Saturday, April 11, 2020
Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari - “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”
Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari - “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”
Amitabh Bachchan sediakan pek makanan untuk masyarakat yang berdepan kesempitan hidup di Mumbai.
PELAKON Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak Covid-19.
Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.
"2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.
"Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12 ribu orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan," katanya menerusi blog peribadi.
Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India.
Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut.
Bagaimanapun, hasratnya itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan lokasi di India ditutup kerana lockdown dan perjalanan mereka terhad.
"Agak susah nak pergi ke lokasi yang lebih jauh kerana kebanyakan tempat sudah lockdown.
"Ia membuatkan perjalanan untuk hulurkan bantuan lebih sukar kerana kami dilarang keluar rumah dan tempat tinggal,"
"Tugasan yang sukar tapi tetap akan dilakukan" ujarnya.
Tags/Kata Kunci:
Dia biasa mnghayati watak org miskin dlm lakonannya jd dia fham perasaan org miskin...done follow sini
ReplyDeleteSemalam saya baca di satu page berita Asia, rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.
ReplyDeleteMereka kata jika kerajaan Singapura tidak 'lockdown' seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.
Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.
Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.
Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.
MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.
Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.
Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.
Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.
Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.
Kalau setakat gebang bangang dlm FB tapi tak menyumbang lebih baik duduk diam