Friday, January 31, 2020
Perghhh !!! Che Ta mengamuk belanja jutaan ringgit tapi banglo tak siap
Che Ta mengamuk belanja jutaan ringgit tapi banglo tak siap
-
Pelakon Rozita Che Wan mengamuk apabila sudah membelanjakan hingga jutaan ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo miliknya tetapi kontraktor didakwa gagal menyiapkan tugas itu dalam tempoh dipersetujui.
Lebih terkilan, dakwa Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kepercayaan yang diberi kepada kontraktor terbabit turut dikhianati apabila pada saat akhir dia didakwa menghilangkan diri.
“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.
Iklan
“Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya.
“Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,” katanya dipetik BH Online.
Untuk rekod, Rozita mengupah kontraktor terbabit bagi projek pengubahsuaian tersebut sejak dua tahun lalu.
Menurut pelakon drama Kiah Pekasam itu, dia memberi tarikh akhir iaitu pada 10 Januari lalu kepada kontraktor terbabit untuk menyiapkan semua kerja.
“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baru untuk menyudahkan semua kerja,” katanya.
Dakwanya, dia juga sudah puas cuba menghubungi nombor telefon selain melayangkan mesej kepada kontraktor terbabit namun usahanya itu tidak membuahkan hasil.
“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.
“Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya.
Terdahulu, Rozita memuat naik video melalui Instagram (IG) Story menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara, Petaling Jaya, tidak siap.
Thursday, January 30, 2020
Perghh Semoga Sahabat Kita Insaf !!! Gaduh lagi! Aliff Aziz bertatu kena belasah tepi jalan
Gaduh lagi! Aliff Aziz bertatu kena belasah tepi jalan
Lelaki bertatu dipercayai Aliff bergaduh di kaki lima jalan.
BELUM reda dengan isu bergaduh dan menunjukkan kemaluan di tempat awam, nama penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila kali ini tersebar pula rakaman video dia bertengkar di sebuah restoran di Singapura.
Menerusi video tersebut, lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam.
Dia turut dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki di kaki lima jalan sebelum melarikan diri.
"Guys dia gaduh lagi, Aliff Aziz ni tatu penuh belakang (badan) tapi penakut... berlari berkejaran.
"Kena halau balik Jurong, sibuk kawasan orang cari fasal, mabuk sampai gaduh," tulis pengendali akaun Twitter @pio_dhurjana.
Tular video Aliff Aziz bergaduh di laman Twitter.
Rata-rata pengguna laman tersebut meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap Aliff.
Bagaimanapun, ada juga yang menyifatkan kejadian itu bukan perkara baharu dan tidak terkejut apabila menonton video berkenaan.
"Semoga Aliff Aziz dikurniakan hidayah oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusannya serta keluarga... seakan tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku.
"Macam biasa, aduh bosanlah cerita orang Singapura ni. Kenapalah sampai macam ni? Dulu minat dekat dia.
Sebelum ini tular video Aliff bergaduh dan menunjukkan kemaluan di sebuah restoran.
"Sedih betul hidup dia ni, asyik kena terajang dengan orang je. Kasihanlah dia ni!” tulis netizen.
Pada 13 Januari lalu, tular rakaman video penyanyi lagu Sayang Sayang ini melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu sebelum mula membaling kerusi.
Aliff juga tanpa segan silu turut membuka zip seluar sebelum menunjukkan alat sulitnya kepada orang ramai.
Seorang lelaki dipercayai rakannya dilihat cuba untuk menenangkan Aliff namun tidak berjaya.
Sebelum ini dia juga pernah terbabit dengan beberapa siri pergaduhan dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Wednesday, January 29, 2020
Tediaa !!! KKM cadang barang dari China dilap pembersih tangan, sabun
KKM cadang barang dari China dilap pembersih tangan, sabun
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menyarankan supaya semua barang yang diterima dari negara China dilap dengan menggunakan cecair pembersih tangan atau sabun.
Menurut satu poster yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC), ia adalah sebagai langkah pencegahan terhadap wabak koronavirus (2019 n-CoV).
"Ia sebagai langkah berjaga-jaga walaupun sehingga kini masih belum ada bukti menunjukkan sama ada koronavirus baharu (2019 n-CoV) boleh hidup di permukaan luar barangan dalam tempoh yang lama," katanya.
Tambah kenyataan dalam poster itu, barang yang baru diterima itu sudah pun dianggap bersih dengan melakukan tindakan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakar perubatan sokong usaha KKM bendung koronavirus
Beberapa pemimpin dan pakar daripada 14 persatuan perubatan di Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyatakan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta memberi kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap usaha yang dilakukan kementerian dalam melindungi kesihatan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan itu mereka turut menggesa rakyat Malaysia supaya bersikap lebih tenang dan munasabah dalam mendepani 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) serta mempercayai maklumat daripada sumber yang boleh diharap dan dipercayai, terutama saluran rasmi Kementerian Kesihatan.
“Kami menggesa supaya rakyat lebih bertanggungjawab dalam media sosial. Menyebarkan khabar angin atau berita palsu adalah menyalahi undang-undang dan akan mengganggu Kementerian Kesihatan dalam memberikan tindak balas kepada kesihatan awam yang lebih penting,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut merujuk kejayaan golongan profesional kesihatan Malaysia dalam melindungi Malaysia ketika wabak Nipah pada tahun 1998, SARS pada 2003, H1N1 pada 2009 dan MERS-CoV pada 2015.
Tuesday, January 28, 2020
Perghh !!! Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”
Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”
Keadaan gigi Nurin pulih pada tahun 2018 selepas dia menjalani tiga pembedahan besar dan dua pembedahan kecil.
SEMBILAN tahun menanggung derita akibat ketidaksempurnaan gigi depannya, gadis jelita ini akhirnya menarik nafas lega dengan transformasi yang berlaku.
Menurut Nurin Afiqah Zulkfli, 24, dia sudah melalui pelbagai episod duka sejak di bangku sekolah sehinggalah ke insitusi pengajian tinggi disebabkan keadaan giginya itu.
