Sunday, May 31, 2020

Tediaa !!! Lelaki cemas selamatkan kereta Volkswagen Golf dihanyut ombak deras


Lelaki cemas selamatkan kereta Volkswagen Golf dihanyut ombak deras

Kejadian berlaku di sebuah pantai di Whitstable, Kent, England.

MALANG tidak berbau.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib pemuda ini.

Menerusi kejadian di Whitstable, Kent, England, dia meletakkan keretanya terlalu hampir dengan kawasan pantai.

Tanpa disedari, kereta Volkswagen Golf itu mula dihanyutkan oleh arus deras.

Kata pemuda itu, kereta miliknya diletakkan hampir dengan air untuk memudahkan dia mengeluarkan sebuah jetski yang dibawa.

Seorang pengunjung pantai juga sempat merakam detik cemas itu.

Atas bantuan beberapa individu, ia bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa semula ke darat. - The Sun.


Friday, May 29, 2020

Budak 11 tahun jatuh hingga patah tulang belakang, jambatan popular di China kini ditutup


Budak 11 tahun jatuh hingga patah tulang belakang, jambatan popular di China kini ditutup

Kejadian Isnin lalu memaksa lokasi ini ditutup buat sementara waktu.

JAMBATAN ini sememangnya popular dan menjadi tarikan pelancongan di bandar Dalian, wilayah Liaoning, China.

Namun, satu kejadian pada Isnin lalu memaksa lokasi itu ditutup buat sementara waktu.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sedang berjalan di atas jambatan sebelum terjatuh dan mengakibatkan kecederaan patah tulang belakang.

Dia pada waktu itu berada pada ketinggian 60 meter.

Biarpun memakai tali pinggang keselamatan, ia gagal melindungi mangsa sehingga dia mengalami kecederan.

Mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital tempatan dan berada dalam keadaan stabil.

Lokasi itu baru sahaja dibuka pada 3 Mei lalu selepas China melaksanakan perintah berkurung akibat Covid-19.

Siasatan ke atas jambatan itu juga kini sedang giat dijalankan. - Daily Star.


Thursday, May 28, 2020

Tediaa!!! Darah penyu jadi penawar Covid-19? Bayi 5 bulan maut selepas keluarga ikut saranan bomoh


Darah penyu jadi penawar Covid-19? Bayi 5 bulan maut selepas keluarga ikut saranan bomoh

Bomoh itu memberi saranan bahawa darah penyu boleh melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19. (Gambar Hiasan).

SEWAKTU pakar perubatan di seluruh dunia masih lagi mencari vaksin Covid-19, seorang bomoh di Haiti tampil dengan satu idea yang cukup mengarut.

Disebabkan saranannya itu, seorang bayi berusia lima bulan meninggal dunia selepas diberi minum darah penyu oleh keluarganya pada Isnin lalu.

Mereka menurut saranan bomoh itu yang mendakwa ia boleh melindungi anak kecil itu daripada jangkitan Covid-19.

Menurut laporan media tempatan, bayi itu sudah meninggal dunia sebelum dia dibawa ke hospital.

Keluarganya pula masih lagi menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil setelah mengambil minuman itu.

Namun sehingga kini, perkembangan mengenai bomoh itu masih tidak dapat dipastikan.

Untuk rekod, Haiti mencatat 33 kes kematian Covid-19 dengan 1,174 jangkitan. - Daily Star.


Wednesday, May 27, 2020

Tedia !!! Aiman, bapa dikompaun RM1,000 gara-gara ingkar arahan PKPB - “Kami ikut SOP yang disediakan pemilik kolam!”


Aiman, bapa dikompaun RM1,000 gara-gara ingkar arahan PKPB - “Kami ikut SOP yang disediakan pemilik kolam!”

Aiman perlu melunaskan bayaran kompaun RM1,000 sebelum 8 Jun ini.

MALANG tidak berbau, gara-gara pergi memancing bersama bapanya, penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) pada petang Selasa.

Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 22, yang berada di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu itu berkata, dia dan bapanya Yusri Ishak, 51, mendakwa dirinya terperangkap ketika polis melakukan serbuan di kawasan itu.


“Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.



Aiman Tino kesal dikenakan kompaun.

"Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

"Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung, ” ujarnya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Aiman berkata, pihak pengusaha kolam pancing itu sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang dengan kompaun yang sesuai.

Tambahnya, dia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan iaitu mengamalkan penjarakkan sosial satu meter, memakai topeng dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

“Saya kesal disaman pihak polis bersama pengunjung lain, ” ujarnya.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 59 pemancing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang semalam.

Mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya 8 Jun ini.


Tuesday, May 26, 2020

Sebak buat kejutan ‘tirai’, ibu akhirnya dapat peluk anak perempuan yang dikuarantin


Sebak buat kejutan ‘tirai’, ibu akhirnya dapat peluk anak perempuan yang dikuarantin

Lara Green tidak dapat menahan sebak ketika membuat kejutan pada anak perempuannya. Foto Mercury Press

SEORANG ibu dan anak perempuannya dapat berpelukan buat pertama kali dalam tempoh sembilan minggu, menggunakan 'tirai peluk'.

Lara Green, 35, menbuat kejutan pada anak perempuannya Katie, 13, dengan alat buatan sendiri pada Isnin lalu.

Apabila kerajaan di United Kingdom pada Mac lalu meminta penduduk supaya berada di rumah melindungi diri daripada Covid-19, Lara terpaksa membuat keputusan untuk mengasingkan anak perempuannya yang menghidap asma, Katie dengan nenek kepada remaja itu, Helen, 65, selama 12 minggu.

Bagaimanapun, selepas menyedari Katie jatuh sakit, pekerja pra-sekolah itu yang juga petugas barisan hadapan kerana banyak menghabiskan masa dengan orang di luar, terpaksa menggunakan idea 'tirai peluk' bagi menjaga keselamatan anaknya.

Dia bertindak melekat beg plastik sampah menggunakan pita pelekat, yang mana mempunyai lubang antara tirai tersebut.

Ia bagi membolehkannya memeluk anak perempuan dan ibunya yang terpisah selama berminggu-minggu dengan selamat.

Pada masa sama, kesemua mereka juga memakai topeng muka dan sarung tangan.

Lara, dari Medway, Kent membuat kejutan itu pada anaknya menerusi sebuah tingkap. - Metro UK


Monday, May 25, 2020

“Kami terpilih untuk dugaan ini” - Lima nyawa keluarga hilang akibat Covid-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna

“Kami terpilih untuk dugaan ini” - Lima nyawa keluarga hilang akibat Covid-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna


Kenangan foto Hari Raya Aidilfitri keluarga Sharifah Huzaimah pada tahun lalu. Foto: Facebook Sharifah Huzaimah

"RAYA 2020 membawa seribu makna, pengalaman, pengertian, kesedihan... yang mengubah kehidupan keluarga besar kami, takkan dilupakan sepanjang hayat kami."

Demikian kata Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman Al-Edruce, yang mana lima ahli keluarga besarnya menjadi korban akibat wabak Covid-19.

Kisah sedih keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak ini pernah dilaporkan di mStar, selain turut menjadi tajuk utama laman media tempatan kira-kira dua bulan lalu.

Lima ahli keluarga Sharifah Huzaimah yang meninggal dunia adalah nenek saudaranya yang dipanggil Nek Usu Kayah, dua anak wanita tersebut, dan dua lagi saudara maranya.

Malah kedua ibu dan bapanya turut disahkan positif wabak tersebut, semuanya berpunca daripada seorang wanita iaitu rakan sekerja kepada sepupunya, yang pulang dari Itali pada Mac lalu.

Menurut Sharifah Huzaimah, tragedi sedih tersebut benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga besarnya, lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri.



Sharifah Huzaimah (kanan) bersama kedua ibu bapa dan seorang ahli keluarga ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

"Selama saya hidup, dari kecil sehingga dewasa, dari sebelum kahwin sehingga sudah beranak tiga, setiap kali Aidilfitri, rumah pertama yang akan kami pergi ialah rumah mak kepada abah iaitu Nek Ah.

"Walaupun Nek Ah sudah kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas, keluarga abah akan mengadakan majlis tahlil di pagi raya. Rumah kedua, kami akan menziarahi rumah Nek Usu Kayah iaitu adik Nek Ah.

