Friday, May 22, 2020

Tedia!!! Sebelum netizen ‘buat kerja’, kali ini Ismail Sabri dah siap-siap buat jangkaan komen baju Melayu dipakainya - “Datuk dah pandai teka daaa…”


Sebelum netizen ‘buat kerja’, kali ini Ismail Sabri dah siap-siap buat jangkaan komen baju Melayu dipakainya - “Datuk dah pandai teka daaa…”

Penampilan Ismail Sabri berbaju Melayu warna krim menjadi topik perbualan bersama menantunya. Foto Instagram jmandagie/crowpod.wordpress.com

SEBELUM ini, penampilan Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media harian berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi perhatian.

Baju batik, berona ceria mahupun berwarna-warni yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) itu disamakan dengan kuih-muih, ais krim dan pelbagai manisan lain.

Begitulah kreatifnya netizen yang sentiasa mengikuti sidang media yang dikendalikan oleh ahli Parlimen Bera itu saban hari tanpa jemu, sehingga disambut baik oleh beliau sendiri.

Terbaharu, Ismail Sabri muncul segak berbaju Melayu warna krim lengkap bersongkok dan bersamping songket pada sidang media harian.



Penampilan Ismail Sabri pada sidang media harian, baru-baru ini. Foto Bernama

Namun, belum sempat netizen memberi gambaran dengan idea kreatif, beliau terlebih dahulu memberi reaksi spontan mengenai penampilannya.

Menerusi perkongsian menantunya yang juga pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie, beliau mengimbas kembali perbualannya bersama bapa mentua pada pagi sebelum sidang media berkenaan yang diadakan pada pukul 2 petang.

"Cerita pagi ni, me (saya): Okay handsome dah tu pa (panggilan papa)," ujar Jovian yang merupakan antara individu yang menata gaya bapa mentuanya.

Ismail Sabri secara berseloroh menjawab: "Huh! Handsome macam mana pun mereka katanya baju papa macam air Horlicks karang (nanti).

"Nasib... nasib pa," jawab Jovian, menerusi perkongsiannya di laman sosial Twitter beliau sambil memaklumkan bahawa baju Melayu yang dipakai oleh Ismail Sabri merupakan koleksi siap dipakainya, Jovian Ready-To-Wear (RTW).



Penampilan Ismail Sabri sebelum ini menjadi perhatian netizen dan disamakan dengan manisan dan ais krim.

Dalam pada itu, rata-rata netizen kagum dengan respons yang diberikan oleh Ismail Sabri.

"Belum netizen bayang, Datuk dah cakap," komen seorang netizen dengan emoji bergurau.

"Kali ini pa dah siap cari jawapan awal-awal lagi," tambah yang lain.

"Datuk dah pandai teka daaa," tulis seorang netizen dengan emoji tanda syabas.

"Datuk pun dah tahu baju tu macam air atau makanan apa. Satu peningkatan. Tahniah Datuk!" komen seorang lagi netizen.



Jovian berkongsi kisah baju Melayu yang dipakai bapa mentuanya.

Netizen juga tidak ketinggalan memberikan idea dan gambaran kreatif tentang penampilan Ismail Sabri dalam persalinan baju Melayu warna krim itu.

"Bukan setakat Horlicks, puding pun boleh ni. Macam mana pun tetap handsome. Rakyat Malaysia kan kreatif," ujar netizen memberikan gambaran terhadap penampilan Ismail Sabri.

"Puding karamel ni," seorang lagi turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Air soya sedap," komen netizen lain.

"Kejap lagi, adalah tu pergi letak gambar sebelah air Horlicks. Sedapnya air Horlicks, lama dah tak minum," ujar yang lain.


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..