Selain diejek dan dihina, dia juga menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan dia kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
"Saya ada komplikasi dari sekolah rendah lagi. Jadi ayah decided untuk buat perubahan. Saya pakai braces dari umur 13 tahun.
"Sepanjang sembilan tahun, saya lalui tiga pembedahan besar dan dua pembedahan kecil kerana gigi saya tertanam dalam gusi.
"Namun semuanya berubah apabila keadaan gigi saya dapat dikembalikan seperti asal pada 2018. Sejak itu, semangat saya lain macam. Memang berubah hidup ini," ujarnya kepada mStar.
Nurin sudah menjalani lima pembedahan untuk merawat giginya.
Mesra disapa Nurin, dia turut memperincikan episod hitam dalam hidupnya yang teruk dibuli sehingga ada yang sanggup mewujudkan 'Kelab Anti Nurin' gara-gara kekurangan rupa-parasnya pada waktu itu.
Tambahnya, dia bagaimanapun enggan berdendam sebaliknya mahu memanfaatkan perubahan hidupnya pada hari ini bagi memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.
"Saya memang dikutuk, dibuli, diejek dan difitnah. Orang cakap saya muka sampah. Ada yang gelar gigi tak siap, pagar tak siap dan sebagainya.
Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun
NURIN AFIQAH ZULKIFLI
JURULATIH ZUMBA
"Ada kumpulan pelajar di sekolah buat 'Kelab Anti Nurin' dan tiada kawan yang pertahankan saya. Tapi pada saya, walaupun bersendirian, kita boleh atasi hal itu.
"Kena pandai usaha. Kita tak boleh betulkan mulut orang, apa kita boleh buat ialah perbaiki diri sendiri.
"Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun," ujarnya lagi.
Nurin kini sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan.
Kini, Nurin mengakui hidupnya cukup bahagia dan dia mahu orang lain turut merasai hal sama.
Selain sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan, dia juga masih lagi bekerja sebagai jurulatih zumba.
Dalam pada itu, perkongsian kisah Nurin mengenai giginya menerima hampir 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.
Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar sekitar Ogos tahun lalu setelah video dia menari zumba dalam koc Transit Aliran Masa (MRT) menjadi tular.
Monday, January 27, 2020
Malindo Air sahkan enam krew dikuarantin di Zhengzhou
Malindo Air sahkan enam krew dikuarantin di Zhengzhou
Malindo Air sahkan enam krew dikuarantin di Zhengzhou
Syarikat penerbangan Malindo Air dalam satu kenyataan mengesahkan enam anak kapal mereka dikuarantin di Wilayah Zhengzhou, China pada 24 Januari lalu. Gambar: Fail
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Air dalam satu kenyataan mengesahkan enam anak kapal mereka dikuarantin di Wilayah Zhengzhou, China pada 24 Januari lalu.
Ia selepas seorang penumpang dari Wilayah Hubei disyaki dijangkiti novel koronavirus menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou itu.
"Malindo Air ingin mengesahkan, enam krew telah dikuarantin sehingga 14 hari di Zhengzhou, China selepas penumpang daripada Hubei yang menaiki pesawat, dipercayai dijangkiti koronavirus," kata Malindo Air.
Malindo Air akan terus memantau situasi serta menyediakan segala maklumat kepada krew serta pihak berkuasa China, bagi meminimumkan penyebaran penyakit itu.
Syarikat penerbangan itu turut menjelaskan, tindakan pro-aktif terus diambil dengan menjalankan langkah saringan kesihatan terhadap penumpang semua destinasi terutama ke China.
Tambah Malindo, semua penumpang dari wilayah Hubei disarankan menunjuk sijil kesihatan sebelum berlepas menaiki pesawat, manakala penumpang yang didapati tidak sihat, tidak akan dibenarkan berlepas.
Bagi sebarang maklumat lanjut boleh berhubung Bahagian Perhubungan Pelanggan Malindo Air.
Saturday, January 25, 2020
Wow !!! Jurulatih peribadi terpaksa guna kemudahan parkir keluarga kerana badan sado sangat - “Tak peduli apa orang kata… saya tersepit!”
Jurulatih peribadi terpaksa guna kemudahan parkir keluarga kerana badan sado sangat - “Tak peduli apa orang kata… saya tersepit!”
Chris menunjukkan bagaimana dia sukar untuk keluar dari keretanya sekiranya meletakkan kenderaan di parkir biasa. Foto Britain’s Parking Hell 2020
SEORANG jurulatih peribadi mendakwa dia tiada pilihan untuk menggunakan kemudahan parkir khusus buat ibu bapa dan kanak-kanak kerana badannya sangat sasa.
Chris Goodwin berkata, dia sentiasa memilih ruang lebih luas bagi membolehkan badannya yang besar itu keluar dari kenderaannya.
"Saya seorang juara model berotot. Saya seperti beast.
"Walaupun ada kemudahan parkir, saya tidak pernah menggunakannya.
"Saya hanya pergi meletakkan kenderaan di kawasan parkir ibu bapa dan kanak-kanak.
"Walaupun saya seorang, saya sentiasa buat," katanya.
Menurut Chris, dia tidak mempedulikan apa yang orang lain fikir terhadapnya.
"Saya akan buat apa yang saya mahu.
"Tak muat kalau saya keluar kereta, saya terlalu besar," tambahnya.
Dia kemudian merakamkan dirinya cuba untuk keluar dari kereta di kawasan parkir biasa, dan mendakwa: "Saya tersepit! Saya sebenarnya tersepit!" - Metro
Tags/Kata Kunci:parkir , sasa , sado , tersepit
Friday, January 24, 2020
Perghh!!! Belum meninggal dunia, lelaki terkejut jumpa kubur sendiri... dakwa bekas isteri punya angkara
Belum meninggal dunia, lelaki terkejut jumpa kubur sendiri... dakwa bekas isteri punya angkara
Alan terkejut menjumpai batu nisan yang tertera namanya. Foto Paul Reid
SEORANG lelaki terkejut apabila menjumpai kubur sendiri walaupun dia masih hidup.