"Namun adik abah, iaitu Sharifah Roziah yang tinggal di rumah Nek Ah, baru sahaja keluar dari pusat kuarantin pada 21 Mei selepas 60 hari dirawat kerana positif Covid-19 bersama-sama dengan anak-anak beliau.

"Manakala Nek Usu Kayah sudah tiada, diikuti Pyzah dan Madi (dua anak Nek Usu Kayah). Tidak mungkin raya kali ini akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini," katanya kepada mStar.

 
Tambah wanita berusia 38 tahun ini, tradisi tetap seperti bersalam-salaman serta kunjung mengunjung terpaksa dilupakan kerana tidak mahu peristiwa pahit dua bulan lalu berulang kembali.

"Kami sememangnya mengamalkan bersalaman semasa berjumpa dan sebelum pulang dengan setiap ahli keluarga. Cium peluk laga pipi adalah perkara biasa.

"Namun semenjak keluarga kena Covid-19, jangankan nak peluk, nak salam mak abah pun mereka tak izinkan. Sangat sedih tak dapat nak salam dengan orang tua.

"Tapi ini adalah peluang kedua Allah bagi untuk bersama dengan keluarga, kami akan cherish the moment together setakat apa yang boleh," ujarnya sambil menambah, dia dan adik beradiknya turut melarang ibu bapa mereka menerima tetamu pada tahun ini supaya kekal sihat.

Menurut Sharifah Huzaimah, ibu dan bapanya yang masing-masing pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ketika awal Ramadan lalu, kini dalam keadaan yang sihat walaupun berat badan sedikit susut.



Kedua-dua ibu dan bapa Sharifah Huzaimah merupakan bekas pesakit Covid-19.

"Alhamdulillah, mak dan abah semakin sihat walaupun nampak lebih kurus dari dulu. Mak dan abah bersara sepenuhnya dari bisnes mereka ekoran Covid-19 ini.

"Barang mentah dibeli melalui online, dan mak serta abah masih mengamalkan penjarakkan satu meter, pakai topeng dan duduk di rumah saja," ujarnya yang tinggal berasingan dengan kedua orang tuanya itu.

Sungguhpun tidak dapat menyambut lebaran dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini, keluarga besar mereka sentiasa berhubung dan bertanyakan perkembangan diri masing-masing.

Ujarnya lagi, apa yang berlaku bahkan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

"Kisah kehilangan nenek kesayangan dan bagaimana kami handle masalah pada awalnya, sangat memberi impak dan kesan dalam diri kami.

"Dan kami tahu, kami insan dan keluarga yang terpilih untuk dugaan ini. Memori sewaktu mak, abah, ahli keluarga lain semasa di hospital dan pusat kuarantin akan disimpan ketat di ruang ingatan.



Bapa Sharifah Huzaimah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi ketika menerima rawatan bagi wabak Covid-19.

"Begitu juga perihal dugaan-dugaan harian yang terpaksa kami tempuhi telah menjadikan kami lebih rapat daripada biasa. Walaupun beraya dengan ala kadar, Raya 2020 ini membawa seribu makna,"ujarnya.

Dalam masa yang sama, Sharifah Huzaimah berkata mereka sekeluarga tetap mengenang tragedi yang berlaku sebagai hikamh yang membawa kemanisan dari satu sisi yang lain.

"Dalam menyambut hari kemenangan ini, kita diuji dengan musibah wabak penyakit Covid-19 yang juga merupakan makhluk Allah SWT. Kemanisan musibah di ambil iktibar dan ujian ini telah membuatkan kami lebih tabah serta sedar bahawa kami hanyalah selemah-lemah manusia dan segalanya ditentukan oleh Allah SWT.

"Hikmah dugaan pada kali ini membolehkan kita bermuhasabah diri serta mendekatkan diri kepada-Nya, menyambut kemenangan hanya semata-mata kerana Nya, dan saling bermaafan sesama keluarga seikhlasnya,"ujarnya mengakhiri bicara. Kredit Mstar

Saturday, May 23, 2020

Kasi Hukuman Berat !!! Amuk! Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabuk


Amuk! Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabuk

Sebuah kereta yang melanggar beberapa orang awam dalam satu kejadian di perkarangan tapak penjaja dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

BAHANA mabuk! Insiden lima orang awam yang dilanggar kereta oleh seorang lelaki yang mengamuk, dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku di perkarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemborong tayar, melanggar gerai serta pengunjung di tapak penjaja itu, menyebabkan lima orang awam cedera.

