music turut melancarkan album berjudul Anugerah Terbaik yang mengandungi sembilan buah lagu nyanyian Aiman Tino.
Cumanya sekarang ini saya jadi lebih berhati-hati, sampaikan kadang-kadang fikiran jadi negatif sebelum nak percayakan orang!
Sementara itu, Aiman berkata pengalaman lampau itu membuatkan dia lebih matang dan berhati-hati dalam mempercayai seseorang.
"Saya tak marah dekat kawan tersebut dan dia pun dah bayar balik duit yang diambil. Sebolehnya saya tak nak memperbesarkan perkara ini sebabnya dia kawan saya dari sekolah rendah.
Aiman bersama Pengarah Urusan Aries Music, Dexter Koh.
"Cumanya sekarang ini saya jadi lebih berhati-hati, sampaikan kadang-kadang fikiran jadi negatif sebelum nak percayakan orang.
"Saya anggap ini perkara normal dalam hidup dan saya dah merasa, iyalah sebelum ni jiwa remaja cepat nak memberontak dengan ibu bapa... akhirnya apabila berlaku sesuatu ujian kita kembali semula kepada mereka," ujarnya.
Bercakap mengenai lagu terbaharu berjudul Benci, Aiman berkata lagu tersebut merupakan ciptaan Apit dan Kelinci.
"Lagu Benci ini boleh dikaitkan dalam apa saja situasi sama ada kawan tikam belakang atau cinta dikhianati. Tetapi, untuk klip lagu saya pilih cinta sebab ia lebih mudah untuk dilakonkan.
"Saya harap lagu ini diterima ramai selepas lama menyepikan diri, Insya-Allah saya akan muncul dengan lagu baharu setiap tiga bulan," katanya.mstar
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..