Alan Hattel berkata, dia tertanya-tanya apabila tiada seorang pun menghubunginya selama tiga atau empat bulan.
Dia bagaimanapun tidak mengetahui punca ia berlaku.
Namun kini, Alan percaya ramai yang fikir dia sudah meninggal dunia dan tiba masanya mereka perlu mengetahui kebenarannya.
Walaupun tidak pasti, dia mendakwa bekas isteri merupakan dalang yang membuat batu nisan di kubur berkenaan.
Alan, 75, yang merupakan pesara dari Forfar, Tayside di Scotland berkata: "Telefon saya tidak berdering selama tiga atau empat bulan.
"Dulu saya keliru tetapi sekarang saya tahu kenapa tiada seorang pun yang menghubungi saya.
"Saya tidak mahu dikebumikan, saya merancang untuk ia dibakar.
"Saya masih hidup," katanya sambil berdiri di sebelah batu nisan yang tertulis namanya.
Tambahnya, laporan mengenai kematiannya telah diperbesar-besarkan. - Metro
Thursday, January 23, 2020
Perghh!!! Penduduk gempar kambing berwajah manusia
Penduduk gempar kambing berwajah manusia
Seekor kambing di Rajasthan, India yang dilahirkan dengan wajah seperti manusia. Foto Jam Press/News Panda
SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan seekor kambing mutan yang dilahirkan dengan wajah manusia.
Haiwan tersebut baru saja dilahirkan beberapa hari lalu di Rajasthan, India.
Pemiliknya, Mukeshji Prajapap, dari kampung Nimodia di Jaipur mendedahkan foto-foto kambingnya itu.
Foto berkenaan menunjukkan haiwan tersebut mempunyai muka yang rata dengan wajahnya seakan-akan manusia.
Pakar berpendapat bahawa kambing itu mengalami kecacatan kongenital yang jarang-jarang berlaku, dikenali sebagai 'cyclopia', yang mana gen dalam keadaan biasa membuat simetri muka gagal untuk menyatakan dengan jelas.
Bagaimanapun, ia bukanlah haiwan pertama yang dilahirkan dengan wajah mirip manusia, kerana sudah ada binatang lain seperti lembu mempunyai ciri-ciri unik itu.
Malah terdapat ikan yang turut dijumpai mempunyai wajah seperti manusia. - Daily Star
Tags/Kata Kunci:kambing , mutan , wajah manusia
Monday, January 20, 2020
Kapcai misteri tiba-tiba muncul rempuh superbike, peliknya motor berkecai tapi penunggangnya lesap - “Dia cuba larikan diri”
Kapcai misteri tiba-tiba muncul rempuh superbike, peliknya motor berkecai tapi penunggangnya lesap - “Dia cuba larikan diri”
Ramai netizen mendakwa kelibat penunggang motosikal yang tiba-tiba merempuh superbike itu sebagai entiti misteri.
"NAMPAK macam Kamen Rider yang kena langgar tu."
Itu antara kata-kata netizen mengenai rakaman kelibat sebuah motosikal yang muncul secara tiba-tiba, betul-betul di hadapan sebuah kereta Perodua Alza sebelum merempuh penunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Video berdurasi 11 saat yang memaparkan kemalangan penuh misteri itu menjadi tular di Twitter sejak petang Jumaat.
Malah beberapa netizen mendakwa rakaman misteri itu turut diterima menerusi grup WhatsApp masing-masing.
'Kehadiran' penunggang motosikal itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengaitkan kemalangan itu dengan entiti misteri.
Rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai kemunculan penunggang misteri itu.
"Accident dengan tak tahu apa benda yang dilanggar tu. Tak jumpa motor or orang yang kena langgar tu. Nampak macam makhluk lain bawa pocong. Hahaha. Wallahualam," kata AS.
"Moto kapcai tu bawa saka ke apa? Nampak macam seorang berdiri, seorang duduk," kata Anoy.
"Kalau tengok betul-betul memang tak nampak orang yang kena langgar tu. Moto pun tak ada. Misteri betul. Nasib ada yang record," kata Shahfiq.
"Sat bro. Memang misteri. Takkanlah motor (superbike) tu tak nampak ada orang nak pusing gitu. Betul tak? Walaupun tengah laju korang mesti elak punya. Tapi ni tiba-tiba muncul. Then langgar kalau sepai dua dua sepai, then Alza tu akan kena sekali," kata Nabil.
Dalam pada itu ramai juga meluahkan rasa kagum dengan kecekapan penunggang superbike tu mengendalikan motosikalnya pada saat cemas.
"Brother motor ni memang aku respect sebab dia handle moto after collision memang steady. Tapi aku tengah blur kelip kelip mata yang langgar superbike ni. Explain weh," kata Anoy.
Komen netizen pada posting yang viral itu.
"The dude riding the superbike really handled the collision well though. Kalau aku dah masuk lane sebelah dah. Phew," kata Raz.
Bagaimanapun misteri kemalangan itu terungkai apabila seorang gadis tampil mendedahkan penunggang superbike dalam rakaman video yang tular itu adalah bapanya.
Malah gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Bazil berkata tiada apa-apa yang misteri mengenai video kemalangan itu seperti yang diperdebatkan netizen.
Rider tu tercampak ke belakang. Lepas tu dia melompat melepasi besi penghadang jalan dan cuba melarikan diri.
BAZIL
"Hahaha. Ya... ayah saya yang bawa superbike tu. Tak ada misteri apa-apa pun. Waktu kejadian ayah saya dari KL menuju ke Singapura.
"Lepas exit Yong Peng, ada rider mabuk terlanggar kereta depan (Perodua Alza) kemudian terpusing dan langgar ayah saya," katanya kepada mStar.
Malah Bazil berkata, selepas terlanggar bapanya pemuda itu kemudian tercampak ke belakang.
Bazil mendedahkan ayahnya (dalam gambar) mengalami keretakan di bahu akibat rempuhan itu.