Beliau berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan polis meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.

Noor Azam menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap kejadian itu dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci

Pada Jumaat, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan selepas mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya semasa dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Berikutan itu, lima orang mengalami kecederaan akibat dilanggar lelaki terbabit.

Terdahulu, tular di laman sosial yang memaparkan video berdurasi seminit lapan saat dan satu lagi video sama berdurasi 44 saat menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa. - Bernama


Friday, May 22, 2020

Tedia!!! Sebelum netizen ‘buat kerja’, kali ini Ismail Sabri dah siap-siap buat jangkaan komen baju Melayu dipakainya - “Datuk dah pandai teka daaa…”


Sebelum netizen ‘buat kerja’, kali ini Ismail Sabri dah siap-siap buat jangkaan komen baju Melayu dipakainya - “Datuk dah pandai teka daaa…”

Penampilan Ismail Sabri berbaju Melayu warna krim menjadi topik perbualan bersama menantunya. Foto Instagram jmandagie/crowpod.wordpress.com

SEBELUM ini, penampilan Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media harian berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi perhatian.

Baju batik, berona ceria mahupun berwarna-warni yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) itu disamakan dengan kuih-muih, ais krim dan pelbagai manisan lain.

Begitulah kreatifnya netizen yang sentiasa mengikuti sidang media yang dikendalikan oleh ahli Parlimen Bera itu saban hari tanpa jemu, sehingga disambut baik oleh beliau sendiri.

Terbaharu, Ismail Sabri muncul segak berbaju Melayu warna krim lengkap bersongkok dan bersamping songket pada sidang media harian.



Penampilan Ismail Sabri pada sidang media harian, baru-baru ini. Foto Bernama

Namun, belum sempat netizen memberi gambaran dengan idea kreatif, beliau terlebih dahulu memberi reaksi spontan mengenai penampilannya.

Menerusi perkongsian menantunya yang juga pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie, beliau mengimbas kembali perbualannya bersama bapa mentua pada pagi sebelum sidang media berkenaan yang diadakan pada pukul 2 petang.

"Cerita pagi ni, me (saya): Okay handsome dah tu pa (panggilan papa)," ujar Jovian yang merupakan antara individu yang menata gaya bapa mentuanya.

Ismail Sabri secara berseloroh menjawab: "Huh! Handsome macam mana pun mereka katanya baju papa macam air Horlicks karang (nanti).

"Nasib... nasib pa," jawab Jovian, menerusi perkongsiannya di laman sosial Twitter beliau sambil memaklumkan bahawa baju Melayu yang dipakai oleh Ismail Sabri merupakan koleksi siap dipakainya, Jovian Ready-To-Wear (RTW).



Penampilan Ismail Sabri sebelum ini menjadi perhatian netizen dan disamakan dengan manisan dan ais krim.

Dalam pada itu, rata-rata netizen kagum dengan respons yang diberikan oleh Ismail Sabri.

"Belum netizen bayang, Datuk dah cakap," komen seorang netizen dengan emoji bergurau.

"Kali ini pa dah siap cari jawapan awal-awal lagi," tambah yang lain.

"Datuk dah pandai teka daaa," tulis seorang netizen dengan emoji tanda syabas.

"Datuk pun dah tahu baju tu macam air atau makanan apa. Satu peningkatan. Tahniah Datuk!" komen seorang lagi netizen.



Jovian berkongsi kisah baju Melayu yang dipakai bapa mentuanya.

Netizen juga tidak ketinggalan memberikan idea dan gambaran kreatif tentang penampilan Ismail Sabri dalam persalinan baju Melayu warna krim itu.

"Bukan setakat Horlicks, puding pun boleh ni. Macam mana pun tetap handsome. Rakyat Malaysia kan kreatif," ujar netizen memberikan gambaran terhadap penampilan Ismail Sabri.

"Puding karamel ni," seorang lagi turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Air soya sedap," komen netizen lain.

