Tuesday, March 24, 2020

Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor


Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor
Video yang tular menunjukkan beberapa pesakit berbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Foto: Newsflash
SATU rakaman video yang tular di media sosial mengejutkan warga maya, apabila ia memaparkan beberapa pesakit berbaring di lantai sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.
Dilaporkan, mereka sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pegawai perubatan.
Menerusi video itu, kedengaran beberapa pesakit sedang batuk.
Malah kelihatan beberapa pesakit berada di sebelah tangki oksigen.
Video itu dirakam di Hospital Infanta Leonor dan Hospital Severo Ochoa de Leganes, diterbitkan oleh media tempatan dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang duduk di rumah dan mematuhi perintah penjarakan sosial (social distancing).
Hospital Severo Ochoa de Leganes mengesahkan bahawa mereka 'tidak menerima lebih ramai pesakit' kerana mereka berada di dalam 'kapasiti maksimum', lapor akhbar El Mundo.
Sepanyol kini menjadi negara keempat tertinggi yang mencatatkan kes kematian akibat Covid-19, selepas Itali, China dan Iran.
Negara itu kini merekodkan lebih daripada 33,089 kes Covid-19.








No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..