"Rider tu tercampak ke belakang. Lepas tu dia melompat melepasi besi penghadang jalan dan cuba melarikan diri.
"Nasib baik ada yang kejar dia. Bila call polis, mereka sahkan rider tu mabuk," katanya yang juga warganegara Singapura.
Jelas Bazil lagi, insiden itu berlaku di lebuh raya utara-selatan selepas susur keluar Plaza Tol Yong Peng (Selatan) kira-kira pukul 5 petang Ahad lalu.
"Memandangkan ramai yang tanya mengenai keadaan ayah saya... dia hanya mengalami keretakan di bahunya.
"Alhamdulillah dia semakin pulih. Buat masa ini, dia masih lagi cuti masuk hospital kerana perlu datang untuk pemeriksaan susulan," katanya.
Tags/Kata Kunci:superbike , kemalangan , misteri , exit Yong Peng , mabuk
Saturday, January 18, 2020
Perghh !!! Peladang mati dimakan babi ternakannya
Peladang mati dimakan babi ternakannya
Peladang mati dimakan babi ternakannya?
Pegawai penyiasat berkata, jiran mangsa mengesyaki lelaki berusia 70 tahun itu dimakan babi ternakannya. - Gambar hiasan/Unsplash
LUBIN: Misteri kehilangan seorang lelaki di sebuah ladang di Lubin, Poland hampir pasti terungkai apabila tulang dan tengkorak manusia ditemui berhampiran rumahnya.
Pegawai penyiasat berkata, jiran mangsa mengesyaki lelaki berusia 70 tahun itu dimakan babi ternakannya.
"Mangsa dipercayai hilang sekitar 1 Januari hingga 8 Januari lalu. Ini kerana ketika itu ternakan tersebut berkeliaran berhampiran kediamannya.
"Jiran lelaki itu menghubungi polis selepas terjumpa serpihan tulang ketika mengambil air di sebuah perigi berhampiran rumah mangsa pada Rabu lalu," katanya.
Menurut laporan Metro News, mangsa kali terakhir dilihat pada 31 Disember lalu.
Difahamkan, lelaki tersebut tinggal sendirian di ladang Lubin kira-kira 260 batu dari Warsaw, Poland.
Sehingga kini polis masih melakukan siasatan terperinci dan bedah siasat dilakukan namun keputusannya belum diketahui.
Friday, January 17, 2020
Anjing setia temani kanak-kanak kecil yang tersesat 24 jam di kawasan pedalaman
Anjing setia temani kanak-kanak kecil yang tersesat 24 jam di kawasan pedalaman
Matilda, 3, ditemui dalam keadaan selamat bersama anjingnya. Foto: 9News
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman, ditemui selamat bersama anjing peliharaan keluarganya.
Matilda Moule dan anjingnya hilang selama 24 jam selepas dia berjalan kaki dari rumahnya di Australia.
Matilda kemudian tersesat di estet berkeluasan sejuta hektar di rantau Pilbara, satu daerah di Australia Barat.
Polis melancarkan misi pencarian besar-besaran untuk mengesan kanak-kanak kecil itu selepas dia dilaporkan tersesat di kawasan terpencil.
Matilda kali terakhir dilihat pada pukul 2.30 petang pada Rabu dengan pakaian berwarna merah jambu bersama anjingnya itu.
Dia ditemui pada keesokan harinya (Khamis) oleh helikopter polis, yang berjarak kira-kira dua batu dari rumahnya.
Ketika Matilda ditemui, anjing tersebut turut berada di sisi yang bertindak sebagai penemannya selama tempoh 24 jam berkenaan.- Dailystar
Tags/Kata Kunci:anjing , setia , sesat , pedalaman
Thursday, January 16, 2020
Tediaa !!! Pejabat MB Kelantan perjelas isu Mercedes Benz baru
Pejabat MB Kelantan perjelas isu Mercedes Benz baru
Susulan laporan dan pelbagai dakwaan terhadap pembelian kereta Mercedes Benz baru sebagai kereta rasmi, Pejabat Menteri Besar Kelantan tampil memberi penjelasan.
Dalam kenyataan media hari ini, Pejabat Menteri Besar Kelantan menyifatkan dakwaan kerajaan negeri menggunakan peruntukan khas kepada Kelantan sebanyak RM400 juta untuk pembelian kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri adalah suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.
"Untuk rekod, mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri bagi menggantikan kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri telah dibuat menerusi kenyataan timbalan menteri besar pada 12 September 2018 lagi.
"Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri besar dan exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu," kata kenyataan tersebut.
Iklan
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Kelantan membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMD berwarna hitam yang dikatakan berharga lebih RM600,000 sebagai kereta rasmi Menteri Besar, Ahmad Yakob.
Ia susulan gambar kereta mewah dengan plat pendaftaran DV 1 itu tular di media sosial dengan pelbagai andaian dan tanda tanda.
Bagaimanapun, sumber kerajaan Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kebenaran kenderaan itu merupakan kereta rasmi baru menteri besar Kelantan.
Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Kelantan berkata, kenderaan rasmi nenteri besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dikurnia oleh Tuanku Sultan Kelantan.
"Dan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di kenderaan rasmi baru menteri besar Kelantan yang mana telah mendapat ampun perkenan Tuanku," jelas kenyataan tersebut.
Wednesday, January 15, 2020
Perghh !!!! Pemuda tanggung derita lima hari kemaluan tersekat dalam paip besi
Pemuda tanggung derita lima hari kemaluan tersekat dalam paip besi
Mangsa akhirnya mendapat bantuan daripada hospital untuk mengeluarkan paip besi itu.
SEORANG lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama lima hari kerana malu untuk pergi ke hospital selepas kemaluannya tersekat dalam batang paip besi.
Pemuda berusia 21 tahun itu bagaimanapun membuat keputusan untuk ke hospital selepas gagal menahan kesakitan ditanggungnya itu.