"Kejap lagi, adalah tu pergi letak gambar sebelah air Horlicks. Sedapnya air Horlicks, lama dah tak minum," ujar yang lain.


Thursday, May 21, 2020

Subhanallah !!! Tampil kreatif, jurufoto hasilkan gambar kononnya lelaki tolak matahari masuk dalam bonet kereta


Tampil kreatif, jurufoto hasilkan gambar kononnya lelaki tolak matahari masuk dalam bonet kereta

Foto itu dirakam di Mangalwedha, India.

MEMUKAU mata memandang.

Itulah gambaran mengenai foto seolah-olah seorang lelaki sedang menolak matahari masuk ke dalam bonet keretanya.

Dirakam di Mangalwedha, India, ia dihasilkan jurufoto Dr Vivek Nikam.

"Matahari adalah anugerah alam yang saya suka," ujarnya ringkas.

Dia menunggu dan merakam foto berdasarkan pergerakan matahari itu sehingga ia kelihatan seolah-olah sudah masuk ke dalam kereta.

Foto itu turut menggunakan seorang model lelaki sewaktu rakaman dibuat.

Kata Dr Vivek, dia menggunakan kaedah optikal ilusi untuk menghasilkan karya berkenaan. - The Sun.



Wednesday, May 20, 2020

Jijik! Pelanggan biarkan sampah bersepah selepas restoran makanan segera dibuka semula


Jijik! Pelanggan biarkan sampah bersepah selepas restoran makanan segera dibuka semula

Bungkusan makanan bersepah di sekitar kawasan parkir. Foto Wayne Hood/MEN

PENGOTOR! Barangkali itu adalah gambaran kepada segelintir pelanggan sebuah restoran makanan segera di Bury, Manchester di United Kingdom (UK), yang membiarkan longgokan bungkusan makanan bersepah di luar restoran itu.

Sekeping gambar yang menunjukkan keadaan menjijikkan itu tular di media sosial sehingga membangkitkan kemarahan warga Britain.

Rangkaian restoran makanan popular yang terkenal itu kembali membuka cawangannya di seluruh UK secara berperingkat.

Sebelum ini, ia ditutup pada 23 Mac lalu kerana perintah berkurung berikutan penularan wabak Covid-19.

Seorang lelaki berusia 46 tahun menyedari keadaan yang berlaku di kawasan parkir Moorgate Retail, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, pagi Sabtu lalu.



Tindakan yang tidak bertanggungjawab. Foto Wayne Hood/MEN

Wayne Hood merakamkan beberapa gambar kejadian dan memuat naiknya di laman Twitter.

"Tak percaya," tulisnya.

"Saya bekerja sepanjang lockdown sebagai petugas barisan hadapan, tak melihat keadaan itu begitu bersih.

"Beberapa kedai dibuka dan keadaan seperti ini berlaku semalaman,

"Tindakan yang begitu mengejutkan," katanya. - Daily Star


Tuesday, May 19, 2020

Tedia .!!! Bimbang risiko Covid-19, cucu guna langsir plastik untuk peluk nenek


Bimbang risiko Covid-19, cucu guna langsir plastik untuk peluk nenek


Antony bersama neneknya.

SEBAGAIMANA diketahui umum, golongan warga emas berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Begitu juga dengan pemuda berusia 29 tahun ini, Antony Cauvin yang sudah dua bulan melakukan penjarakkan sosial dengan neneknya.

Namun, dia akhirnya tampil dengan idea kreatif untuk menunjukkan kasih sayangnya buat warga emas itu.

Antony menghasilkan langsir plastik bagi membolehkan dia memeluk neneknya.

Foto dan video sekitar detik menyentuh hati itu dirakam oleh isteri Antony sebelum ia dikongsi di media sosial.

"Hebat tak? Saya tak sentuh nenek tapi rasa macam menyentuh nenek?" ujar Antony dalam rakaman itu.

Selain langsir plastik, dia turut memakai sarung tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada neneknya.

Malah, langsir itu akan dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman setiap kali ia digunakan.

Dalam pada itu, ada juga pelayar internet yang bertanya jika Antony boleh menghasilkan langsir tersebut untuk mereka.

Mereka juga mengakui sanggup membayar Antony bagi mendapatkan langsir tersebut. - The Sun.