Thursday, January 16, 2020

Tediaa !!! Pejabat MB Kelantan perjelas isu Mercedes Benz baru


Pejabat MB Kelantan perjelas isu Mercedes Benz baru
Susulan laporan dan pelbagai dakwaan terhadap pembelian kereta Mercedes Benz baru sebagai kereta rasmi, Pejabat Menteri Besar Kelantan tampil memberi penjelasan.
Dalam kenyataan media hari ini, Pejabat Menteri Besar Kelantan menyifatkan dakwaan kerajaan negeri menggunakan peruntukan khas kepada Kelantan sebanyak RM400 juta untuk pembelian kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri adalah suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.

"Untuk rekod, mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri bagi menggantikan kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri telah dibuat menerusi kenyataan timbalan menteri besar pada 12 September 2018 lagi.
"Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri besar dan exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu," kata kenyataan tersebut.
Iklan
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Kelantan membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMD berwarna hitam yang dikatakan berharga lebih RM600,000 sebagai kereta rasmi Menteri Besar, Ahmad Yakob.
Ia susulan gambar kereta mewah dengan plat pendaftaran DV 1 itu tular di media sosial dengan pelbagai andaian dan tanda tanda.
Bagaimanapun, sumber kerajaan Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kebenaran kenderaan itu merupakan kereta rasmi baru menteri besar Kelantan.
Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Kelantan berkata, kenderaan rasmi nenteri besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dikurnia oleh Tuanku Sultan Kelantan.
"Dan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di kenderaan rasmi baru menteri besar Kelantan yang mana telah mendapat ampun perkenan Tuanku," jelas kenyataan tersebut.

5 comments:

  1. Diam! itulah zuhud. Kan tampak bergaya bila turun berjumpa netizen.

    takdirrr

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Projek rumah rakyat blum selesai dia balun beli keta rega 600k. Pastu siap petik nama arwah TGNA ngan istana utk keliru kn isu. Org bkn kesah pasal nombor plat keta. Org kesah pasal rega keta tu...

    ReplyDelete
  3. MB Kelantan....mmmm E series cukup laaa. Kepimpinan sepatutnya tunjuk contoh jimat cermat sebab rakyat ramai x cukup makan.

    ReplyDelete
  4. apa nak buat, ulamak boorit ramai la ni

    ReplyDelete
  5. Artikelnya bagus sekali,jangan lupa untuk kunjungi situs aku juga ya
    Zumaqq
    Zuma Poker
    Daftar Zumaqq

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..