Mangsa didakwa membalut alat kemaluannya itu dengan stokin hitam sebelum memasukkannya ke dalam paip besi untuk memuaskan nafsunya minggu lalu.
Namun pemuda itu gagal mengeluarkan kemaluannya daripada batang paip besi itu selepas ereksi.
Akibatnya, kemaluan pemuda itu mengalami bengkak yang teruk.
Tidak than dengan kesakitan itu, mangsa kemudian pergi ke sebuah hospital di Bangkok, Thailand dan menjelaskan situasi dihadapinya kepada doktor pada Ahad.
Dia memberitahu doktor bahawa dia menggunakan batang paip besi itu untuk memuaskan nafsunya dua hari sebelum kejadian ngeri itu.
Namun dia bernasib malang selepas gagal menarik keluar kemaluannya yang dibalut dengan stokin.
Tuesday, January 14, 2020
Masyalallah !! Kesempitan hidup buatkan buku puisi Puteri Balqis laris terjual
Kesempitan hidup buatkan buku puisi Puteri Balqis laris terjual
Susulan kisah kesempitan hidup dipaparkan program Bersamamu semalam, pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi, menumpahkan air mata kerana buku puisi diilhamkannya, 38 Poet, laris terjual.
Kata Puteri Balqis, dia tidak menyangka perkongsian mengenai keperitan hidup yang ditanggung bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz, membuka mata banyak pihak hingga mereka sanggup menghulurkan bantuan dengan membeli buku berkenaan.
“Puteri tak pernah sangka sebab tu ibu selalu cakap pasti ada kemenangan, cuma bila dan bagaimana Pencipta tentukan.
“Waktu Bersamamu hubungi, kami tahan sebak apabila orang WhatsApp dan akhirnya beli buku tulisan Puteri yang dulunya disenyapkan,” katanya dalam program Malaysia Hari Ini yang bersiaran melalui TV3 pagi tadi.
Iklan
Puteri Balqis, 12, berkata pada peringkat awal ibunya menolak untuk mendedahkan kesempitan hidup dilalui mereka kerana beranggapan masih mampu untuk berdikari dan tidak mahu mengharapkan ihsan sesiapa.
“Ibu tolak keras untuk dibantu program Bersamamu kerana katanya, kami masih mampu berdikari. Setelah berjaya dipujuk, saya kata Bersamamu mungkin dapat bagi laluan kecil.
“Awalnya kami juga rasa kehidupan (yang dilalui ni) tak perlu dikongsi, kehidupan kami biar ditutup, rahsia kami. Tapi kini rahsia tu dibuka dengan cara yang sangat indah, dengan cara tak pernah sangka,” katanya.
Diuji dengan kesusahan
Program Bersamamu itu membongkar keperitan hidup dilalui Puteri Balqis hingga nama pelakon itu menjadi sohor kini seharian di Twitter.
Perkongsian dalam Bersamamu mengundang perhatian ramai apabila ia antaranya memaparkan kepayahan hidup Puteri Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya bagi mendapatkan rawatan di klinik.
Selain itu, ia juga memaparkan pelakon Akulah Balqis itu duduk di bangku sambil makan disuap ibunya.
Sementara itu, Norashikin berkata, buku puisi itu ditulis tanpa pengetahuannya dan menceritakan serba-serbi perjalanan hidup mereka berdua.
“Ujan itu indah, apabila diuji dengan kesakitan, kita cari penawar, diuji dengan kesusahan, kita usaha, apabila diuji dengan pengkhianatan kita hati-hati, bila diuji dengan kehilangan kita hargai.
“Tak ada apa yang malu nak dikongsikan kerana semua manusia lalui fasa kesusahan.
“Kita semua akan berjaya dan Tuhan akan tetap pegang dengan janji itu. Saya berterima kasih ramai yang berkongsi ayat-ayat Puteri. Akhirnya tulisannya dikongsi,” katanya.
Balqis sebelum ini pernah diberitakan mengidap barah namun tidak diperincikan lebih lanjut penyakit yang dihidapi.
Monday, January 13, 2020
Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”
Isnin, 13 Januari 2020 12:28 PM
Oleh: QARAMI HASHIM
Kisah kesempitan hidup Puteri Balqis membuka mata ramai pihak.
PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa sebak apabila buku puisi nukilannya, 38 Poems Of Puteri Balqis laris terjual selepas kisah kesempitan hidup dia dan ibu, Norashikin Mohd Aziz disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.
Menurut Balqis, 13, dia tidak pernah menyangka perkongsian mengenai keperitan hidup mereka telah membuka mata ramai pihak dan menjadi satu kisah perjalanan yang cukup indah.
"Saya rasa sebak dan tak sangka mereka akan sanjung kami dengan cara lebih baik dan tengok semuanya positif, ramai insan yang memberi kata semangat.
"Awalnya kami rasa (cerita) kehidupan ini tak perlu dikongsi, dibiar tutup, itu adalah rahsia tapi ia telah dibuka dengan cara yang cukup indah, tak pernah sangka.
"Semasa Bersamamu hubungi kami, kami menahan sebak... dan sekarang ramai orang Whatsapp dan beli buku tulisan saya yang disenyapkan dulu, kami bertambah sebak tapi rasa gembira," katanya.
Kisah hidup Puteri Balqis dan ibunya dipaparkan dalam program Bersamamu.
Pelakon drama Akulah Balqis ini berkongsi luahan hati semasa ditemubual dalam program Malaysia Hari Ini pada Isnin.
Kisah sedih mengenai kehidupan Balqis dan ibunya dipaparkan menerusi program Bersamamu itu mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.
Antara yang dipaparkan Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya untuk mendapatkan rawatan di klinik dan dia duduk di sebuah bangku sambil makan disuap ibu.
Semasa itu kami tak beraya kerana hanya tinggal berdua, saya nampak Puteri tulis sesuatu tapi dia tak nak kongsikan!
NORASHIKIN
IBU PUTERI BALQIS
Sementara itu, Norashikin berkata buku puisi itu ditulis oleh anaknya itu menceritakan mengenai perjalanan kisah hidup mereka.
