Monday, December 2, 2019
perfgghhh!!! Pikat anak dapat 300 ekor babi
Pikat anak dapat 300 ekor babi
Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan kerana sibuk menguruskan ladang babi milik keluarganya di wilayah Henan.
ZHENGZHOU - Seorang bapa di wilayah Henan, China menawarkan 300 ekor babi kepada mana-mana pemuda yang sanggup mengahwini anak gadisnya.
Lapor media tempatan, lelaki itu bertindak demikian kerana bimbang tiada siapa mahu menikahi anaknya yang bekerja sebagai penternak babi hitam di daerah Luanchuan.
Dek kerana kerjaya yang kurang popular itu, Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan.
Sebenarnya, Zhiyuan adalah lulusan universiti dan pulang ke kampung halaman untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.
Namun, permintaan tinggi babi hitam di pasaran membuatkan gadis cantik berusia 24 tahun itu tiada masa untuk bercinta.
Sehingga kini, Zhiyuan menguruskan hampir 2,000 ekor babi yang diternak di ladang keluarganya.
Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Zhiyuan berkata, dia tidak memilih asalkan bakal suaminya mampu mengangkat babi.
Kisah bapa mencarikan pasangan buat anak gadis mereka bukan pertama kali dilaporkan di media.
Pada Mac lalu, seorang bapa yang juga usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.
Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon menulis di akaun Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain mahu lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.
Tindakan Anont menyebabkan dia dihujani panggilan telefon selain mendakwa kira-kira 10,000 lelaki menunjukkan minat terhadap anaknya. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..