"Semasa itu saya tak tahu dia tulis, waktu itu hari raya kami dalam keadaan tak berapa okay... tak ada air di rumah, kami mandi dekat stesen minyak dua bulan dan surau dua bulan.
"Semasa itu kami tak beraya kerana hanya tinggal berdua, saya nampak Puteri tulis sesuatu tapi dia tak nak kongsikan, bila dah lama baru saya tahu setiap peristiwa berlaku dia tulis.
Balqis sebak buku puisi nukilannya mendapat sambutan hebat setelah kisah mereka dipaparkan dalam Bersamamu.
"Macam Puteri cakap, ujian itu indah, bila diuji dengan kesakitan ia akan jadi penawar, bila diuji dengan kesusahan kita usaha, jadi untuk dapat seorang anak yang lakukan pengorbanan sama tinggi dengan ibu yang dianggap sebagai seorang ibu, sahabat dan kakak... tiada apa yang malu nak dikongsikan, semua orang melalui fasa kesusahan, bila kita akan berjaya semuanya tuhan akan tentukan," katanya.
Dalam pada itu, Norashikin memberitahu Balqis akan menyambung persekolahannya bermula minggu ini.
"Minggu ini juga dia akan daftar balik pembelajaran di British Council, kelas Mandarin, dan sebelum ini dia ada ambil kelas piano dah grade 6, terpaksa diberhentikan... dan semua akan disambungkan semula.
"Terima kasih kerana berada bersama kami dan semua yang membeli buku Puteri Balqish dan berkongsi ayat puisi Puteri di laman sosial, ujian itu indah!," katanya.
Terdahulu, kira-kira dua tahun lalu Puteri Balqis dilaporkan mengalami masalah jantung selepas keluar masuk hospital apabila dia demam berpanjangan, sesak nafas dan kerap muntah.
Friday, January 10, 2020
Kawan ada Audi R8 tutup semua lubang dalam kereta Axia dengan 30 keping duit RM50 - “Kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni”
Kawan ada Audi R8 tutup semua lubang dalam kereta Axia dengan 30 keping duit RM50 - “Kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni”
Sebanyak 30 keping wang kertas bernilai RM50 diselitkan dalam kereta Zed oleh rakannya sebagai tanda penghargaan. Foto ihsan Benjamin Rohaizad Razilan Affendy
BUKAN sekeping, tetapi berkeping-keping wang kertas diselitkan di segenap celah dan ruang dalam sebuah kereta, kesemuanya wang kertas RM50!
Dari penutup papan pemuka (dashboard), di pintu, malah setiap ruang penyaman udara dalam sebuah kereta Perodua Axia, semuanya diselitkan dengan wang kertas yang disusun cantik.
“Kawan minta tumpang. Lepas tu bila dah turunkan baru perasan dia ada selit-selit duit minyak,” menurut perkongsian di akaun Twitter @tgzex sehingga diulang kicau lebih 22,000 kali.
Pemilik kereta berkenaan, Benjamin Rohaizad Razilan Affendy tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya terkejut melihat wang tersebut diselitkan oleh rakan yang menumpang keretanya sehingga sebegitu rupa.
Perkongsian seorang pemuda di laman sosial menjadi tular.
Pemuda berusia 27 tahun itu turut mengakui wang yang setiap helaiannya bernilai RM50 berjumlah 30 keping itu adalah pemberian rakannya.
“Itu memang kawan yang selit depan saya. Memang menipulah kalau tak perasan kan? Semua duit tu adalah wang kertas RM50, berjumlah RM1,500.
“Masa dia selit depan saya masa kami baru sampai kat klinik untuk ambil ubat. Bila saya masuk balik kereta dah penuh kat semua lubang,” katanya kepada mStar.
Wang kertas RM50 turut diselitkan pada pintu kereta.
Lebih mesra dengan panggilan Zed, dia pada mulanya menyangka rakannya itu sekadar bergurau apabila berbuat demikian di hadapannya.
“Bila duit yang diselit jatuh, dia kutip letak dalam tempat letak cawan. Tapi selepas turunkan dia, memang dia tak ambil wang tu. Memang betul-betul dia bagi.
“Memang selalu je saya ambil dan hantar dia. Saya rasa dia bagi wang tu sebagai token of friendship lah kot,” katanya sambil bersyukur dengan pemberian tersebut.
Segala genap kereta Zed diselit dengan wang pemberian rakannya.
Ditanya sama ada terkejut dengan pemberian wang sebanyak itu, Zed berkata ia tidak mustahil kerana rakannya yang dikenali sejak sekolah menengah itu kini merupakan ahli perniagaan.
“Tak terkejut pun sebab ingatkan dia saja bergurau. Dia kaya, ada dua kilang baja sawit. Sebenarnya kawan saya tu ada empat kereta termasuk sebuah kereta Audi R8.
“Tapi perangai dia memang tak suka memandu. Dia lebih suka naik kereta Axia saya. Entahlah, kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni,” ujarnya.
Adat nak berkawan lama ni kena tahu common sense. Kalau saya minta tolong dia hantarkan saya ke lapangan terbang pun, saya masih beri duit minyak walaupun dah tahu dia kaya.
ZED
Zed yang mengusahakan perniagaan barangan bayi dan sewa kereta itu menganggap pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan seorang sahabat sejak sedekad lalu.
Jelasnya, rakannya yang masih bujang itu merupakan seorang yang merendah diri dan komited dengan kerjanya tanpa mengenal erti penat.
“Dia memang tahu kerja je setiap hari. Lepas dah penat nak keluar makan baru dia roger. Tapi bukanlah setiap hari, kadang-kadang dia ambil saya juga,” tambahnya.
Rakannya itu mempunyai empat buah kereta termasuk sebuah kereta Audi R8. Gambar sekadar hiasan
Pemuda yang berasal dari Kota Damansara, Selangor itu memberitahu, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghargai rakannya.
“Kalau bukan dengan duit, mungkin masa atau nasihat. Adat nak berkawan lama ni kena tahu common sense. Kalau saya minta tolong dia hantarkan saya ke lapangan terbang pun, saya masih beri duit minyak walaupun dah tahu dia kaya.
“Orang berbudi kita berbahasa. Kalau kita tumpang orang tak semestinya kena selit sampai RM1,000, RM5 pun dah cukup atau bagi saja yang mana mampu,” katanya.
Thursday, January 9, 2020
Perghh !!! 'Mayat' hidup kembali sebelum majlis pengebumian
'Mayat' hidup kembali sebelum majlis pengebumian
Simanach hidup kembali setelah tidak sedar diri dalam tempoh yang lama.
ODISHA - Sebuah majlis pengebumian bertukar kecoh apabila seorang lelaki disahkan meninggal dunia hidup kembali sebelum melalui proses pembakaran di Odisha, India.
Memetik Tribun News, Simanach Mallick, 55, didakwa telah meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri di sebuah ladang oleh orang kampung.
Penduduk kampung mencari Simanach yang merupakan seorang pengembala kambing kerana tidak pulang ke rumah hingga lewat malam.
Keluarganya bimbang dan meminta penduduk membantu mencari Simanach di ladang tersebut.
Setelah menemui Simanach dan membawanya ke hospital, keluarga percaya Simanach telah meninggal dunia kerana tidak sedarkan diri.
Yakin dengan berita itu, keluarga telah membawa mayat mendiang ke rumah untuk urusan pengebumian.
Namun ketika mahu menguruskan pengebumian dan pembakaran, Simanach telah bangun hingga mengejutkan tetamu yang hadir.
Penduduk termasuk keluarga semua terkejut dan berada dalam ketakutan.
Sebaik menyedari Simanach masih hidup, mereka membawa lelaki itu ke hospital untuk menerima rawatan dan doktor memberitahu, dia mengalami demam panas teruk serta tidak sedarkan diri dalam tempoh yang lama.
Kisah penuh misteri dan disifatkan luar biasa itu tular di laman sosial.
Rata-rata netizen bersyukur kerana Simanach telah sedar sebelum majlis pengebumiannya dan mendoakan kesejahteraan dirinya.
Wednesday, January 8, 2020
Perghhh !!! Bulu kemaluan tumbuh di pipi selepas buat pembedahan gara-gara diserang anjing
Bulu kemaluan tumbuh di pipi selepas buat pembedahan gara-gara diserang anjing
Bahagian pipi Crystal ditumbuhi bulu halus seperti bulu kemaluan selepas dia menjalani pembedahan gara-gara diserang anjing ketika berusia sembilan tahun. Foto: E!
SEORANG wanita ditumbuhi bulu halus seperti bulu kemaluan di bahagian pipinya, gara-gara berpunca daripada diserang seekor anjing.
Crystal Coombs yang menjadi tetamu dalam episod terkini sebuah rancangan televisyen, meminta pakar bedah plastik Dr Terry Dubrow dan Dr Paul Nassif membantunya menghilangkan cela yang terdapat pada wajahnya itu.
Wajah Crystal cedera gara-gara diserang anjing peliharaan datuknya ketika dia berusia sembilan tahun.
"Ketika berusia sembilan tahun, datuk saya memegang anjing. Saya sebenarnya agak takut dengan anjing jenis Pitbull. Yang saya ingat ia berwarna hitam," katanya dalam rancangan tersebut.
Sewaktu pembedahan dijalankan ketika itu, doktor mengambil kulit dari pangkal pahanya dalam usaha untuk memperbaiki kecederaan wajahnya.
Bagaimanapun, bulu halus mula tumbuh pada bahagian tampalan tersebut.
Dalam pada itu menurut pakar bedah dalam rancangan berkenaan, kawasan yang ditumbuhi bulu itu amat dekat dengan anggota wajah lain yang penting seperti hidung dan mata, dan jika diubah, ia akan mengubah keseluruhan wajah.
Dr Nassif kemudian memilih untuk menjalankan pembedahan implan memasukkan 'filler' di kawasan itu untuk menegangkan kulit bagi menghilangkan kulit pangkal paha di pipi wanita itu. - Metro.co.uk
Tags/Kata Kunci:bulu kemaluan , wajah , pipi , anjing
Tuesday, January 7, 2020
Perghh Ramai yang curang! Kajian dedah 120,000 kes baharu mungkin direkodkan sepanjang Januari 2020
Ramai yang curang! Kajian dedah 120,000 kes baharu mungkin direkodkan sepanjang Januari 2020
Kes curang dijangka meningkat pada Januari. (Gambar Hiasan).
SETELAH menikmati musim cuti bersama pada hujung tahun, bulan Januari didakwa sebagai bulan yang bakal merekodkan banyak kes putus cinta.
Pada minggu pertama Januari 2020 sahaja, dijangka sekitar 50,000 pasangan akan memulakan kecurangan mereka.
Biarpun angka itu kedengaran mengarut, ia dibuktikan menerusi satu kajian berdasarkan pungutan data oleh IllicitEncounters.com yang juga laman web cari jodoh.
Dakwa laman web itu, Januari merupakan bulan paling sibuk untuk kes curang.
Malah, 120,000 kes curang dijangka direkodkan pada Januari 2020.
Kajian juga menunjukkan 6 Januari sebagai hari paling ramai orang berpisah dengan pasangan mereka. - Daily Star.
Tags/Kata Kunci:curang , Januari
Monday, January 6, 2020
Perghh Tedia !! ‘Buah zakar’ ketiga seberat 1.4kg berjaya dibuang, lelaki lega tiada lagi masalah guna tandas
‘Buah zakar’ ketiga seberat 1.4kg berjaya dibuang, lelaki lega tiada lagi masalah guna tandas
Seorang lelaki menunjukkan ketulan di kelangkangnya yang kelihatan seperti buah zakar. Foto TLC
PAKAR dermatologi terkenal, Dr Pimple Popper membantu mengubah kehidupan seorang lelaki dengan mengeluarkan 'buah zakar' ketiga yang merupakan lebihan lemak.
Ravon, 26, membintangi dalam satu episod rancangan TV realiti, di mana dia melakukan pembedahan terhadap pesakitnya seperti pengeluaran kulit dan saliran pembuangan ketumbuhan di bawah kulit.
Bapa seorang anak dari Tennessee, Amerika Syarikat itu mengalami ketumbuhan yang berat 'tergantung' di kelangkangnya sejak setahun lalu.
Keadaan itu menyebabkan dia kurang yakin, sehingga menjejaskan kehidupan seksualnya termasuk keupayaan untuk ke tandas.
"Reaksi awal saya bersama Ravon adalah 'wow'," kata Dr Lee dalam program tersebut.
Ketulan yang berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan.
"Apabila seseorang memberitahu saya bahawa mereka mempunyai ketumbuhan di kaki mereka, ia bukan apa yang saya harapkan.
"Tetapi saya sangat terkejut pada awalnya, saya fikir saya melihat sesuatu yang tak kena," katanya.
Ravon berkata, benjolan itu bermula dari saiz bola kecil.
Ia kemudian membesar seperti bola tenis sejak enam bulan lalu.
Selepas pembedahan tersebut, Ravon memegang ketulan yang berjaya dikeluarkan.
"Bila saya pegang, beratnya kira-kira 1.4 hingga 1.8 kilogram.
"Tapi sekarang benjolan kecil yang terasa seperti beribu-ribu kilogram itu telah ditanggalkan," katanya. - Daily Star
Friday, January 3, 2020
Wow !!! Gempar misteri lembu tiga tanduk
Gempar misteri lembu tiga tanduk
Rakaman yang menunjukkan seekor kerbau bertanduk tiga. Foto Rubabinda
KECOH apabila seekor lembu bertanduk tiga dikatakan dirakamkan di Uganda sehingga mencetuskan tanda tanya.
Klip yang ditonton lebih 3.5 juta kali itu merakamkan haiwan berkenaan di sebuah padang.
Tiada yang pelik pada permulaan klip video, tetapi sebaik haiwan itu bergerak, kelihatan ia mempunyai tiga tanduk.
Lembu yang mempunyai tiga tanduk itu kelihatan seperti unicorn.
Apabila haiwan itu menggerakkan kepalanya, salah satu tanduk dilihat lebih kecil berbanding yang lain.
Pengembala lembu, Rubabinda memuat naik video tersebut di laman Twitter beberapa hari lalu, sehingga menyebabkan ramai yang keliru.
"Wah, ini menakjubkan," tulis seorang netizen.
"Lembu itu tidak patut dijual atau disembelih," cadangan yang lain.
Bagaimanapun, segelintir yang lain mempersoalkan sama ada rakaman tersebut adalah tulen atau telah dipalsukan. - Daily Star
Thursday, January 2, 2020
Masyallah !!! Cikgu menangis lihat murid darjah 1 ceria bawa ibu ayah buta lawat sekolah, tunjuk kelasnya- “Mana pondok mak nak tunggu kamu?”
Cikgu menangis lihat murid darjah 1 ceria bawa ibu ayah buta lawat sekolah, tunjuk kelasnya- “Mana pondok mak nak tunggu kamu?”
Kisah seorang murid yang memimpin tangan ibu dan bapanya yang cacat penglihatan sewaktu sesi orientasi baru-baru ini begitu menyentuh hati netizen. Foto: FB Nadwa Nasir
“MATA masuk habuk”, demikian komen netizen yang tersentuh hati melihat perkongsian oleh seorang pengguna Facebook mengenai kisah seorang murid yang baru memasuki Tahun Satu.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nadwa Nasir itu, dia menceritakan kisah seorang murid perempuan yang hadir bersama kedua-dua orang tuanya sewaktu sesi orientasi baru-baru ini.
Apa yang menyentuh hati, murid berkenaan yang bertindak memimpin tangan ibu bapanya kerana kedua-duanya cacat penglihatan.
Cerita guru berkenaan, sungguhpun kedua-dua orang tuanya berjalan dengan bantuan murid perempuan tersebut berserta tongkat, si anak tetap gigih menunjukkan lokasi kelas serta beberapa lokasi lain di sekitar sekolahnya.
Posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Nadwa Nasir begitu menyentuh hati netizen.
“Selesai orientasi, dia pimpin mak ayah dia…. Tunjuk kelas dia kat mana, padang kat mana, kantin kat mana. Macam la mak ayah dia boleh melihat.
“Mak, sini la kantin.. Mak, sini padang sekolah. Mak dia tanya dia ‘mana pondok mak nak tunggu kamu nanti?’.
“Dia jawab ‘sini la mak, dekat sini’. Padahal depan dia je pondok tu tapi si anak tetap explain macam nampak-nampak saja,” tulis guru itu dalam coretannya.
Guru tersebut turut memuatnaik sekeping gambar bagi menceritakan situasi yang menyentuh hati itu.
Melihatkan keadaan itu, guru berkenaan berkata dia tidak dapat menahan air mata kerana kagum dengan ketabahan anak sekecil itu.
Rata-rata netizen yang meluahkan rasa sebak dan kagum dengan ketabahan murid perempuan berkenaan.
“Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun 1. Dia sendiri menulis nombor handphone mak ayah…walau baru bertatih menulis…walau nombornya terbalik.
“Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini. Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat. Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020,” tulis guru tersebut lagi.
Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 12,000 perkongsian di Facebook, selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa sebak mengenangkan betapa tabahnya murid perempuan tersebut di kala rakan sebaya yang lain gembira dilayani ibu bapa masing-masing.
“Mata masuk habuk la,” tulis seorang pelayar.
“Alahai anak.. air mata makcik tiba-tiba turun dengan lajunya. Semoga Allah pelihara kamu dan permudahkan segala urusanmu anak,” komen seorang pelayar lain.
“Tersentuh hati melihat akan anak yang membawa ibunya OKU, moga anak ini mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat, amin,” komen pelayar lain.